Sebenarnya niat di hati nak update pasal kisah pindah rumah. Sudah separuh jalan menaip, pergi blogwalking pulak. Dah blogwalking, terjumpa blog Yanti dan dia cerita pasal apa yang dia hajati. Tetiba pulak tangan ni gatal nak buat entry wish list hati sendiri. Kot-kot mana tahu suami baca dan terus rasa terharu untuk menghadiahkan salah satu dari apa yang dihajati. Eh?
Mari kita mulakan. Echeh.
1) Mixer (macam Yanti jugak).
Tak tahulah kenapa mesti nak kena beli benda alah ini. Aku bukan seorang yang pemasak, apatah lagi seorang yang dilahirkan dengan jiwa mem-baking kek atau kuih. Tidak. Tidak. Tidak. Tapi serius, aku jeles bila kengkawan blog sana sini cerita pasal Pavlova. Aku pon nak buat jugak lah kan? Dah lah kat JB ni nak cari Pavlova yang dah siap untuk makan memang tak ada. Nak kena buat jugaklah gamaknya kan? #alasanibumengandung

2) Microwave.
Yang ini pon aku tak tahu kenapa mesti nak ada. Sebab nak panaskan lauk? Boleh aje kalau nak panaskan atas dapur, kan? Tapi entahlah. Selepas Xeea cerita tentang instant food yang dia keluarkan dari freezer then sumbat masuk microwave, after 5-15 minutes terus boleh makan, aku rasa macam; "Wow, kena beli ah microwave ni. Kot-kot aku boleh stock up instant food kat rumah, senanglah hidup aku". Sekali lagi, bercakap macam isteri taukey balak. Blergh.

3) Kamera Yang Bermaruah.
Kamera pertama aku ialah Fujifilm Q1. Lama dulu. Masa zaman aku mula-mula kerja lagi. Pastu, tak puas dengan kualiti 2MP, aku beralih pulak kepada Fujifilm J10. Mampulah bertahan sampai sekarang. Tapi sejak dah pakai 4 tahun ni, bateri asyik buat hal pulak. Baru ambil gambar 2-3 keping, kamera terus mati. Padahal dah 3 kali beli bateri baru. Teruslah potong stim malas nak ambil gambar dah. Kalau ada pon, guna aje kamera henpon yang kualiti tak berapa nak senonoh. Maka sekarang ini, aku berhajat sangat supaya dapat ini;
4) Lesen Kereta.
Okeh. Yang ini baru betul-betul wish list yang bermanfaat. Tapi, untuk realisasikan sebelum 2012 memang tidaklah kan. Dengan keadaan aku yang sudah sarat macam gini, macam mana nak pergi belajar kereta? Kenalah tunggu selepas bersalin dan baby besar sikit nanti. Nak kena ambil jugak ni. Penting untuk masa depan anak-anak dan kesenangan si isteri merayap tak payah tunggu suami. Eh, tumpang lalu Encik Suami.

Okeh. Dah tamat 3 perkara yang betul-betul aku ingin.
Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku ada cerita kat Wahid pasal wish list nombor empat tu ha. Nak request, kena yang munasabah dulu. Kalau terus terjah sebut wish list nombor satu sampai tiga, mahu kena jegil mata di pagi hari. Huhuhu. Wahid pon menunjukkan tanda-tanda positif menandakan yang dia tak kisah. Malahan, dia support lah aku nak belajar bawak kereta semua ni. Memang dari dulu pon dia suruh aku ambil lesen. Tapi dasar penakut macam aku, memang asyik bertangguh aje. Tapi sekarang memang kena ambil jugak nampaknya. Anak dah nak masuk dua ni. Senang nak hantar anak semua nanti, kan?
Harap-harap, ada antara wish list tu yang boleh dicapai sebelum 2012. Amin!

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Fie pun igt nak masuk driving class balik. Payah lah tak reti drive ni.
ReplyDeletewah 2 wishlist teratas adalah idaman kite jugerrrrr =)
ReplyDelete@Fie : Payah kan Fie? Lagi dah ada anak macam sekarang. Nak pergi mana semua harap suami. Kalau ada emergency nanti, itu yang susah!
ReplyDelete@Afni : Mixer dan microwave eh? Jom ah! Apalagas? Hehehehe.
Tgh aim microwave gak..motip?seng nk panaskn lauk.pdhal bleh je kn panas atas dapur.
ReplyDeleteHaha chayok!
ReplyDeleteWish list akak same macam kite ah. Tapi bab kamera orang nak gantikan dengan iphone ehehehe
kamera yang bermaruah tak tahan..aishah aishah hehehe
ReplyDeletenak mixer jugak huhuhu
Microwave tak payah la Aishah masuk dalam wishlist. Banyak keburukan dan tak elok untuk kesihatan panaskan lauk guna microwave. Lebih afdal panaskan lauk atas dapur je..
ReplyDeleteOnly my two cent..:)
i nak jugak.. nak mixer!
ReplyDeletesemoga tercapai Aishah InsyaALLAH
ReplyDeleteKalau mcm ni kite nak kena mintak komisen kat tokey microwave dgn tokey Sri Kulai tu lah. Ramai kot yg berminat. heeee
ReplyDelete@Rdna : Kan? Kita pon fikir macam gitu. Sekadar alasan nak panaskan lauk. Hehehehe.
ReplyDelete@Reen : Yelah. Reen dah ada kamera best. Akak ni sadis sangat dah hasil gambar. :(
@Jiha : Hehehehe. Mixer best kan Jiha? Boleh buat kuih dan kek. Yummy!
@Fashya : Ye ke Fashya? Wah, kena kaji balik wish list ni. Thanks atas pendapat ye Fashya? :)
@Farhanna : Hahaha. Ramai pulak yang nak mixer kan? Samalah kita! :))
@Nurul : Thanks Nurul. Insya-Allah.
@Xeea : Ewahhh. Produk Sri Kulai belum sampai JB tau. Daerah Kulai ada lah. :D