Tuesday, June 12, 2012

Breastfeeding Journey : Berperang dengan M.

M = MALAS.

Iye. Bukan mudah nak berperang dengan sifat malas sendiri. Selalu je aku rasa malas nak mengepam. Malas nak pergi stock check. Malas nak pergi sukat susu dan bekukan. Malas nak siapkan susu untuk Najah ke rumah BS esok hari. Malas untuk itu. Malas untuk ini. Ye. Breastfeeding journey bukanlah semudah aku dan engkau menaip dan bagi tips nasihat bla bla bla.

Masa mula-mula aku nak adapt dengan rutin hidup yang baru, terkontang kanting jugak aku dibuatnya. Selalu je menerima jelingan sinis dari Encik Suami seolah-olah berkata "Haaaaa kan orang dah kata, kasi susu tin lagi senang!". Tapi aku buat tak pandang je senyuman sinis tu. Aku pernah gagal dahulu. Aku tak mahu rasa gagal itu hadir lagi. Cukuplah Sekali <- lagu Jay Jay.

Rutin aku selalu bermula seawal 6.00 pagi. Bangun dan susukan Najah yang selalunya akan terjaga sharp on time dan tidur balik selepas kenyang. Kemudian, aku akan terus terjah dapur untuk masukkan susu, puting dan ice pack dalam cooler bag yang akan dihantar ke rumah BS. Tidak dilupa juga ice pack lagi 3 masuk dalam cooler bag yang aku akan angkut sekali ke tempat kerja. Standby semua beg yang sudah disediakan malam tadi untuk dibawa turun masuk dalam kereta oleh Encik Suami.

Encik Suami selalu akan siap dulu. Dialah yang akan bawa sekelian (?) beg turun ke bawah, kemudian kejut Nashriq, kemas katil dan bilik. Sementara aku akan terlompat-lompat menyiapkan diri apa yang patut. Tolong jangan imagine aku terlompat-lompat sebab ianya hanya cerita rekaan sahaja. 

Dah siap semua benda dan semua orang, kami akan travel ke Taman Cempaka untuk hantar Nashriq dan Najah. Untuk pengetahuan semua, Nashriq dijaga oleh Emak manakala Najah pula dijaga oleh jiran Emak. Sekali arung hantar satu tempat, balik kerja pon angkut dari situ aje. Amboi bukan main sedap lagi sebut angkut ye? Ingat barang mainan ke? :p

Selesai hantar anak, Encik Suami akan hantar aku ke tempat kerja dan beliau pon pergi ke tempat kerja beliau lah. Takkan dia nak kerja kat tempat kerja aku pulak kan? Hoi apa pusing-pusing ayat ni?

Tiba di tempat kerja, benda pertama yang aku akan buat ialah masukkan ice pack dalam peti beku icebox office. Kemudian, masukkan botol-botol ke dalam beg breastpump supaya senang aku terus angkut je bila nak mengepam nanti. FYI too, aku memang tinggalkan aje beg breastpump kat office sekarang sebab aku dah ada dua pam manual kat rumah. Haa sampai dua kau! Itu pon pemalas jugak nak mengepam kan?

Tiba waktu mengepam, aku angkut je beg breastpump tadi masuk Surau atau pantry. Selalunya aku 'berjaya' buat 2 session. Tapi kalau tak berapa nak 'berjaya', 1st session is around 2pm! Dan 2nd session terbabas kena pam pakai manual dalam kereta waktu pulang kerja. Haaaa. 'Rajin' tak aku?

Tolong jangan ikut perangai aku yang kat atas ni. Tolong pam strictly 3 jam sekali. Tolong ingat yang susu surely akan merundum kalau kita biarkan breast tidak di-stimulate terlalu lama. No demand, no supply. Tiada stimulation, tiada susu yang akan terhasil. 

Pulang dari kerja, kami akan terus ke Taman Cempaka untuk ambil Nashriq dan Najah. Dah siap tapau makan kat rumah Emak semua (tak malu sungguh nak cerita kau tapau makan rumah Emak!), kami anak beranak pon akan pulang ke sangkar. 

