Kelmarin ada berbual dengan seorang Ustaz kat kantin sekolah. Ustaz ni memang baik woo. Selalu kongsi tips macam-macam. Kelakar pon iye jugak. Kalau berbual dengan dia, mesti ada je benda nak jadi gelak. :)
Sambil dia belek Harian Metro, sambil mulut dia mengomel.
Ustaz :
Haritu saya pergi Kompleks Islam, Cha. Ada penyampaian Anugerah Ibu Bapa Mithali. Orang tua dari Pontian yang dapat. Bagus ah dia. Anak 13 orang. Semua masuk Universiti. 3 orang jadi professor.
Aku :
Kekeke. Ustaz tak tanya apa rahsia dia?
Ustaz :
Tanya! Saya tanya suami dia, apa rahsia anak pandai-pandai? Suami dia jawab apa Cha tahu?
Aku :
*Geleng kepala*
Ustaz :
Saya tak tahu apa-apa Ustaz. Yang saya tahu cuma menoreh getah dan buat anak! (Sambil tiru cara lelaki tua bercakap)
Kami yang ada kat situ semua bantai gelak!
Ustaz :
Pakcik tu sambung lagi, - Tapi saya tahu, isteri saya yang buat semua ni. Setiap hari, isteri saya mesti akan sedekah seorang satu Al-Fatihah ke anak-anak sambil pegang kepala masing-masing. Tak pernah miss Ustaz! Setiap hari mesti buat! (Tiru cara bercakap lelaki tua itu lagi)
Kami berhenti gelak. Aku ternganga.
Mungkin ada benarnya. Sama-samalah kita amalkan.
Sharing is caring kan? :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
kadang kadang perkara yang senang tu lah yg susah kita nak buat Aishah!
ReplyDeletethanks for sharing
:)
thanks aishah for this petua... :))
ReplyDeletemmg penah dgr ada ustaz penah ckp, kalau kita sedekah alfatihah pd anak2 kita, nnti anak2 kita lembut hati, mendengar kata. sama2lah kita amalkan..:)
ReplyDeleteInsyaalah..lepas ni belajar2 buatlah!
ReplyDeleteInsyaAllah. Mari sama² amalkan.
ReplyDeleteThank you for the info! :)
ReplyDeletethanks for sharing..
ReplyDeletebetul perkara yang senang diucap, tapi susah nak buat...
nawaitu..azam..
jum buat!