Monday, June 18, 2012

Anis Najah Dan Solid Food.

Anis Najah telah berusia 6 bulan 1 hari semalam. Oleh yang demikian, telah berjayalah penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Alhamdulillah. Tapi tak payah happy sangat sebab ada 1 tahun 6 bulan lagi kena struggle. Berjaya atau tidak, hanya Allah yang tentukan. Aku sebagai manusia hanya kena berusaha. Keep fighting the best for her.

Maka semalam, adalah hari untuk Najah menjamah makanan. Sebenarnya, aku takde excited sangat pon nak kasi makan. Entahlah. Sebab dalam kepala fikir, kalau Najah dah start makan, mesti dia kenyang. Kalau Najah kenyang, mesti kurang susu. Bila kurang susu, kuranglah masa dengan aku. Echeh. Begitu panjang sekali pemikiran aku. 

Tapi, bagi meraikan 6 bulan penyusuan secara penuh, aku rajinkan jugaklah diri ke dapur merebus kentang. Bukan payah benar pon. Basuh kentang, tak payah buang kulit, isi air dalam periuk, campak kentang. Done. Tunggu empuk dan sejuk, tuang sikit breastmilk, lenyek-lenyek dan tadaaa siap!

"Ready for your kentang lenyek, sayang?"



Cubaan untuk mendapatkan mangkuk.



Tidak putus asa.



"Kena duduk diam. Kalau tak Mama tak bagi."



Menikmati.... :)


Sudahnya, habis semangkuk!

Happy sangat tengok Najah bersungguh nak makan. Tak sabar nak ngap sudu. Hehehe. Next time kita buat lagi sayang eh? Tadi gi rumah BS, Mama tak sempat nak bangun awal nak masak untuk Najah. Esok Mama cuba k sayang? Insya-Allah, Mama nak cuba masak untuk Najah setiap hari. Bagaimana Mama usaha membesarkan Najah dengan susu badan Mama, begitu jugak Mama nak Najah rasa air tangan Mama setiap hari. Semoga dipermudahkan jalan lagi untuk kita. 

Akhir sekali, tataplah gambar kekenyangan si kenit ini. 

"Burpppp, Alhamdulillah!"



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. makin geram tgk Najah ni! semangat!!

    ReplyDelete
  2. aaaaaaaaa ketak ketak nye badan dia. Gewwwammmm.

    ReplyDelete
  3. semangatnyeee najah...
    berkat susu ibu...

    ReplyDelete
  4. aishah...geramnye tengok najah!
    Alhamdulillah..dah 6 bulan ek.kejap je masa berlalu,kan :)

    ReplyDelete
  5. geram tgk dia..dia mkn habis 1 mangkuk ke aishah? marissa dlu xbape mau mkn sgt..skit2 je..skrg je okay skit mkn..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah berjaya jg najah minum susu ibu secara eksklusif selama 6bulan,doakan untuk ufairah supaya ada rezeki mcm najah jugak :-)

    ReplyDelete
  7. bak mai sini peha tu auntie nk kokak

    ReplyDelete
  8. Congrats Aishah berjaya EBF for 6 mths. Teruskan usaha! Aishah, mari join group Homemade Solid Food For Your Baby! Best, banyak ilmu tentang homemade solid food kat sini :)

    http://www.facebook.com/groups/150422868399380/

    ReplyDelete
  9. geramnya tgk najah ni comel betul

    ReplyDelete
  10. Waaa. Najah.. Membesar hasil kasih sayang ibu.. Muka dia cam cina ek cah kan? Part mata tu.. Comel..

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015