Nashriq & Najah
Gambar Nashriq yang kat atas tu adalah sewaktu beliau berusia 3 bulan 7 hari. Hari ini, beliau sudah genap 1 tahun 9 bulan. Bila pandang Najah sekarang, terasa rindu Nashriq yang kecik molek duduk diam ala-ala tak tahu apa-apa. Hahaha. Tapi sebenarnya bila anak semakin membesar gini, rasa makin best buat kawan. Jadi teman berbual, teman gaduh, teman berpeluk-peluk. Haih. :)
Nashriq sedang dalam proses develop diri sendiri. Sangat keletah dan pandai menyenangkan hati orang sekeliling. Emak aku cakap, rumah tu kalau Nashriq tak ada sehari, memang sunyi sepi. Anak-anak sedara aku pon mencari kalau Nashriq tak datang. Dia ni kira macam tukang buat kelakar lah. Dia buat lawak, dia ketawa. Pastu, orang lain pon ketawa tengok dia.
Aku paling suka bila part aku sampai rumah balik kerja. Dia pandang je mata aku, sambil panggil, "Mama!". Pastu senyum, peluk dan 'tepuk-tepuk belakang' aku ni. Ya Allah, terasa sangat semua beban penat lelah terbang melayang. Rasa kat hati ni macam kembang dengan cinta. Serasa tak nak lepaskan pelukan tu. Serius, dia ubat penenang aku.
Vocab pon semakin mantap. Kalau dia tengok kami makan, "Ermm, sedapnya!". Tapi bila suap tak mahu! Kalau tanya Ayah pergi mana? "Kerja!". Mama buat apa? "Tidur!". Ye. Ye. Nampak sangat Ayah kerja keras, Mama senang lenang tidur ye? :p
Kalau nak air, "Nenek, nak ayie..". Ye, dia sebut air tu AYIE. Kalau nak susu, "Mama nak YU." T__T
Sebelum tidur, dia akan salam semua orang satu rumah 3-4 kali. "BYE BYE BYE" dia dok jerit kat semua orang. Masuk bilik, salam Ayah, cium. salam Mama peluk cium dan ajak baring gentel rambut. Kalau aku tengah enjut Najah dan Wahid yang volunteer nak tidurkan Nashriq pon, maka janggut Wahid lah yang jadi mangsa gentelan dia. Tak paham aku satu perangai anak bujang ni.
Oh, dia sangat sayangkan adik dia! Super sayang! Kalau bangun tidur, perkara pertama yang dia cari ialah "JAH?". Kalau Najah dah bangun, dia akan landing sebelah sambil mata bertemu mata. Pastu berbual bahasa only-they-know. Nashriq cakap, Najah ketawa. Najah cakap, Nashriq ketawa. Sesekali, Nashriq cium rambut Najah. Sesekali juga, Najah tendang perut Nashriq. Bila dia nak cium Najah, dia akan cakap, "Ayang Ajahh!".
Tapi jangan dipercaya sangat. Kerana anytime dia boleh pelepek muka adik dia sebab terlalu geram. :)
Oh ya! Haritu Emak aku jatuh kat bilik. Then, bila aku balik rumah, Nashriq jadi orang pertama yang melaporkan. "Mama, Nenek atuh! Habissssshh!". Masa tu nak gelak sangat sebab Nashriq ni memang akan sebut 'habis' kalau benda jatuh. Air tumpah, "Habissshh!". Dia baling selipar ke bawah pon, "Habishhh!" sambil tangan pusing-pusing. Hahaha. Entah mana dia belajar entah.
Pernah sekali dia main bergumpal dengan Wahid dalam bilik. Gumpal punya gumpal, dia pon main tendang muka Ayah dia. Wahid pon lepuk ringan ke kaki dia. Pastu dia datang depan jumpa aku, "Mama, akit! Ayah pok!". Berdekah satu rumah dengar! Hehehe. Nampak gayanya memang tak boleh buat atau cakap perkara tak elok depan dia. Sepantas kilat dia akan rakam dan 'lakon'kan balik.
Rancangan kegemaran televisyen beliau ialah zikir-zikir dan selawat kat Astro Oasis. Kau bukaklah channel 611 nak suruh tengok Tom Tom Bak ke, memang boh layan. Tapi kalau pukul 7.00 malam - 8.00 malam, nak suruh dia duduk diam, bukak je Astro Oasis tu. Confirm semua kerja aku settle!
Pernah satu malam, aku bukak Surah Luqman kat handphone sementara enjut Najah dalam buai. Dia pon landing tepi sambil minum susu. Lepas Najah tidur, aku pon off surah tadi dan bukak youtube nak ajak dia tengok video Party Sampai Pagi. Sekali dia balingnya handphone aku tu sebab marah aku off surah tadi! Malu aku nokks. Bukak balik surah tadi, diamlah dia baring sebelah aku sambil gentel rambut. T__T
Lasaknya pon bukan main. Terloncat sana. Terloncat sini. Panjat sana. Panjat sini. Kalau sepupu sepapat kat rumah tu, jadi tempat buli dia je. Ada anak sedara aku perempuan umur 3 tahun, takut gila dengan Nashriq. Sebab Nashriq suka tarik rambut budak tu dan kasi 'pelempang' free. Nasib baiknya, Nashriq ni tak akan buat kat orang yang dia baru jumpa. Dia akan berkelakuan lasak begini dengan orang-orang terdekat je. Kalau jumpa new people, dia akan berlakon baik. Ehek.
Eh, terpanjang pulak entry harini. Ingatkan nak wish happy 21st months sahaja. Tapi dah jadi entry cerita panjang perangai anak. Well, aku jarang kan dapat update pencapaian terkini anak setiap bulan. Makan harini adalah bonus lah! :)
Happy 21st months birthday, Anas Nashriq. Mama love you!
Oklah. Hari Jumaat nak rehat panjang. Tata!
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
sekejap je dah besar eik....heheheee
ReplyDeleteComei pulak nasyriq ckp.budak2 ni mmg senang je absorb ape2.kadang2sekali je dia tgk kita buat terus je dia dapat..mmg kna behave depan diorang ni..
ReplyDeleteAnak dina pun sama.kartun-kartun tak layan sgt tp klu bukak oasis bila zikir2 and azan mmg terpaku la depan tv.janganlah kalih chanel ada yg jd mangsa amuk nanti.
Happy 21months nasyriq!