Friday, July 27, 2012

My Breastfeeding Journey : Kisah Frozen EBM.

Hola! (Macam Dina Nazir kat Era FM) :P

Harini aku nak cerita pasal stok EBM yang dikumpul kat dalam deep freezer kat rumah aku. Setakat hari ini, stok yang ada berjumlah 63 paket x 4.0oz = 252oz. Stok ni tak bergerak-gerak sejak bulan Jun kelmarin. Tak tambah. Tak kurang. Sebab apa? Sebab Wahid kan kerja shif tak menentu. So, aku kena duduk rumah Emak. Pastu malas nak angkut-angkut frozen EBM pergi rumah Emak. So terpaksalah aku bagi chilled EBM aje untuk Najah. Maka merasalah aku menjadi 'kasi pagi makan pagi, kais petang nak makan malam pon boleh'. Ahaks.

Jom tengok gambar sat.


Pandangan dari atas.


EBM by month. Isi dalam tupperware.

Dalam basket biru, EBM bulan 3. Kena habiskan cepat.

Takdelah melimpah ruah sampai tak muat freezer macam orang lain. But still, Alhamdulillah.

Oh aku nak cerita. Sebenarnya, antara sebab lain EBM frozen ni tak berusik adalah kerana jumlah Najah consume per day yang makin berkurang. Sekarang ni, Najah cuma minum 12oz sehari. Itu pon kadang-kadang botol ketiga tak habis dan bawak balik. Sedangkan aku pam sehari boleh dapat around 18oz - 20oz sehari (Alhamdulillah). Kenapa ek? Memang budak bila dah start makan memang kurang menyusu ke ek?

Pastu, aku sangatlah malas nak sukat-sukat bawak naik pergi freezer mana yang lebih-lebih pam tu. Selalunya, aku pakai je chilled EBM tu seminggu straight. Nanti hujung minggu, baru aku merajinkan diri sukat-sukat dan naikkan masuk freezer.

EBM dalam proses sukat dan nak masuk freezer.

Sekarang ni, bila shif Wahid dah back to normal, barulah aku dapat guna pakai stock EBM yang berkurun duduk dalam deep freezer tu. Ada stock bulan Mac yang kena cepat-cepat habiskan sebelum expired. Sungguhlah mencabar nak kena habiskan sebab jumlah Najah minum pon dah kurang kan. Kena pandai adjust nak hantar chilled berapa, frozen berapa.

I wonder, mampu ke aku bertahan lagi setahun 5 bulan? Hmmm.

P/S : Production susu di bulan Ramadhan masih maintain. Syukran Ya Rabb!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

2 comments:

  1. whoaaa kelas mak dah ade DF! Tp nak kena careful takut terlepas 3 bulan. huu pastu, baby kalau dah start solid, dia dah pandai reject yg chilled. Nak segar dari lanag je, you.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015