Adalah lebih penting dari biasa bagi ibu yang mengandung untuk makan pemakanan yang sihat. Kecuali sekiranya anda mengalami masalah kesihatan khusus (Contoh : Diabetes Mellitus atau Edema). Kebanyakan nasihat permakanan biasa, karbohidrat, lemak, protein seimbang, makan pelbagai makanan termasuk keluaran tenusu dan beberapa jenis buah dan sayuran setiap hari.
ASID FOLIK (FOLATES = VITAMIN B9)
Amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan. Asid Folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube). Ia dengan itu menghalang Spina Bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan humus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan Asid Folik. Vita-lea (Multivitamin) dan B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Asid Folik @ Folate.
KALSIUM DAN ZAT BESI
Amat diperlukan oleh fetus untuk cepat membesar. Wanita mengandung perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi kerana ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah dengan berjemur setiap hari selama 10-15 minit. Namun dengan keadaan atmosfera serta lapisan ozon kita sekarang ini, kita tidak digalakkan untuk berjemur secara direct di bawah pancaran cahaya matahari. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik. Kalsium (Ostematrix) Shaklee dilengkapi Vitamin D bagi meningkatkan kadar penyerapan Kalsium.
VITAMIN B COMPLEX
Pengambilan Vitamin B-Complex mestilah lengkap dengan kelapan-lapan jenis vitamin B. Salah satunya, Vitamin B6 atau yang dikenali juga sebagai piridoksin. Wanita hamil memerlukan vitamin B6 sejumlah 1.9 miligram yang membantu untuk membentuk antibodi, sel darah merah, dan neurotransmiter. Menurut kajian, pengambilan vitamin B6 akan membantu mengurangi rasa mual - muntah pada beberapa wanita, tetapi tidak pada semua wanita. Untuk mengatasi rasa mual - muntah saat kehamilan, dos vitamin B6 yang diperlukan adalah lebih besar, dimana dos yang disyorkan iaitu 10mg untuk 3-4 kali sehari. Vita-lea (Multivitamin) Shaklee mengandungi 1mg B6 dan B-Complex Shaklee mengandungi 13.5mg B6.
Vitamin B6 juga boleh diperolehi daripada berbagai variasi makanan seperti pisang, cereal, kentang, ikan, ayam, gandum, jagung, kacang-kacangan.
VITAMIN C
Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga amat baik dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Seringkali ibu-ibu yang mengandung menghadapi masalah apabila selsema kerana banyak ubat yang tidak boleh diambil ketika mengandung. Vitamin C amat baik untuk bakal ibu yang mahu mengelakkan diri daripada selsema. Ia mampu meningkatkan sistem pertahanan ibu sepanjang mengandung dan selepas daripada itu. Sebaiknya bakal ibu perlu mempelbagaikan sumber vitamin C. Selain pengambilan vitamin C melalui supplement sama ada dalam bentuk kapsul, tablet atau affervesent perkara yang penting ialah kepelbagaian melalui sumber makanan. Ambillah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Jika boleh pastikan pengambilan vitamin C seharian melebihi 85mg tetapi kurang daripada 2000mg. Vita-C Shaklee adalah 500mg bagi setiap tablet.
Vitamin C boleh ditemui di dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti lada benggala hijau, broccoli, tomato, kentang putih dan manis (sweet potato), buah-buahan jenis citrus seperti oren, strawberry dan kiwi.
LEMAK
Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina. Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi antara risiko dengan kebaikannya: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa. Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang asli dan bebas pencemaran logam berat, merkuri dan kadmium dan merupakan minyak ikan terbaik dunia.
FLUORINE
Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan garam.
VITAMIN SHAKLEE YANG DISYORKAN UNTUK IBU HAMIL.
- VITA-LEA adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
- B COMPLEX Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
- VITAMIN C Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
- OSTEMATRIX - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
- OMEGA GUARD - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
Set Ibu Hamil Trimester Pertama (0-12 minggu) |
Set Ibu Hamil Trimester Kedua & Ketiga (13-40 minggu) |
BACA JUGA : TESTIMONI SET IBU HAMIL DI SINI
Khas untuk IBU HAMIL, dapatkan KONSULTASI PERCUMA dari saya!
PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI |
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)