Bersalin tiga-tiga anak, aku bukanlah pengguna jamu yang tegar. Beli memang beli. Tapi beli sekadar makan asal boleh. Jamu pilihan aku tentulah yang murah dan mudah dapat. Apa lagi kalau bukan Jamu Air Mancur. Boleh didapati di toko-toko jamu berhampiran anda. Ewahhh. :P
Kita lupakan kisah berpantang masa Nashrah. Sebab masa tu memang down kan? :)
So, kita bukak cerita berpantang masa Nashriq. Treng teng teng teng.
Umum rakan pembaca blog aku dah tahu yang aku memang pewai (lemah dan lunyai) masa berpantang Nashriq dulu. Kalau nak flash back balik, memang tak sanggup. I can still remember macam mana lemahnya badan aku ni dan super stress yang maha teruk! Kepala ni terasa berpusing dan sampai tak boleh buka mata. Badan ni menggigil-gigil sampai tak cukup 2 comforter pakai. Emak aku ingat, aku kena bentan sebab a week before, aku dan Nashriq warded HSAJB due to Nashriq's Jaundice. So dia fikir aku renyah turun naik lif nak breastfeed Nashriq.
Bila nurse melawat datang rumah, dia kata tekanan darah aku rendah gilos. Stress ke? Nurse tanya. Aku cakap tak. Muka awak pucat, bibir kering. Kenapa? Aku angkat bahu aje. Nurse tu pon advice untuk aku pergi Klinik Kesihatan dan check HB. Dia takut aku pengsan kang kat rumah siapa nak angkat. Aku dahlah berat. Eh tak, maksud dia, siapa nak tolong? Kan?
Masa ni Wahid dah start kerja. So aku pergi KK dengan Abang Long berdua. Nashriq aku tinggalkan dengan Emak sebab takmau lagi renyah kan bawak baby kita nak check. So sampai aje KK, aku pon jalani rawatan macam biasa. Check BP, amik darah, check HB dan last sekali masuk bilik doktor.
"HB awak ni low sangat. 7.2 ni. Boleh pengsan tau". Kata Doktor sambil highlight kat nombor 7.2.
"Masuk wad yek? Kita transfer darah". Sambil Doktor tadi terus menulis entah apa-apa.
Airmata jatuh, jatuh dan jatuh....
"Kesian anak saya Doktor. Dia breastfeed."
"Kesihatan awak kena jaga dulu baru boleh kesian anak awak. Awak datang dengan siapa ni? Mana suami awak? Kita hantar awak naik ambulan okey?"
"Takpe Doktor. Saya balik rumah dulu. Nanti saya pergi hospital sendiri"
"Jangan tak pergi. Kalau apa-apa jadi kat awak, hospital tak tanggung"
Dan aku pon berlalu keluar bilik doktor dengan menangis. Ramai orang yang menunggu kat kerusi depan bilik doktor tu tidak aku hiraukan. Masa ni, dalam kepala aku cuma Nashriq. Macam mana dia nak susu? Aku tak ada stok. Bila nak pam? Sempat ke? Semuanya berlegar-legar.
Sampai aje rumah, aku bagitau Emak yang aku kena warded. Aku ingat lagi masa ni lagi 3 hari nak raya kot. So Kak Ngah ada kat rumah sebab nak kemas-kemas dan buat kuih raya. Tak panjang cerita, Kak Ngah terus bersiap nak escort aku ke HSAJB. Dia lah jadi peneman aku sementara tunggu Wahid bergegas pulang kerja terus ke HSAJB.
Sampai aje HSAJB, benda pertama yang Doktor check ialah luka kat 'bawah' tu ha. Dia kata, takut aku tumpah darah ke. Tapi memang tak ada. Dia tanya aku cukup makan ke? Aku cakap cukup. So apa problemnya? Mana semua darah pergi? Breastfeed? Stress? Entah. Aku pon tak tahu.
Doktor buat keputusan untuk tahan aku. Katanya, kalau HB masih low jugak, memang kena transfer darah. Aku cakap tak mahu. Doktor marah. Doktor kata sampai bila nak pening macam ni? HB low. Badan lemah. Aku minta masa 1-2 hari. Stay kat hospital. Rehat. Rileks. Mana tahu nanti darah aku datang balik. Eh?
Lalu bertapalah aku kat ward Gynae HSAJB berteman pam Pureen dan bekas-bekas dadih. Hahahaha. Tak boleh lupa saat-saat aku menumpang peti ais tempat penyediaan makanan wad untuk simpan susu. Cukup time, Wahid atau Abang Long akan datang amik sebab nak bagi Nashriq susu kat rumah. Masa ni nak mengejar demand Nashriq memang semput!
