Monday, March 25, 2013

Penantian Berakhir.


Perasaan pertama.
Sayangkan tempat kerja sekarang dan kerja-kerja yang aku buat. Sayangkan rakan-rakan seperjuangan yang ada kat sini. Sayang suasana yang meriah, rapat dan ukhwah antara kami. Confirm akan rindu semua perkara kat sini. Gelak tawa, gurau senda dan nangis bersama. Ewah dah macam lagu Black dan Malique pulak. Hehehehe.

Perasaan kedua.
Takut suasana kat tempat baru. Keadaannya akan jadi lebih besar, sebab jabatan yang lebih besar kan. Sekarang ni aku duduk sekolah je. So perubahan suasana kerja agak mendadak. Takut tak dapat sesuaikan diri kat tempat baru. Takut lebih banyak kerja menanti. Takut lebih tension dan stress. Takut tak jumpa kawan yang ngam. Takut orang tak suka kat aku. Hahahaha perasaan macam ni pon boleh ada. Apa-apa aje lah aku ni. 

Perasaan ketiga. 
Lega sebab aku tahu Allah kasi aku peluang untuk aku ambil 'peluang'. Peluang untuk berubah, mungkin. Peluang untuk jadi lebih baik, mungkin. Peluang untuk baiki diri, mungkin. Peluang untuk berikan yang lebih baik, mungkin. Ini peluang dan ruang yang perlu diambil. Aku tak boleh sia-siakan. Allah knows the best. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

Insya-Allah, aku akan lapor diri pada 1 April 2013 ini. Doakan aku ye? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

13 comments:

  1. tahniah beb,
    semoga dipermudahkan perjalanan mu di tempat baru, amin

    ReplyDelete
  2. Tahniah Aishah. Mulakan yang baru dan semangat baru. InsyaAllah dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak pindah Johor, tapi tak dapat lagi kerja kat sana..huu..gud luck kat tempat kerja baru :)

    ReplyDelete
  4. congrats Aishah.. insya Allah ok ditempat baru.. suasana baru..semangat baru.. kawan2 baru..semoga semuanya dipermudahkan kay..

    ReplyDelete
  5. pindah jabatan pelajaran johor ke aishah??

    ReplyDelete
  6. ala...tak best la...aishah dah takde nnt...:(

    ReplyDelete
  7. mesti akan jumpe kawan yang ngam nanti.. senang nak berkawan ngan aishah ;)

    ReplyDelete
  8. Tahniah!
    Insyaallah...semuanya akan dipermudahkan nanti :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015