Wednesday, November 26, 2014

RECOGNITION & MOTIVATION RALLY DI KUALA LUMPUR

Cerita ini dah basi sangat dah. Tapi oleh kerana aku nak clearkan draft, gigihlah aku keluarkan entry ini di malam hari begini. Actually, Recognition & Motivation Rally ni berlangsung pada 28 September 2014 di Shah Alam Convention Centre. Tajuk entry di Kuala Lumpur? Tapi majlis buat kat Shah Alam? Entahlah. Suka hati aku je buat tajuk entry letak Kuala Lumpur. Geografi failed. Hihihihi.

So, kenapa gigih pergi Recognition & Motivation Rally kat KL nun jauh?

Sebab, aku nak meraikan kejayaan anak cucu cicit team #JUSTDOIT yang diiktiraf oleh pihak Shaklee atas pencapaian mereka. Alhamdulillah, seronok sangat bertukar aura kat sana. Aku ni sebenarnya jarang dapat beri komitmen hadir ke majlis-majlis Shaklee macam ni ketika masih bekerja. Tapi sejak meletak jawatan, Wahid izinkan aku untuk turut serta sebab katanya aku kenalah turun padang dan sentiasa berjumpa anak cucu cicit untuk bagi semangat. Syukur juga sebab dapat suami yang memahami. Aku kuat dan teguh kini pon atas restu dan doa suami jugak. "Thanks sayang!" Eh.

Aku ke Kuala Lumpur naik flight dengan mak Shaklee aku, Master Beeha Yunos. Flight okay. Flight. Kenderaan yang aku tak pernah naik seumur hidup aku. Takut dan gementar. Tak sangka yang aku akan naik jugak. Sangatlah jakun hokay! Muka cover tenang supaya tak nampak gabra sangat. Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. HAHAHAHAHA.

Sampai sahaja kami di KLIA2 yang besar gila penat kaki kami berjalan, anak buah bisnes Shaklee aku Cik Puan Nana dah menunggu. Terima kasih kepada Nana yang sudi jemput dan hantar kitorang balik. Dari pagi sampai ke malam jadi driver (hihihihihi) kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya dan semoga dimurahkan rezeki Nana dan keluarga dunia akhirat. :)


Upload kat FB semua kata muka sama. Hihihihi.
Thanks Nana! :)

Majlis kat SACC tu jam 2 petang, jadi pagi selepas Nana jemput, kami ke Seksyen 7 dulu untuk ber-sarapan. Sempatlah juga sesi coaching dari hati ke hati dengan Nana. Nana ni antara leader aku yang sangatlah jarang jumpa. Banyak sesi belajar dan mengajar guna 100% online. Tapi itu bukan alasan nak berjaya kan? Kalau nak berjaya, apa jua halangan pon sanggup hadapi. So same goes to Shaklee business. Jauh dari upline bukan alasan untuk berjaya. Antara NAK dengan TAKNAK je. Khenn?


Jarang dapat coaching offline gini.
Sesekali berjumpa, gunakan sebaiknya.


Lepas sarapan, kami lepak pulak kat Burger King Extreme Park Shah Alam sebab lambat lagi nak tunggu pukul 2 petang ke Shah Alam Convention Centre. Dok melepak kat situ sambil coaching santai dengan group I'm Possible (group Nana). Seronok bila sesekali dapat spend time dengan anak cucu cicit macam ni. Sebab selalu jumpa kat Whatsapp je.


Team Im Possible by Cik Puan Nana.


Dan tengok, siapa join kami selepas itu!
Itu 
Hannah Johary yow!

Dalam jam 1.30 petang gitu, kami bergerak ke Shah Alam Convention Centre beramai-ramai. Hannah tak dapat join sebab ada komitmen lain. Sangat tak sabar nak hadiri majlis macam ni tau. Sebab selalu bagi aku inspirasi untuk terus berjaya. Ada sharing dari Master-Master yang dah berjaya. Tengok orang turun naik amik penghargaan. Sangat best! :)

So sesampai aje kat SACC tu, kami mendaftar dan pergi Solat dulu. Ramainyaaaa orang macam National Conference pulak rasanya. Eh, sebut pasal National Conference, aku belum pernah cerita lagi kan kat dalam blog ni pasal Shaklee NC? Nanti ada masa aku cerita okay. Best tau Shaklee NC tu. Aku dapat stay 3 hari 2 malam kat Hotel Sunway & Resorts percuma je Shaklee bagi. Eh itu nanti lain entry aku cerita lah eh. Sekarang habiskan entry Recognition & Motivation Rally ni dulu. Wahhh banyak betul aku hutang cerita kat blog ni.

Okay lagi gambar sepanjang majlis.


Dari kiri: Nasuha, aku dan Cik Puan Nana.

Bersama Kak Anum.
My 2nd level leader. First time jumpa ni :)

Selfie pakai monopod khas dari JB KAHKAHKAHKAH

Ramai kan orang? Ni masa majlis belum start.
Bila majlis dah start, pandang belakang tengok penuh orang berdiri!

Ini dengan #OTG
Group under Master Beeha.

Sebahagian #JUSTDOIT yang datang.
Sebab yang lain dah pergi makan hihihihi.

Ada banyakkk sangat gambar tapi aku tak laratlah nak upload semua. Kalau berminat nak tengok bolehlah add aku kat FB dan skodenglah album gambar aku kat sana hihihi. Semua pon gambar anak cucu cicit #JUSTDOIT naik pentas amik sijil pengiktirafan. One word can describe my feeling bila tengok balik gambar-gambar ni ialah, BANGGA. Bangga tengok mereka yang awal-awalnya tak pandai bisnes, takut, malu, permulaan income cuma RM23 sahaja tapi sekarang dah stabil 4 angka, dah naik pentas menerima pengiktirafan Shaklee. Itulah macam aku cakap, yang penting NAK CUBA dan NAK BELAJAR. Kalau dua benda ni pon taknak, tak ada sesiapa dalam dunia ni boleh bantu.

Siapa kita setahun akan datang?
Permulaannya bermula HARI INI.

Betul ke BETUL? *angguk-angguk kepala*


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

4 comments:

  1. eh mcm ada gmbr saya mihmihmih.

    Notakaki : jemputlah dtg blog saya (komen nk kena pelempang hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Insya-Allah saya akan buat kunjungan balas (PANGGGG!!)

      Delete
  2. hahaha macam ade gambar saya jugeee

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015