Second day stay kat hospital, lagi 2 hari nak raya. Kiri kanan katil dah mula kosong. Doktor tanya, dah buat keputusan nak transfer darah? Aku cakap ok jelah sebab malas nak stay lama-lama kat situ. Doktor pon bagi arahan kat nurse suruh thaw-kan darah beku something like that. Kena ambil masa berapa jam entah nak tunggu darah betul-betul cair. So dalam masa menunggu tu, aku fikir-fikir balik pasal nak transfer darah.
"Kalau saya tak jadi nak transfer, boleh ke nurse?" Aku tanya kat nurse yang hantar makanan.
"Boleh. Tapi awak kena sign-lah. Nanti hospital tak tanggungjawab"
"Oklah. Saya tak jadi nak transfer lah" Sambil menyengih.
Masa ni, nurse tu muka marah. Sebab dia dah call bahagian Tabung Darah nak suruh thaw-kan darah. Tapi ini permintaan aku. So dia kena hormati. Dia call Doktor bertugas dan bagitau permintaan aku. Tak lama tu, Doktor datang bawak borang apa entah macam mengatakan aku sendiri yang tak mahu transfer darah dan aku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas diri aku. Tengahari tu jugak, aku boleh keluar hospital. HAHAHA. Macam kena halau rasanya!
Itulah cerita berpantang zaman Nashriq dulu. Nak baca cerita Najah pulak?
Berpantang masa Najah is SUPER SENANG. Alhamdulillah. Cukup tenaga, cepat sihat, luka jahitan seminggu dah baik, muka tak pucat dan susu pon banyak (Alhamdulillah). Mula-mula aku ingatkan, nasib aku akan sama macam masa Nashriq dulu. Malah akan lebih worse. Yelah, mana nak handle anak yang baru. Nashriq pulak lagi tengah melasak perlukan perhatian. Tapi tekaan aku jauh tersasar. Jalan aku dipermudahkan dengan diberikan kesihatan yang sangat baik.
Apa yang aku makan? Jamu vs Shaklee?
For your information, aku memang decide nak berpantang dengan Shaklee sahaja tanpa jamu. Tapi Emak aku kata, nanti badan aku tak sihat, peranakkan aku jatuh, darah kotor tak keluar habis dan bla bla bla lagi rungutan orang-orang tua. Bagi memuaskan hati Emak, aku belilah jugak Set Jamu Air Mancur. Nasib baik murah. Kalau mahal memang takde maknanya aku nak beli.
Selepas aje bersalin, aku terus makan Shaklee Set Berpantang. Aku memang dah beli awal-awal siap masuk dalam beg hospital. Hasilnya, aku boleh ke toilet dan mandi Wiladah 4 jam selepas selamat melahirkan. Najah merengek nak susu pon, aku tak se-stress masa Nashriq dulu. Ohhh korang boleh baca pengalaman aku bersama Nashriq kat sini. Memang horror!
Aku makan Jamu Air Mancur tu 4 hari selepas bersalin. Bila Najah dah start menunjukkan ketidaksesuaian, mula kerap berak dan keluar rashes merah-merah, aku dah mula syak jamu punya angkara. Mungkin panas kot. So, aku stop jamu dan teruskan makan Shaklee sahaja. Lebih senang.
Syukur sangat yang badan aku sihat dan cergas sepanjang berpantang Najah. Tak ada masalah Anemia lagi. Tak ada pening-pening. BP okay, HB pon okay. Luka jahitan baik dalam masa seminggu. Memang terasa sangat bezanya dengan berpantang Nashriq dulu. Sungguh berbeza. Aku punya tenaga lebih nak layan dua orang anak dan uruskan diri sendiri sebab Emak dah tak berapa kuat. Najah pon aku mandikan tau start hari ketiga! Memang takde stok melepek macam anak pertama dulu.
Info : Masa ni Emak tengah nak buat rawatan buang selaput mata.
This is just my sharing. Jangan fikir yang aku cerita ni sebab aku dah jual Shaklee sekarang. Takk. Aku mahu semua orang sihat dan seronok sepanjang berpantang. Tak mahu stress, sedih, penat dan lembik macam aku masa Nashriq dulu. Hujung semuanya, pilihan di tangan korang jugak. :)
Ini pilihan saya. |
Bagaimana pilihan anda?
Tepuk dada, tanya hati. "Hello hati awak nak set berpantang yang mana?"
PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI |
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
salam...shaklee ni berapa satu..lau nak susutkan badan leh tak?yang pek tester ada tak?berkesan tak lau amik
ReplyDeleteberapa yea set yang u consume untuk berpantang tuh...mcm berminat.
ReplyDeletejom layari www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com
@Zuera : Kalau nak susutkan badan, kita selalu suggest Lecithin atau Omega dan beberapa produk lain. Kalau awak berminat, bolehlah PM kita.
ReplyDelete@Rasidah : Rasidah, ada email tak? Kita email awak boleh?
oh k..kita nak susutkan badan je..
ReplyDeleteni email kita sarahani07@yahoo.com