Thursday, May 31, 2012

Dejavu.



Hohoho lama gila tak update cerita sendiri. Actually, tak ada pon yang menarik terjadi dalam hidup aku beberapa minggu ini melainkan kehidupan yang semakin hectic membaca notes-notes Shaklee. Hahaha. Tapi aku suka, gembira dan cinta. Aku berimpian besar untuk berhenti kerja, duduk rumah jaga anak, dan buat bisnes macam ini sahaja. Super selesa!

Oh yeah, gambar kat atas adalah gambar-gambar menarik yang aku petik (petik?) malam semalam. Gambar pertama yang belah atas tu adalah gambar aku dan Abang De. Amacam? Comey tak? Huish, tu baru tengok gambar masa baby. Cer tengok gambar sekarang? Lagi comey tahu! KAHKAHKAH.

Gambar kedua pulak adalah gambar Nur Anis Najah dan Ahmad Nur Haziq, anak kepada Abang De aku. Agak sama di situ. Actually kalau tengok gambar macam ni, Najah memang takde muka aku langsung sebab mata ke-cina-an dia itu. Tapi kalau tengok depan-depan, she looks exactly like me in the first picture. Anak Mama lah katakan. Echeh!

Err, hari Sabtu ni Najah akan cukur jambul. Tak sabar rasanya nak buat majlis untuk si kecik ni pulak. Dulu masa Abang Long Nashriq, tak sempat update apa-apa dalam blog. Biasalah, aku kan pelokek cerita peribadi sikit. Hahaha. Insya-Allah, kalau ada kerajinan dan kelapangan, aku update tentang majlis Najah ni nanti.

Sampai jumpa lagi di lain entry. Daaa!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

3 comments:

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015