Update ringkas.
Aku sedang dalam proses mohon pertukaran tempat kerja. Sebabnya? Sengaja mahu cari angin baru. 5 tahun di sini sangat-sangat-sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Tapi aku harus keluar dari comfort zone. Keluar dari rasa selesa. Keluar dari kerja-kerja biasa. Aku inginkan suasana baru yang segar. Errr, dan mungkin tugasan baru yang lebih mencabar? :)
Segalanya masih dalam proses. Baru hari ini aku punya kekuatan untuk print permohonan. Seminggu yang lepas, aku hanya mampu memandang skrin yang sudah siap diisi segala permohonan. Tapi belum mampu di hantar. Aku kuatkan hati untuk Istikharah. Hasilnya, hari ini aku mampu print permohonan pertukaran ini dengan rasa kuat.
Honestly, aku sayangkan tempat kerja aku ini. Terlalu banyak kenangan manis di sini. :(
Tapi, banyak perkara harus aku ambil kira. Dari segi hal anak, kesihatan emak, kemudahan, kos, masa dan pelbagai benda lagi. Semoga dipermudahkan jalan bagiku, Insya-Allah.
Mohon doa kalian mengiringi langkah aku nak hantar borang jumpa bos kejap lagi.
Bismillah! :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
insyaAllah dipermdahkan beb. aku doakan. :)
ReplyDeleteThanks Intan! Orang kata, doa Mak Yong ni makbul. Kau doakan aku dapat sekolah pilihan pertama aku ek? :)
Deleteaishah nak pindah dekat sikit ke dr umah? semoga di permudahkan..
ReplyDeleteYe Maria. Sekolah dekat dengan rumah. Senang pergi balik kerja jalan kaki. Hahahaha.
Deletewaah bestnya..semoga urusan kita sama2 di permudahkan..eyh tp maria xda petukaran pn/..haha..nama pn kerja kilang kan..hehe
Deleteminta pindah mana aisha?? somewhere nearer dgn rumah?
ReplyDeleteinsyaAllah..
Yes Dayu. Area Tampoi gak. Senang aku nak pergi balik kerja.
DeleteYup. Terlalu lama kat satu tempat pun tak boleh jugak. Lama-lama semangat & motivasi kerja pun makin 'tua'.
ReplyDeleteGood luck! :)