Tahun lepas, satu kakak officemate tunjuk video anak dia masuk Pertandingan Azan. Budak lelaki umur 7 tahun. Ber-Azan dengan penuh khusyuk. Tertibnya sempurna. Rasa syahdu sangat bila tonton video tu. Kalau aku yang bukan Emak budak tu pon dah rasa bangga, apa lagi Emaknya kan?
Since then, aku menyimpan angan-angan untuk memasukkan anak-anak aku ke sekolah yang sama. Sekolah berbayar yang fokus ke arah keagamaan. Aku betul-betul mahukan anak aku membesar dengan ilmu agama yang cukup. Jangan macam aku, ponteng mengaji setiap hari. Sekolah agama pon pergi ikut suka hati. Akhirnya, ilmu akhirat cetek dan terpaksa belajar semula sekarang. Haihh. :(
Sekolah Sri Johor, untuk Nashriq dan Najah. Insya-Allah.
Sekolah ni best gila. Hantar anak waktu pagi, dan mereka belajar macam biasa. Cukup ilmu dunia dan akhirat. Tiba waktu Solat, kena Solat. Belah petang ada mengaji pulak. Kokorikulum pon mantap. Pendek kata, apa yang ada kat sekolah harian biasa, ada jugak kat sekolah ini. Bezanya, sesi pembelajaran adalah dari pagi hingga petang. Sangat pack dengan pelbagai aktiviti rohani dan jasmani. Gila punya best, kan?
Bila Nashriq mula menunjukkan minat ke arah keagaamaan (tengok Astro Oasis tak berkelip mata setiap hari), I was thinking to send him to Sri Johor. Alangkah indahnya perasaan bila dapat tengok anak kita cukup ilmu dunia dan akhirat nanti. Kita kat dalam kubur pon tak berpeluh nak menjawab. Insya-Allah!
So, aku pon pergilah bertanya kakak officemate tadi. Bertanya yuran masuk dan yuran bulanan sekian-sekian. Hahaha. Padahal Nashriq baru umur setahun lebih kan? Begitu semangat nak tanya bab yuran bagai. But, I really need to know. Nak make sure perbelanjaan akan datang sangat mencukupi bagi menampung impian aku yang satu ini.
Aku :
Kak Ton, nak masuk sekolah Sri Johor bayar berapa?
Kak Ton :
Yuran masuk seribu lebih.....
Aku :
*GULP!*
Kak Ton :
Yuran bulanan RM280.....
Aku :
Okeh, bye!
Terus blah. Tak sanggup nak dengar lagi.
Macam mana impian aku nak tercapai? Gaji sekarang kami suami isteri pon cukup sampai hujung bulan. Kadang-kadang bernafas guna hidung. Kadang tak bernafas langsung. Untunglah ada simpanan sikit-sikit, boleh diguna pakai bila sesak. Tapi sampai bila nak macam tu? Gunung kalau dikais pon akan runtuh. Iye tak?
Aku pon Google serata alam untuk mencari kerja-kerja sambilan bagi mengumpul dana pembelajaran Nashriq dan Najah dari sekarang. Konon nak jadi kerani menaip sambilan kat rumah. Hehehe. Gila kentang betul punya semangat nak tambah pendapatan. But yes, aku memang semangat nak tambah pendapatan. Demi anak-anak aku.
Tiba-tiba, rezeki datang bergolek (wait, bentuk rezeki tu bulat ke boleh bergolek?). Kak Bee approach me on FB private message dan tanya tak mahu jadi Shaklee distributor ke? I was like...? Rezeki ke apa ni? Saat aku betul-betul tengah mencari jalan hidup. Echeh.
Kak Bee terang serba sedikit. Aku telefon suami dan minta keizinan. Telefon Emak minta instinct dia as Ibu. Minta pendapat kawan-kawan serba sedikit. Terus aje aku cakap 'yes' kat Kak Bee. Amazingly, aku rasa semangat gila nak mulakan walau hakikatnya ilmu aku masih zero.
So, kawan-kawan. Aku mohon korang doakan aku berjaya dalam kerjaya (echeh!) aku yang baru ini. Doakan segalanya berjalan lancar buat aku. Doakan aku tabah hadapi apa jua rintangan dan onak duri orang berniaga (HAHAHAHAHA!), dan tolong doakan impian aku untuk menghantar anak-anak aku ke Sekolah Sri Johor menjadi nyata. Amin Ya Rabb!
Yes people, I am now Shaklee's independent distibutor! :)
SMS / Whatsapp : 0143580109
BBM Pin : 2701848E
Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
P/S : Ya Allah, mudahkan jalanku.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
insyaallah kalau niat kite baik....ALLAH permudahkan segalanya buat kite
ReplyDeleteYa Allah, murahkanlah rezekiMu untuk sahabatku yang seorang ini.
ReplyDeleteAmin. Amin. Ya Rabbal Alamin.
P/S: I pun ada cita-cita nak masukkan anak-anak sekolah agama. Kat sini, International Islamic School. Belum tanya yuran. Tapi pastinya gulp juga. HAHA. But who knows, kan? InsyaAllah! :)
heheeheh gud luck aishah..moga2 nashriq n najah dpt masuk sek tuh..n moga2 niat murni tu dipermudahkan oleh Allah..
ReplyDeleteyana plk impian nk hntr kt sek imtiyaz kt trg..yg tu pun sains hafazan, bez
Tahniah kak!! Reen doakan akak berjaya insyaallah! :)
ReplyDeleteTahniah Aishah. Good luck
ReplyDeleteINSYAALLAH..sha akan berjaya..pertamanya becoz u have a dream..people who start dreaming everyday dan membayangkan impian dan angan2 hari2 insyaAllah impiannya akan jd kenyataan.. :) dont wori dear..kak bee and kak cery and whole team will support u :)all e best!
ReplyDelete