Mulai hari Isnin (22 Ogos 2011) yang lepas, badan Nashriq dah mula panas. On and off. Balik dari kerja, saya bawa dia ke klinik berdekatan lagi setengah jam waktu nak berbuka. Bayangkan betapa terdesaknya saya waktu itu? Keadaannya memang panas betul. Muka Nashriq merah padam dan asyik merengek. Bila diagah dan diajak berbual, langsung boo layan.
Doktor bagi ubat masuk bont*t dan Alhamdulillah panasnya turun serta merta. Berbekalkan beberapa ubat lain, saya yang ditemani kakak dan abang (Wahid tak ada sebab kerja petang), kami pulang dan berbuka pada jam 7.45 petang. Kedengaran sadis kan? Tapi, tak apa lah. Demimu anak.
Oh ya, masa ni doktor kata Nashriq ada Tonsil dan ianya hampir menutup anak tekaknya. Sebab tu Nashriq langsung tak mahu makan dan refuse susu. Dan sebab itu juga, badan dia panas. Sakit lah tekak tu agaknya kot. Ermmm.
Hari Selasa (23 Ogos 2011), saya ke tempat kerja seperti biasa. Telefon Emak di rumah dan Emak khabarkan yang suhu badan Nashriq masih on and off. Saya dah mula risau. Nak balik, kerja masih banyak pula. Saya tabahkan juga hati sedangkan di dalam sini hanya Tuhan yang tahu. Saya tahu anak saya seorang yang happy boy. Tapi bila dia tak sihat macam gini, kita satu rumah boleh risau. :(
Hari Rabu (24 Ogos 2011), saya ada check up di Klinik Kesihatan Kempas dan kena minum air gula. Saya bercadang untuk balik rumah dulu, salin baju dan baru ke tempat kerja. Wahid temankan saya sepanjang berada di klinik. Balik rumah, Emak mengadu yang dada Nashriq berbunyi kuat. Semacam ada kahak. Tido pon tak lena sebab dia asyik terbatuk-batuk. Saya pandang Wahid dan kami mati akal. Saya tak tahu apa yang patut kami buat. Akhirnya, kami buat keputusan untuk bawa Nashriq ke klinik yang ada perkhidmatan Nebulizer. Cari punya cari, akhirnya kami singgah di klinik Bio-Sucinas, Bandar Baru Uda.
Jumpa doktor dan doktor pon kata dada Nashriq berbunyi sangat kuat. Doktor consult Nebulizer dan merasalah kami bagaimana sayunya memegang anak yang menangis meronta-ronta tak mahu sedut gas. Kesian sangat! Sampai tak bermaya dah Nashriq menangis. Keluar dari bilik rawatan, saya termenung dan menangis. Mesti Nashriq fikir kami ni kejam. Tapi what to do sayang? Kami nak Nashriq sihat. Macam selalu.
Balik dari klinik, kelihatan semuanya ok. Dada dah tak berbunyi. Demam sudah tiada. Aktif macam biasa dan boleh main-main dengan sepupu sepapat. Legalah sikit hati ni nak pergi kerja esok (hari ini). Lagipon dah nak birthday dia ni kan. Harap-harap tak ada lagi sakit-sakit.
My expectation nampaknya meleset. Pagi tadi bangun sahur, dada Nashriq berbunyi lagi. Wahid wish Happy Birthday to him tapi saya tak sampai hati. Saya tengok bagaimana lelahnya dia nak bernafas. Kruuuk kraaaak bunyi nafas dia. Hembus dan hela nafas pon susah. Saya mati akal lagi. Kesian anak Mama sakit-sakit on his 1st birthday. :(
Pukul 6.30 pagi ni tadi, saya bangun untuk bersiap nak pergi kerja. Tapi saya dengar nafas Nashriq kuat betul. Dia merengek-rengek sebab sukar nak bernafas agaknya. Takkan nak pergi kerja jugak dengan keadaan anak macam gini? Saya tekad untuk emergency leave lagi. Saya tahu yang saya akan dikecam sebagai pekerja yang manjakan anak atau pekerja yang kerap cuti. Tapi saya betul-betul tak sampai hati nak pergi kerja dengan keadaan Nashriq macam gini. I really don't.
Saya terus bangun ke dapur dan capai rice cooker. Saya isi mangkuk nasi dengan separuh air. Saya letak garam halus (it supposed garam kasar @ batu kot) dan saya korek vicks separuh botol masuk dalam air tu. On kan rice cooker dan biarkan dia panas mendidih. Saya kelihatan kejam lagi bila sanggup buat pekak anak meraung minta lepas bila saya buat rawatan stim tadi. Tapi apa pilihan yang saya ada? Saya nak anak saya sihat. Saya nak semuanya berjalan seperti biasa. Wahid pon tak ada pilihan lain. Jadi kami tekad buat rawatan stim ni jika itu yang terbaik buat Nashriq.
Amazingly, sekarang Nashriq tengah tidur dengan lena tanpa bunyi kruukk krakkk tadi. Saya tahu dia lega. Ahhh, baru rasa tenang dan boleh wish him Happy Birthday walau hakikatnya dia tak dengar sebab tengah tidur. Kang bangun, kena buat lagi rawatan stim tu. Biar 4 jam sekali pon tak apa. Asalkan kahak-kahak tu semua boleh pergi jauh-jauh tak ganggu anak saya lagi.
Oh sorry sayang Nashriq. Mama dah plan nak buat entry bunga-bunga untuk awak sempena your 1st birthday. Tapi nampak gayanya, entry begini pula yang publish.
