Friday, December 4, 2015

IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Selepas kelahiran Nur Anis Najah, saya merancang kehamilan dengan mengambil pil perancang. Tempoh 7 bulan macam tu, kemudian berhenti dan merancang secara natural. Selepas Najah berumur 2 tahun, kami bersedia untuk bayi seterusnya tapi masih belum dikurniakan rezeki.

Sehinggalah Najah berusia 3 tahun lebih, saya mula risau memikirkan kenapa kali ini sukar pula nak lekat hamil? Adakah apa-apa masalah atau kesan dari pengambilan pil perancang? Wallahualam.

Setelah buat beberapa bacaan, saya mula konsisten vitamin Shaklee (saya listkan di bawah) bagi ikhtiar dikurniakan bayi keempat. Berikut adalah beberapa vitamin yang saya betul-betul konsisten dan tak miss langsung sepanjang trying to conceive.


VITA-LEA IRON FORMULA

Kebaikkan Vita-Lea Iron Formula

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap dan diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea Iron Formula
  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat 
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi 
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi 
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot 
  • Boron – Membantu dalam metabolisma 
  • Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang 
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Baca info mengenai Vita-Lea Iron Formula KLIK SINI.


B-COMPLEX

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 ini mesti ada dalam B Complex untuk mengawal keseimbangan dan kesan yang optimum. Vitamin B adalah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui sistem perkumuhan. Jadi, memang pentinglah untuk anda ambil B Complex setiap hari.

B Complex Folik Asid

B Complex adalah salah satu produk dalam Set Hamil Shaklee. Folik asid yang dimiliki oleh B Complex ialah untuk membantu membina DNA dan sel-sel serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang. Ini penting supaya bayi membesar dengan sihat dan normal.

B Complex Shaklee Untuk Hamil

B Complex Shaklee membantu tumbesaran bayi ketika hamil. Fungsi asid folik yang saya sebutkan diatas adalah asasnya.

Baca info mengenai B Complex DI SINI


VITAMIN C PLUS 

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Antara manfaat Vitamin C Plus 
  • Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  • Mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.

Lebih info menegnai Vitamin C Plus KLIK SINI


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Khasiat ESP Shaklee Untuk Kesuburan

Sekiranya anda kurang menjaga kesihatan, kurang bersenam, tak jaga makan dan selalu stress, maka kita sebenarnya secara tak sedar menyebabkan diri kurang subur.

Khasiat ESP 
  • Akan meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  • ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%.
  • 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki.
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang.
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser.
  • Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser.
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bakteria/virus.
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%.
  • ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda.
  • Khasiat ESP Shaklee untuk kesuburan menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna.
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya.
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause.

Kenali lagi ESP Soy Protein Isolate Powder DI SINI


GLA COMPLEX

GLA mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.

Fungsi GLA Complex
  • Seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan.
  • Melegakan simptom PMS.
  • Membantu mengatasi masalah menopouse.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing).
  • Membantu menangani ekzema.
  • Membantu melegakan simptom artritis reumatoid.
  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol dan membakar lemak.
  • Membantu fungsi saraf
  • Melambatkan proses osteoporosis.
  • Mencegah pembentukan sel-sel kanser.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Baca info lain berkaitan GLA Complex DI SINI


VITAMIN E COMPLEX

Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 

Manfaat lain Vitamin E Complex KLIK SINI

--------------

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan konsisten dengan pengambilan vitamin-vitamin di atas serta mengamalkan beberapa tips, saya dikurniakan Allah peluang untuk mengandung buat kali keempat. Tapi saya nak tekankan juga, pengambilan vitamin dan tips adalah sebagai satu langkah usaha dan ikhtiar, selebihnya kita haruslah berdoa mohon diberikan rezeki. 

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba Set Kesuburan ini dan ingin mendapatkan tips-tips lain bolehlah hubungi saya. Insya-Allah saya akan bantu semampu yang boleh :)

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015