Rasanya sepanjang berblog dari tahun 2008 (oh tak sangka dah 6 tahun!), masalah paling utama ialah nak reply komen kawan-kawan. Pernah sampai aku pasang gadget CommentLuv sebab nak memudahkan me-reply komen. Tapi sebab apa eh (aku lupa!), lalu aku remove CommentLuv itu. Lalu baliklah kepada tabiat tidak membalas komen kawan-kawan dan rakan pembaca. Macam diva sangat hihihihi.
Oleh kerana beazam untuk kembali serius ber-blogging, maka misi mencantikkan blog dan memasang gadget-gadget yang bakal menaikkan lagi semangat untuk blogging telah dijalankan. Malam tadi, aku google cara nak pasang "Reply Comment Button" ini.
Boleh reply direct kepada kawan yang komen! |
So kat mana nak setting? Mungkin kawan-kawan ada yang dah tahu. Tapi aku share je lah sebab boleh jugak buat nota kat blog aku ni ha untuk rujukan di masa akan datang. Mula-mula sekali pergi kat SETTING -> POSTS AND COMMENTS -> COMMENT LOCATION TUKAR KEPADA EMBEDDED -> SAVE SETTING and you are DONE! Boleh rujuk gambar kat bawah yang aku attach kan sekali ni.
Tapi kan, sebenarnya aku lebih suka POP UP WINDOW punya comment setting sebab lagi cepat dia buka dan kita boleh baca komen-komen. Tapi tak apa lah kan, yang EMBEDDED ni akan mudahkan aku untuk balas direct kepada kawan-kawan yang komen. Wahhh macam ramai nak komen blog kau Aishah! HAHAHAHA!
Okay, semoga bermanfaat untuk semua.
Selamat mencuba! :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Tq aishah...byk yg nk kna study lgik nih...
ReplyDeleteBoleh Kak Sue! Go chayok chayok!
DeleteAaah dlu sll kecik hati sbb aishah xreply komen maria..pastu sedar diri..aishah blogger famous sbb tu xbls komen maria..hahaha...kelakar plk bila ingat balik...
ReplyDeleteHoyyyy poyo celah mana femes tu? Hahahaha. Taklah Maria. Memang ada penyakit malas balas komen kalau jenis pop up window tu haaaa. Sorry k muah muah muah HAHAHAHA
Delete