Friday, June 15, 2012

On The Way Mengejar Impian.

Siapa ingat entry aku yang ini? Entry yang aku ceritakan mengenai wish list tahun 2011-2012 tahun lepas? Iyolah. 2/4 dari wishlist berkenaan sudah berjaya digenggam (?) akhir tahun lepas. Yang mana dan apa? Tak perlulah aku ceritakan. Sekarang ni, nak cerita salah satu wish list yang aku belum dapat dan sedang mengejar sekarang. Naik semput den ha nak mengejar. Tapi takpe, Shaklee kan ada! WAKAKAKAKAKA!

Since aku join Shaklee, aku dapat rasakan betapa payahnya aku nak ke hulu ke hilir tanpa kenderaan. Bukan tak boleh harapkan suami. Bolehhh. Cuma seganlah (eh reti segan plak kau?), nak minta tolong banyak kali. Kang nak pergi Shaklee amik stok. Kejap lagi nak pergi pos. Ada pulak customer yang minta hantar kat tempat masing-masing. Kang suruh banyak-banyak kali kang tak sedap pulak kan? Baik-baik mood elok, boleh jadi tunggang terbalik.

So, I decide untuk mengejar impian yang satu lagi itu. Memiliki sekeping (??) lesen kereta di dalam purse. Kemudian boleh merambu ke hulu ke hilir dengan kereta suami pasal dia sendiri dah kasi green light, "Awak kalau pandai bawak kereta, awak pakai je kereta orang tu. Orang takpe, duduk rumah jaga anak". Hehehehe. Pastu siap ada ayat tambahan lain, "Kalau orang banyak duit, orang amik balik kereta kancil lama kita tu, kasi awak pakai". Lalalalala!

Topik perbualan 2-3 hari ini kat office pon berkisar tentang lesen sahaja. Officemate sangat baik hati memberikan kata-kata sokongan dan dorongan. Walhal dia tak tahu aku memang super penakut nak bawak kereta. Tapi takpelah, aku memang terdesak sangat sekarang ni. Harus jugak belajar. Demi memajukan diri di masa akan datang. Wah bercakap macam YB. 

Nak dijadikan titik tolak permulaan, seorang officemate ajak makan McD kat Giant Leisure Mall during lunch hour semalam. Sepanjang lunch itu pon, takde cerita lain melainkan kisah lesen. Entah macam mana, teringat yang Institut Latihan Intensif (sekolah memandu) ada bukak booth kat dalam Giant tu. Apalagas, aku pon pergilah memberanikan diri untuk bertanya.

Tanya punya tanya, aku terus tertarik nak mendaftar kat booth tu. Entah semangat apa yang merasuk pon aku tak tahu. Perasaanya macam berkobar-kobar. Tak sabar dan ghairah. Tapi tak kurang juga rasa takut dan gigil kaki. Argh takpe. Kena beranikan diri. Demi masa depan.

Tak sabar!

Aku pon tak tahu bila nak mula kelas. Semuanya bergantung kepada masa sekarang ni. Nak amik hari Sabtu Ahad, confirmlah kena tinggalkan Najah. Tapi takpelah, Wahid kan ada. Emak pon ada. So boleh je aku terjah hadir kelas dan ujian berkomputer dulu kan?

Semoga aku berjaya memperolehi lesen kereta secepat mungkin. Tak sabar nooo!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

9 comments:

  1. Good luck aishah!chaiyok!demi masa deman yang gemilang.hehehe.

    ReplyDelete
  2. mula-mula je takut. dah lama-lama nanti otai jer... good luck!
    semua benda kena ada first time. jangan takut lama-lama sgt k.
    :)

    ReplyDelete
  3. sy dpt lesen thn lps tp smpai skg tak berani bwk kete..ke mana2 merempit jela..huhu..insyaallah semoga dipermudahan segalanya..

    ReplyDelete
  4. masa awal2 nak amik mmg jenuh skit sbb kena duduk kelas berejam2. tp mmg berbaloi!:)

    all the best aishah. :)

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya Aishah!
    Amik dengan intensif ok la..kite dulu pun amik lesen kat situ jugak..
    wah panjang la langkah nanti ye..kekeke..jangan takut2..

    ReplyDelete
  6. All the best, babe! I doakan you berjaya with flying colors. Nanti bila datang KL, boleh kita pergi jalan berbual panjang just the 6 of us, without our husbands. 6 eh? Ramainya. HAHAHA.

    Boleh jadi penyuntik semangat ni. Again, you dah start, I bila lagi? I akan menyusul. InsyaAllah! :D

    ReplyDelete
  7. Reen penah nmasuk kelas memandu siap nak test JPJ dah, bayar pon dah half. Boleh sengal taknak pegi test sebab takot fail. Sengal kan? Pastu tak berani nak mintak duit kat kelas memandu, last2 burn gitu je. Oh di tahun 2001 tu :D

    Takpe, insyaallah akak boleh! Caya!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015