Siapa kat sini ada impian? Awak? Awak? Awak dan awak?
Bagus. Saya pon punya impian. Impian saya banyak. Sampai tak boleh nak ingat. Hehehe.
Sejak join Shaklee, saya belajar satu benda. Ada impian? TULIS. Tulis secara SPESIFIK apa yang kita impikan. Nak rumah? Rumah macam mana? Setingkat? Dua tingkat? Berapa bilik? Besar mana? Ada apa? Semua kena TULIS. Masa mula-mula saya menceburkan diri dan baca tips-tips dari otai yang dah berjaya, rasa nak gelak pon ada. Takkanlah impian yang kecil pon nak tulis? Takkan tak boleh ingat sendiri?
Tapi rupanya telahan saya silap. Saya sendiri memang tak boleh ingat apa impian saya bila saya down. Bila saya sedih, saya lupa impian saya. Akhirnya, saya terus terbawa-bawa sedih dan down. Memang tak bagus macam ni. Sepatutnya, bila sedih dan down tu kejap-kejap aje. Jangan sampai berlama-lama. Tak baik untuk kesihatan dan masa depan. Kekekeke.
Akhirnya, saya wujudkan sebuah buku yang saya beri nama 'Buku Impian'. Buku ini, saya tuliskan pelbagai impian yang saya ingin capai suatu hari nanti. Semuanya di tulis secara spesifik. Saya nak beli rumah. Rumah macam mana? Saya nak dapatkan lesen kereta, sebab apa? Memang masa mula-mula nak menulis tu rasa kelakar sangat. Rasa macam kalaulah orang lain dapat baca buku ni, confirm aku kena gelak 10 hari 10 malam. Tapi ada saya kisah?

Peneman saya sekarang. 24 jam. :) |
Ianya bagaikan pembakar semangat buat saya. Setiap pagi sampai tempat kerja, mesti buka buku ni dan baca depan cermin. Setiap malam sebelum tidur, mesti baca sekali lagi. Ianya buat saya kekal di track sekarang. Ianya buat saya mampu mengekalkan momentom semangat saya. Seriously, buku ni memang sangat-sangat membantu.
Kalau tahun-tahun sebelum ini, saya tak pernah kisah dengan azam tahun baru. Setiap tahun pon, saya kata saya nak jadi yang terbaik. Tapi hasilnya hujung tahun sama jugak. Jadi, apa saya buat, saya tulis azam 2013 saya dalam buku impian saya ini. Saya tulis apa yang saya nak jadi. Apa yang saya nak capai. Apa yang saya mahu dapatkan. Semuanya saya tulis. Memang bersemangat betul masa menulis tu. Bayangkan, saya tak tidur sampai jam 2.00 pagi bagi memastikan kesemua azam 2013 saya di tulis. :)
Kesimpulannya, saya rasa, semua orang memang perlukan buku impian macam ini. Tuliskan impian anda besar-besar. Spesifikkan rupa impian anda itu. Tampalkan gambar-gambar yang menarik supaya anda tak bosan nak membaca tulisan semata. Insya-Allah, bila setiap hari anda membaca dan melihat impian anda sendiri, suatu push factor akan menolak anda untuk melonjak dan mendapatkannya.
Trust me. :)

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
interesting!! :)
ReplyDeleteOhh my...baru perasan sy tak punya impian besar..loser betul!sobs..!
ReplyDeletemimpin biar sampai ke bulan, paling tak pun bila jatuh sampai ke bintang. jom cipta impian!
ReplyDeleteJue tak pnh bt camni.. selalu follow the flow aje.. hurm xbgus betol...
ReplyDeleteMenarik!
ReplyDeletenurul dari dulu memang jenis catat segala impian dan azam dalam satu buku. pastu beli dah dpt sesuatu nurul akan mark menunjukkan nurul dah dpt apa yang nurul nak. memang bagus buat macam ni sebab kita akan sentiasa bawak buku tu jd pembakar semangat kita
ReplyDeletesesuatu yg semua org nak berjaya perlu ada..push factor!!kan?
ReplyDeleteAim for the moon, if u fall, u'll fall among the stars... :))
ReplyDelete