Mee Hoon Goreng Singapore atau ada orang panggil Mee Hoon Goreng Cina. Gambar masa majlis BGWS tahun 2011 |
Kesian kat Cik Puan Fahreen Fredo yang sudah berzaman mintak resepi. Sampai dia buat sendiri dan post gambar kat Twitter, baru aku teringat yang aku berhutang resepi ini dengan dia. So, here we go Reen. Walau Reen dah buat, akak kongsikan jugak resepi Mee Hoon Goreng Singapore versi akak. :)
Bahan-bahan untuk Mee Hoon Goreng Singapore :
1. Mee siam lah of coz kan.
2. Bawang besar sesuka hati.
3. Bawang putih lebih sikit. Lebih banyak pon takpe.
4. Bawang goreng.
5. Lada sulah.
6. Air rebusan daging.
7. Hirisan daging.
8. Fishcake ke, fishball ke.
9. Kalau nak taruk udang atau ayam pon boleh.
10. Carrot.
11. Sayur sawi.
12. Garam secukup rasa.
13. Ajinomoto (jika guna)
Bahan-bahan untuk Lada Jeruk :
1. Lada hijau.
2. Air panas.
3. Cuka
4. Gula.
Bahan-bahan untuk hiasan :
1. Lada merah.
Okeh, sekarang nak membebel cara nak memasaknya pulak.
First sekali, pergi rendam mee siam tu dalam mangkuk ke, periuk ke, berisi air. Hahaha. Ini basic ye Reen. Saje je nak cerita bab ini jugak. Supaya entry ini nampak panjang sikit. Padahal input yang berguna sedikit je pon. Kekekeke. Pastu, rebus daging sampai empuk. Lepas rebus, airnya jangan dibuang. Itu sangat berguna nak masuk dalam mee tu nanti. Buat rasa mee tu lagi manis wa cakap lu.
Lepas daging dah empuk, hiris daging kecik-kecik. Sebenarnya ikut suka tukang masaklah nak daging tu besar mana. Tapi aku suka daging tu hiris kecil dan banyak. Lagi syok nak makan nanti. Pastu hiris sekali fishcake, fishball ke, ayam ke, udang ke, atau segala macam khazanah apa yang korang nak guna. Err, udang tu tak payah hiris pon takpe kot. Over pulak sampai udang pon nak hiris. Kekekeke.
Jangan lupa, hiris jugak carrot, sawi potong kecik-kecik. Lada hijau nak buat jeruk dan lada merah nak buat hiasan tabur tu pon hiris je siap-siap. Senang kerja nanti. Tak payah buat kerja potong memotong banyak kali kan? Sangat simple kerja di dapur nanti. Alololololo dah macam motivasi kat dapur!
Ok. Ok. Dah nak start masak dah ni.
Err, sebenarnya belum. Sebab bawang besar dan bawang putih belum blender lagi kan? Macam mana nak start masak kan? So apalagi? Sediakan bawang dalam 2-3 biji dan bawang putih biar lebih kemudian blender sehingga hancur lumat. Panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah masukkan bahan dikisar tadi ke dalam kuali. Crengggggg bunyi bahan tumisan. Boleh imagine tak? Boleh imagine tak? :p
Kacau bahan dikisar tadi sehingga naik bau. Pastu, masukkan bawang goreng secukup rasa, lada sulah banyak pon takpe sebab bukan pedas sangat, garam dan ajinomoto (jika guna). Kacau-kacau sikit, pastu masukkan air rebusan daging, daging yang dikisar, fishcakes dan lain-lain khazanah yang disukai. Masukkan jugak carrot dan sayur sawi. Punyalah simple nak masak semua benda pon campak sekali arung.
Tunggu sampai semua barang empuk, sebati dan mesra (hehehehehe!), masukkan mee siam yang direndam tadi. Kacau lagi. Kacau lagi. Kacau lagi sampai rata. Kacau lagi. Kacau lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampai penat! Sebab bila penat, silalah matikan api dapur tu. Dah boleh pergi amik mangkuk, cedok dan taburkan hirisan lada merah di atas Mee Hoon Goreng Singapore itu tadi. Mudah bukan? Ececececece.
Untuk lada jeruk pulak, lada hijau yang sudah dihiris tadi, direndam dengan air panas sampai lada hijau itu kembang. Lepas dah kembang, buang kesemua air panas itu, dan tuang cuka seberapa banyak yang korang suka. Pastu letak gula dan kacau, kacau, kacau, kacau sampai gula larut. Pastu dah siap dah! :)
P/S : Entry ini ditaip dengan penuh perasaan. Over tau aku.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Aku selalu fail bab goreng bihun yg mcm ini
ReplyDeleteselalu grg bihun putih je huhu
mcm mana nk kasi dia color merah (mcm dlm gbr) sbb tgk resepi tak ada letak cili kisar pun kan?
*____^
Tak. Memang tak letak cili Ann. Itu hanya ilusi lampu kuning bulat sahaja. Jangan terpedaya. :p
Deletebetul tu ann...mcmana warna bole jadi keorenan? bukan bihun goreng singapore berwarna putih ke aishah?
ReplyDeletehehehe.
mee kegemaran isya.. hihihi
ReplyDeletekita suka mkn meehoon ni..nnt nak try versi aishah plk..hehe
ReplyDeleteMacam tengah berbual je entry ni T____T
ReplyDeleteMesra sungguh. Hahaha :p
tak penah bace entry resepi mcm ni.. slalu
ReplyDelete1. tumis bahan A,B,C
2. tggu smpi naik bau..
3. bla bla bla
resepi ni sunnguh mesra pelanggan.. tengkiuuuuuuuuu... hihihi
@Ann & @Zahrah : Sebenarnya warna dia putih kekuning-kuningan. Warna merah itu hanyalah ilusi mentol bulat sahaja. Jangan tertipu.
ReplyDeletemmg resepi mesre pelanggan ni...mar bace sambil senyum n bayagkan aishah tgh mengaja masak kat depan...hehehe
ReplyDeletemalam ni aku nak masak mihun singapore
ReplyDeleteHahaha, membaca pun penuh dengan perasaan. kite pun suka meehon putih ni sebab suka rasa lada hitam tuh
ReplyDelete