Benda pertama yang aku akan buat ialah simpan ice pack dan susu-susu hasil mengepam di tempat kerja tadi. Selesai bab susu baru boleh lengah-lengah buat kerja lain macam mandi, Solat, makan, kemas sikit-sikit, main-main dengan anak dan tidurkan mereka. Selalunya, bila part tidurkan anak-anak ni, aku akan failed berlayar sekali. Tetapi, aku akan bangkit semula (ibarat cerita Hindustan lah, hero kalah dulu), pada jam 2-3 pagi untuk settle beg-beg anak dan susu Najah nak bawa ke rumah BS.

Waktu inilah aku gunakan untuk sukat susu Najah, thawing frozen milk, dan masuk dalam botol siap label untuk bawa ke rumah BS esok pagi. Kesempatan ini juga, aku siapkan baju Najah, pampers dan segala benda yang nak bawa sekali. Kemas juga handbeg aku dan stock check frozen milk kalau dah lama sangat tak check. Lepas selesai semua, aku akan sambung tidur dan bangun semula jam 6.00 pagi. Start all over again dari perenggan atas bawa ke bawah. Fuh!

Mengepam di rumah? No. I did not!

Aku salute kat BF mommy yang sangat rajin mengumpul stok walau berada kat rumah. You can stalk Hannah Johary punya Twitter tengok pukul berapa dia bangun nak mengepam. Sangat gigih wooo. Aku pon tak tahulah kenapa aku sungguh malas nak mengepam kalau berada kat rumah. Kepala otak asyik takut susu tak cukup untuk Najah padahal aku nasihatkan orang bagitau yang sistem susu badan manusia ni macam flush system. Akan sentiasa ada. Tapi yelah. Manusia ni kan cakap orang pandai. Diri sendiri tak berapa nak pandai! Kekeke.

Minggu lepas pon, aku cuti seminggu duduk rumah anak beranak. Satu botol stok pon aku tak buat! Balance chill EBM last week, semua aku sukat masuk deep freezer. Stok chill terus kosong. Kelam kabut woo nak naik kerja hari Isnin haritu. Terus konsisten pam Sabtu Ahad. Eh boleh pulak mengepam kan? Boleh pulak kumpul stok. Kenapa sebelum-sebelum ni tak boleh? Kenapa sebelum ni tak buat?

Ye. Sebabnya aku MALAS.

Kesan daripada tidak mengepam straight seminggu masa cuti haritu, susu aku merundum sikit semalam bila naik kerja. Dapat 8.5oz instead of 10oz yang selalu dapat in first session. Seram hoi sebab dahlah nak bulan puasa kan? Pastu susu boleh kurang sikit. Harus punggah semua frozen EBM kot pakai masa bulan puasa nanti. 

Tapi Alhamdulillah, harini susu dah back to normal. Puas aku cari rentak balik dengan minum air banyak-banyak, mengepam stictly 3 jam sekali dan makan vitamin sharp on time. Syukur sangat-sangat. Hopefully, susu tak akan terjejas dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti. Amin!

P/S : Nanti aku share dengan korang supplement untuk kekal cergas & susu maintain during Ramadhan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

6 comments:

  1. cepat kak, kumpul stok ! Rajin sikit ye..lawan penyakit M ! :)

    ReplyDelete
  2. Weh kenapa ada nama I? HAHAHA!

    Sila jangan stalk saya ye kawan-kawan. I am no rajin-rajin pumping-pumping. :P

    ReplyDelete
  3. Sambung comment sikit lagi. I pun rasa macam nak tulis rutin harian macam ni lah. Interesting. Heheh.

    ReplyDelete
  4. salute ibu yang bekerja . i yg x kerja ni pon kemain malas mengepam . DF je la .. heheh

    ReplyDelete
  5. ainul pun xpump sgt kt umah.DF je.tp kt opis mmg akan pastikan pump jgk walaupun bz giler.mula2 mmg rs mcm bertunggang sana sini.lama2 ok.aishah blh buat power pumping at least 1minggu sekali.ainul ambik set B & ESP time pose.mmg berkesan.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015