Nasib baiklah ada teknologi canggih boleh update blog dari handphone kan? Takdelah rasa ketinggalan sangat nak share pape cite. Tapi taktau macam mana rupanya entry aku ni keluar ikut phone. Dengan tak allign paragraph lagi. Tapi takpelah, asal dapat blogging. Kan dah cakap yang aku memang rindu gila nak blogging tegar macam dulu. Cuma masa dan keadaan (malas) yang tak mengizinkan. Hihihihihi.
Diam tak diam dah 2 tahun dah aku dengan Shaklee kan? Punyalah turun naik ombak badai ranjau berduri dah aku lalui, cheh wah! Takdelah menipu benar kan. Yes, memang ada dugaan cabaran semua tu. Tapi Alhamdulillah, setakat 2 tahun ni masih mampu bertahan dan sekali lagi syukur Allah kuatkan semangat aku sehingga ke hari ini.
Ape je yang aku tak rasa dengan Shaklee? Backout buyers? Takde sales? Rasa down? Eh tak payah ceritalah semua tu. Sebab aku pon tak suka nak sebarkan aura negatif. What I can say, syukur sebab aku berada dalam group besar Jutawan Shaklee under Presidential Master Shareeza, group OTG under Master Beeha dan group aku sendiri JUST DO IT! yang penuh dengan orang-orang hebat yang sentiasa positif. Pernah dengar kan, kalau nak berjaya dan sentiasa berfikiran positif, kita kena surround ourself dengan orang yang macam tu jugak. Barulah aura tu sampai dan menusuk. Ewahhh pandai dah bermotivasi skang. Hahahahaha!
Insya-Allah minggu depan akan naik KL untuk National Conference Shaklee kat Hotel Sunway Resort & Spa. Aku dan keluarga dapat penginapan percuma 3 hari 2 malam sesambil ambik award 8 biji atas pentas. Taktaulah aku ada cite kat blog ke tak yang last year aku dapat award jugak tapi sebiji aje lah. Masa last year tu aku tak dapat pegi sebab ape eh tak ingat. Tapi memang frust ah sebab tak pegi. Alhamdulillah tahun ni meningkat jumlah awardnya. Tak sangka kan? Dalam masa setahun je. :)
Sebab tu aku selalu pesan kat anak buah cucu cicit bisnes aku, beri masa kat diri memasing at least 12 bulan pertama. Bagi masa kat diri untuk dapat rentak, fahami sistem, jatuh cinta dengan produk, selebihnya insya-Allah akan mudah. Ini ramai je yang takut nak mula. Sebab pelbagai alasan dalam kepala. Takutlah, malulah, tak pandailah. Hahahaha aku dulu pon tak pandai gak. Semua orang pon mula dengan tak pandai gak. Itu sebab kena belajar, kena mula. Kalau tak mana nak tahu kan?
Ish oklah dah malam dah ni. Bateri handphone pon dah minta nyawa. Insya-Allah ada rezeki nanti aku share cerita lagi yek? Sebelum mengundur diri, aku belanja gambar sekeping kat bawah ni. Taktaulah macam mana rupa appear kat pc korang. Hihihihihi. Asal boleh lah eh? Halalan toyyiban.
P/S : Gambar tag dan booklet untuk majlis NC minggu depan. Tak sabar nak pergi! :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)