Thursday, July 5, 2012

Soalan Serius #1 : Makin Lama Makin Sikit?

Hari pertama aku hantar susu ke rumah BS ialah (4 botol x 3.5oz) + (2 botol frozen x 2.5oz) = 19oz. Masa tu gamble je hantar sebab aku tak pernah consistently test Najah minum botol sepanjang berpantang. Balik kerja petang tu, aku tengok ada balance lagi 1 botol. Maka tahulah aku bahawa Najah hanya consume (3 botol x 3.5oz) + (2 botol frozen x 2.5oz) = 15.5oz  sahaja waktu itu.

Few months later, makcik BS cakap yang Najah minum banyak waktu pagi. Normally yang botol nombor 1 mesti tak cukup. So keesokan harinya, botol nombor 1 aku letak 4oz. Botol lain semua masih maintain 2.5oz - 3.5oz. Lama jugak statik dengan jumlah 16oz sehari. Masa ni maintain cukup supply je setiap hari. Takde rushing-rushing dan risau tak cukup stok bagai. #AyatBerlagak

Kusangkakan panas hingga ke petang. Rupanya guruh dah kasi signal. Hujan bakal turun.

Masa umur Najah masuk 5 bulan, jumlah minum sehari berubah mendadak. Dengan waktu ini aku sekeluarga hidup macam orang nomat berpindah randah sebab Wahid kerja shif. So tak sempat nak amik stok frozen kat rumah Larkin. Terpaksalah aku berkejar mengejar demand Najah yang minum 20oz sehari (5 botol x 4oz). Memang waktu ni merasalah pam harini untuk bekal esok. Punyalah pemalas nak amik stok frozen. Padahal kalau amik takdelah kelam kabut sangat.

Tapi syukur jugak Alhamdulillah. Walau bekejar, masih mampu penuhi demand Najah.

Masuk umur 6 bulan, aku dah mula kasi makan. 2 mangkuk bubur setiap hari. So aku kurangkan jumlah susu jadi 4 botol x 4oz = 16oz. Legalah sikit sebab demand dah kurang, aku boleh pam sambil lewa macam dulu. Eh? Tak. Tak. Maksud aku, takdelah aku bekejar nak kasi 20oz sehari.

Sekali semalam, pulang dari kantor, aku terus amik Najah macam biasa. Makcik BS cakap, esok bekal susu 3 botol je. Najah tak minum sangat. Kenyang makan dan banyak main. Dalam hati aku ada dua perasaan. Satu, lega sebab tak perlu kejar demand besar. Lagi satu pelik sebab cukup ke 12oz sahaja sehari?

Mommies out there, memang anak kita, makin besar makin sikit ke jumlah minumnya?

Yang benar,
Ibu Buntu. :P


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Tengok budak jugak..ada yg bila dh mkn kurang susu ada yang sama je..bergantung kpd faktor lain kot Aishah..tp tak tau apa..haha..tak membantu langsung..:-D

    ReplyDelete
  2. sebab dia dh makan aishah.dah tak perlu 100% bergantung pd susu.arreessa pun sama.bila makan byk dh kenyang so susu kurang.ok normal je

    ReplyDelete
  3. Ermm....macam raniah jugak la ni. Start je makan, sebab dah boleh minum air masak, langsung kurang menyusu. Tapi Aishah standby lebih sebotol la. Kalau ada balance, boleh pakai hari keesokkannya. bagi 3 botol fresh, 1 botol ebm. Ebm tu pakai bila terdesak, bukan apa, takut ada hari2 najah nak minum banyak, haru jugak nanti.

    ReplyDelete
  4. rasa nya betul.. demand susu kurang sebab anak tu dah mula belajar main dan makan makanan lain. macam anak saudara saya, susu botol langsung takmau. hanya tunggu mummy nya BF tengahari lunch time dan balik kerja lepas tu..

    ReplyDelete
  5. Kalau baby kuat makan makanan lain, normal lah tu bila dia dah kurang menyusu.
    Cam kysha haritu, dia kurang makan.maka lebih banyak menyusu jelah.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015