Hari ini dapat order dari teman pejabat lama, semasa saya masih bekerja di shipping line. Beliau komen di instagram saya dan bertanyakan tentang Set Penyusuan Shaklee. Tentu sahaja saya suka, kerana set ini merupakan set yang mula-mula buat saya jatuh cinta dengan Shaklee.
Bersembang punya sembang, beliau ni sekarang bekerja di Singapura. Umum tahu, kalau kerja Singapura tu, pasti kena keluar masuk kastam setiap hari. Pastu kena keluar seawal yang mungkin dan balik pula lewat petang atau malam. Yang buat saya bertambah kagum dengan beliau, rakan saya ni masih breastfeed anaknya tau! Cuma sekarang ni menghadapi sedikit masalah kemerunduman susu. Takpe, kita ikhtiar dengan Vitamin Penyusuan Shaklee. Moga-moga berhasil dan dapat berikan kesan yang baik buat perjalanan penyusuan beliau dan anak.
SET PENYUSUAN OPTIMUM DARI SHAKLEE |
Set yang saya gunakan sekian lama sepanjang perjalanan saya 2 tahun lebih menyusukan Nur Anis Najah. Inilah vitamin yang saya consume setiap hari. Lagi pula waktu tu saya bekerja dan perlu mengepam setiap hari bagi memastikan stok mencukupi untuk dibekalkan kepada babysitter. Alhamdulillah, rezeki Najah dapat fully breastfeed bersama saya :)
Kesan sepanjang pengambilan set ini, saya boleh kongsikan kepada anda beberapa perkara yang saya sendiri rasakan. Pertama sekali, badan saya rasa bertenaga, kurang stress, tidak mudah penat, susu terhasil banyak (Allah jua pemberi rezeki), dan susu lebih pekat dan Najah minum pon cepat kenyang. Paling saya suka, sepanjang Najah menyusu badan dan saya consume vitamin ini, Najah sangat jarang demam dan kalau demam pon akan segera sembuh sebab saya akan double up pengambilan dos Vitamin C. Syukur, saya cuma ikhtiar. Selebihnya Allah yang izinkan.
Dah baca pengalaman saya sendiri? Jom saya share-kan beberapa testimoni dari mommy-mommy hebat di luar sana. Semoga ianya bermanfaat dan jadi pendorong buat kita semua, Insya-Allah :)
Untuk ibu-ibu yang ada sebarang pertanyaan, boleh whatsapp saya untuk konsultasi. Saya suka je berbual pasal breastfeeding ni, sebab memang kecintaan saya hihi. So kalau ada apa-apa pertanyaan nak tanya, nak saya kongsikan ilmu apa-apa, whatsapp je. Insya-Allah saya akan bantu semampu yang boleh :)
PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI |
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)