Monday, June 11, 2012

Cukur Rambut Nur Anis Najah.

Welcome back on track, Aishah Rahim!

Setelah seminggu bercuti duduk rumah goyang kaki anak beranak, maka hari ini harus kembali ke dunia realiti. Kembali ke rutin asal seperti biasa. Bangun pagi pergi kerja, minum air banyak-banyak-banyak, buat kerjaan office, tunggu masa nak mengepam, pergi makan, makan vitamin dan bla bla bla. 

Well, aku malas nak berceloteh panjang sebenarnya. Saje nak up entry cukur rambut Anis Najah yang berlangsung pada 2 Jun 2012 (Sabtu) haritu. Sungguhlah lega bila sudah selesai satu lagi perkara yang asyik bermain dalam kepala otak. Selagi tak selesai, selagi itulah asyik memikir. 

Err, tanpa membuang masa lagi, marilah kita layan gambar-gambar yang dipetik (??) oleh adik ipar kesayangan, Syahirah. Nak harap diri sendiri pegang handphone atau kamera memang jangan diharap. Badan asyik mem-busy melayan dua anak tanpa henti. Erm, semua gambar adalah ihsan dari FB ibu mertua. Mari layan.

Najah bersama Nenek.
Sebelum bertukar menjadi Princess. Echeh.



Ready untuk Cukur Jambul, sayang?



"Yes, I'm ready Mama!" :))



Najah mengantuk with Mak Ngah sayang.



Terima kasih Ucu sebab amik gambar Najah! :)



Macam retis uolls!



Bunga besar semedang. Nasib baik tak dicampak ke bawah.



Lapar sangat. Kesian.


Gambarnya sangat banyak. Sampai tak sanggup nak download semua dan tepek kat sini. Ni aku upload mana yang dan saje. Sangat penat on that day. Dengan Nashriq melasak bagai Taman Cempaka dia punya. Haih. Seriously, Wahid langsung tak boleh buat kerja hari itu. Kerja melayan Nashriq saje. Kalau dilepas, mahu dia berlari ke tengah jalan. 

Eh, chop! Mana Nashriq during the majlis?


Ohhhh. Ayah bawa Nashriq pergi kedai.
Umpan jangan kacau orang sedang majlis.




Dikala 'si dia' melihat aku.
Bukan si dia yang belakang tu. Cisss.



"Mammmaaa!!" (Sebut dengan sabdu ye).



"Anak Mama pergi mana?"




"Ayah li popok!" (Ayah beli keropok).


Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Emak, adik beradik, ayah dan ibu mertua yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada saudara mara dan sahabat handai yang sudi hadir. I really appreciate it. Harap maaf jika ada kekurangan. :)

P/S : Mulakan minggu yang baru dengan semangat waja! Fight for my dreams! 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. muka nashriq dan wahid adalah potostet sejibik! hihihi

    ReplyDelete
  2. Aishah!
    Sebak tgk gambar last sekali tu. Nampak bonding moment Abg long & mamam dia. :)

    btw aku geram dgn badan ketak ketak Najah!

    ReplyDelete
  3. so sweet najah pakai dress gitu..geram tengok najah.....eh nashriq mestilah dengan ayahnya...urusan lelaki lah katakan hehehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mcm2 nk komen pasai gmba tuh...tp yg plg geram tgk najah pnya body...mak aiii geramnya... breastfeed baby... :)

    ReplyDelete
  6. Najah sangat cantik! I can imagine you kecik-kecik dulu mesti cantik macam Najah, kan?

    Gambar last sangat touching. Auw. Rasa macam mata berkaca-kaca tengok. :'D

    ReplyDelete
  7. Baru baca entry ni. Comel gila gambar masa Nashriq lari kt awak tu. Best moment!! Najah cantik mcm princess lah.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015