Monday, July 9, 2012

Jalan Hidup? Kita Yang Tentukan!

Sesi coaching with Master Cery dan warga JB.
7 Julai 2012 - Sabtu.

Sebelum menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, I don't have any idea 'apa itu bisnes?'. Aku selalu fikir yang bisnes kena simpan stok banyak kat rumah. Bila orang order, kita kena pergi bungkus dan pos. Pastu kena follow up barang dengan courier. Follow up customer. Iklan barang kasi mantap. Tak ada time untuk diri sendiri dan keluarga. Busy like a bee. Boring, bosan dan bla bla bla.

Yeahh. Tak cuba, tak tahu. Tak kenal maka tak cinta. :)

Dengan niat utama nak tambah side income, ianya menjadi sebuah kegilaan yang serius. Aku cintakan Shaklee sama seperti aku cintakan breastfeeding. Dua perkara ini sangat bermakna dalam hidup aku. Ianya bagaikan satu penjenamaan Aishah Rahim. Aishah Rahim? Ohh, yang tulis blog pasal breastfeeding tu ye? Yang jual Shaklee? HAHAHAHAHA. Lepas ni kena tukar nama profile kat FB, 'Aishah Rahim BF Shaklee'. :P

Guess what? Aku cintakan hidup aku sekarang! :))

Alhamdulillah, baru 2 bulan join Shaklee, pendapatan dah mula growing hari demi hari. Syukur kerana Allah bukakan hati aku untuk terima pelawaan Kak Beeha dulu. Sekarang, tiada lagi masalah remeh temeh melibatkan wang. Tak. Aku bukan nak riak atau menunjuk. Ini adalah perkongsian dari hati aku. Selagi boleh, aku nak share apa yang baik. Supaya dapat manfaat untuk orang lain.

Persepsi aku terhadap bisnes - simpan stok - pergi pos - follow up courier - follow up customer - boring dan bosan - telah berubah sama sekali. Dengan Shaklee, segala urusan sangat mudah. Nak order? Pergi email. Nak pos ke customer? Shaklee tolong poskan. Boring nak follow up customer? NO, this is one thing yang aku betul-betul happy nak buat sekarang. Berbual, bertanya khabar, mendengar berita gembira dari customer, membuatkan semangat aku berkobar-kobar nak bantu lagi ramai orang!

Aku tak tahu kenapa aku naik syok bila orang email atau SMS bertanya soal breastfeeding dan Shaklee. Aku happy nak share. Aku seronok nak cerita. Orang bertanya, aku jawab selagi aku tahu. Orang tanya produk, aku jawab dengan happy. Orang tak beli? Tak apa. Aku tetap happy. Sebab apa? Sebab aku suka, cinta dan gembira dengan apa yang aku sharing. Aku sanggup menaip email panjang lebar. Aku rela balas SMS sampai 4-5 msg panjangnya. Aku sedar, this is my passion - breastfeeding dan bisnes Shaklee.

Oh Ya Allah. Kekalkan kebahagiaan ini dalam jiwaku.

P/S : Korang pon jatuh cinta dengan Shaklee? Nak jadi ahli dan mulakan bisnes? Tapi tak tahu arah tuju? Email aku di shara85_jb[at]yahoo[dot]com dan aku akan terangkan prosedur. Insya-Allah, support group kami akan membantu dan memberikan guideline bisnes yang jelas. 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

3 comments:

  1. gud luck aishah..moga impiam nk hantr anak2 kt sekolah agama tu terlaksana

    ReplyDelete
  2. good luck aishah..bakal jutawan shaklee :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015