Anyway, sempena birthday Nashriq yang pertama ni, Mama doakan semoga Allah berikan kesihatan yang baik-baik buat anakanda Mama ini. Semoga Nashriq dipanjangkan umur dan diberikan umur-umur yang berkualiti untuk berbakti pada Agama dan bangsa. Jadilah anak yang soleh serta hormat orang tua. Mama dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Nashriq.
You will always be my baby, Abang Nashriq :)
P/S : Sorrylah entry tunggang terbalik. Update pakai BB memang terasa payah sikit. Kena korek ilmu banyak sikit nampaknya. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Get well soon birthday boy! And happy birthday sayang.
ReplyDeletenampak macam kejam dik..tp takpe utk kesehatannye jugak...
ReplyDeletebtw..hepi turning 1 nashriq....
be a gud boi ya,,,,
=)
sabar e aishah..insyallah nashri sihat kelak...happy 1st birthday nashriq..sudah jadi big boy ye...semoga sentiasa sihat dan menggembirakan mama dan ayah ye...
ReplyDeleteSelamat ulangtahun pertama Nashriq!!
ReplyDeleteTakpelah nashriq nak baik demam da kan? Fahrin pon mase besday dia, dia demam seminggu. Demam nak membesar kan sayang?
rawatan stim tu..
ReplyDeletent bg dia sedut ye?
x penah buat..huhu..
klu bleh explain lg ye..
get well soon nashriq
Get well soon Nashriq. Kakak Kaiyisah pun starts demam selesema batuk semalam. aduhai. semoga kalian cepat sembuh.
ReplyDeleteHappy 1st Birthday, Anas Nashriq!
aisha sabar yerr..alynn punya bnyk pengalaman masa anak batuk berkahak..anak meraung xnak amik gas..dia meronta kita terpaksa pegang kuat sur esakit..tapi apa bole buat..?
ReplyDeletetapi alynn tertarik dgn cara aisha buat stim treatment guna garam n vicks..biler semuanyer dah mendidih bagi anak hidu ker aisha..?
semoga nashrig cepat sihat ok, nanti bole raya umah aunty =) btw, happy birthday sayang
ReplyDeletehappy birthday Nashriq! Semoga cepat sihat..
ReplyDeleteIrfan dulu pon tak sihat masa sambut 1st birthday..
semoga sakit pergi jauh2 dari anak2 kita semua..
happy birthday nashriq :)
ReplyDeletebiasela budak.kalo batuk ke selsema ke mesti penuh kahak tu.
kami kalo aleesya tak sihat je, mmg terus bawak kat kinik pakar kanak kanak. alhamdulillah. medical card company kami yg tanggung. tu yang laju je g kinik pakar kanak kanak tu.hehehehe. so selalu nye, doktor mmg akan soh datang 3 kali berturut turut unutk nebulizer tu.
memang sedih tengok dia nanges nanges. tapikan, nurse kate..itu lagi bagus. bila nanges nanges, kan mulut bukak. so lagi direct gas tu nak masuk.
baru gas masuk banyak dan cairkan kahak banyak banyak.
aishah, kita sama..kerap cuti sbb anak xsihat dan akdnag2 ponteng kerja..hukhukhuk sedih :(
ReplyDeleteapepun nasyriq, happy 1st birthday..moga diberi keishatan yg baik berpanjangan
malam tadi baru teringat pesan doktor
ReplyDeletekalau ada baby kat rumah tak digalakkan pasang karpet
yerla walau kita vakum hari-hari habuk tetap ada tak sama mcm kita mop
kesian nasriq sakit dihari kelahirannya
cepat sembuh yer! muahhhkkkss
@Fie : Thanks auntie Fie! Doakan Nashriq cepat sembuh okeh? :))
ReplyDelete@Akish : Thanks auntie Akish. Nampak macam dah ok sket skang. Harap2 memang dah baik betul tu.
@Hanani : Thanks Kak Nani. Harapnya begitulah. Dah besar dah Nashriq kan? Kejap aje. Haih. :))
@Reen : Nampak macam dah tak demam semua tu. Tapi skang cirit birit balik sebab akak baru try Lactogen konon dah setahun. Haaa. Nampaknya memang kena stick dengan susu LF tu kot.
@Ayue : Insya-Allah nanti kita explain ye Ayue. Dia nak kasi kahak dalam dada dia cair dan keluar melalui hingus kat hidung. Kejam tapi berhasil!
@Ann : Semoga Kaiyisah cepat sembuh. Dah nak raya ni kan? Harapnya takdelah sakit-sakit. Nanti kita yang tak happy kan?
@Alynz : Ha'ah Alynz. Tapi nanti Aishah buat proper entry kalau ada time ye? Aishah pon kawan-kawan blog jugak yang kongsi tips.
@Afni : Thanks Afni! Itulah, nak pergi rumah Afni ni nak tengok Dani. Mesti pergi!
@Sab : Amin. Itulah. Harap-harap anak kita sihat-sihat belaka kan? Thanks again Sab. :)
@Murnie : OH! Doktor tu ada pesan suruh datang lagi after 4 jam. Tapi kami tak pergi. Memang kena buat 3 kali berturut-turut ek? Ahhh, kenapalah kita cuai sangat ni!
@Aziyana : Nak buat macam mana Yana? Itulah nasib kita kan? Aishah ni dah selalu sangat orang cakap-cakap. Tapi apa pilihan yang kita ada? Thanks atas ucapan Yana. Harapnya dia akan terus sihat-sihat. :)
@Mimie : Thanks Mimie. La ye ke takleh pasang karpet? Baru nak melaram ni haa. Hahahaha.