Wednesday, June 27, 2012

Bekalan Untuk Najah & Jadual Terkini.

Sudah 3 hari gigih bangun pukul 5.00 pagi semata-semata nak masakkan bekalan untuk Najah. Hari Isnin haritu buat bubur + carrot + ikan bilis pastu blender. Hari Selasa pon menu yang sama. So harini beralih arah ke Labu Lenyek (blender sebenarnya).


4 botol x 4oz susu ibu.
Satu mangkuk Labu Lenyek + balance bubur carrot semalam.


Aku bekalkan jugak biskut Heinz untuk Najah supaya makanan hariannya lebih variasi. Yelah, mana tahu kalau-kalau dia tak boleh terima menu yang aku masak, so ada biskut dia boleh makan. Takdelah dia lapar dan harapkan susu saje.

Jadual harian aku sekarang agak carca marba. Bila Wahid kerja shif malam (9.00 malam - 9.00 pagi), mulalah aku tak tentu arah. Nak nampak aku bersidai kat Twitter pon jarang-jarang. Selalu dapat scroll down timeline waktu nak tidurkan Nashriq. Pastu bila Nashriq dah tidur, dengan aku-aku sekali naik kapal. 

Pagi nak pergi kerja kena pergi sendiri. Kalau mood baik, aku akan tunggu bas dan Wahid akan tunggu kat port tertentu terus hantar aku pergi kerja. Kalau mood aku kelaut, sanggup aku laburkan RM15 sehari naik teksi dari Taman Cempaka pergi tempat kerja. Iye. Aku memang kena cepat-cepat belajar bawak kereta. By hook or by crook. Wahh seram bunyinya.

Pulang kerja, suami akan ambil. Dapatlah jumpa sekejap berbual-bual bergurau senda makan bersama sementara nak ke pukul 8.00 malam suami ke kantor semula. Lepas tu, bermulalah drama harian 3 beranak yang terkontang kanting sebab suami dan ayah pergi mencari rezeki.

Honestly, anak-anak memang lebih rapat dengan Wahid sebab Ayahnya penyabar. Wahid boleh layan Nashriq tengok video berejam-jam sampailah Nashriq terliuk lentok. Wahid boleh enjut Najah sampai setengah jam sampailah budak tu lena betul. Cuba sampai kat tangan aku, tengok Najah lena 5 saat je, terus bangun tengok TV. HAHAHAHAHA.

Bila Wahid tak ada ni, mulalah aku nak naik hangin cepat. Tengah enjut Najah, budak tu dah katup mata, jap lagi datang Nashriq "MAMAMAMAMAMAMAMAMAMAMAMAMA!!" dan Najah pon akan buka mata semula kui kui kui. Aku akan menarik nafas dalam-dalam sambil cuma menyabarkan diri. 

Begitulah setiap malam sampailah aku kena tutup pintu bilik dan biar Nashriq kat depan dengan Neneknya. Aku tidurkan Najah dulu, dan pastikan dia lena betul-betul. Bila line dah clear, baru angkut Nashriq masuk bilik dan buka video ke surah kegemaran dia. Make sure mulut kena ada puting kalau tak dia akan membebel dengan suara loud speaker dia tu sampai Najah terbangun semula.

Alhamdulillah waktu tidur malam tak ada apa-apa. It's just Nashriq suka tidur berpeluk, pastu aku kena susukan Najah. Akhirnya, Nashriq akan bawa diri pusing hadap dinding. Kesian! Memang kesian. Sometimes rasa sayunya hati tengok dia tertidur sendiri. Tapi apa boleh buat? Kalau Wahid ada, bolehlah dia berpeluk dua beranak.

Ahh. Aku dah taktau nak bebel apa lagi. Maka tamatlah entry ini. 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. inilah cerita pengorbanan kasih sayang seorang ibu, walau penat macam mana pun, anak tetap di dahulukan ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha, part yang Najah baru lena then dgr sore abag dia dok jerit tu sama macam ana. adoiiii.. memang kena tarik nafas dlm2.. kite baru nak rehat bila si adik tido sekali si abang buat bising. memang rasa macam arghhhhhh! :) tapi tu semua kenangan..:)

    ReplyDelete
  3. Ainul : Dah. 6 Bulan 12 hari dah. :)

    ReplyDelete
  4. You can do it Aisyah! Sekarang ni boleh pilih kan belajar keta auto je. Zaman dulu iye lah susah sket sbb manual je.

    Kite pun jenis kurang menyabar sket dgn anak. Cepat je hangin. heeee

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015