Monday, October 10, 2011

Kedudukan Bayi Dan Uri.

Actually, aku memang tak berapa nak amik port sangat pasal deliver cara mana. Normal pon boleh, czer pon takde masalah. Yang penting bagi aku, semuanya selamat sejahtera dan dalam keadaan yang sihat akhirnya. Cheh, bercakap macam berani. Menaip macam terer.

Kalau difikirkan balik masa nak melahirkan Nashrah dulu pon, aku request czer pasal tak sabar nak menunggu bukaan jalan yang tak bukak-bukak. Tapi doktor tak setuju pasal baby dah tak ada plus, aku kena menunggu lama untuk conceive back again. Masa tak tahan azab melahirkan Nashriq pon, aku dok zikir kat telinga Kak Ngah (Kak Ngah staff hospital, so dia boleh jenguk aku sekejap-sekejap); "Aku nak czer. Aku nak czer. Aku nak czer." Sampai Kak Ngah pon malas nak masuk jenguk aku dalam labour room dengar aku merengek bukan-bukan.

Err, kembali kepada tajuk asal please, Aishah!

Nak dijadikan cerita, masa check up on 28 weeks - 21 September 2011 haritu, aku ada complain pasal bleeding + brownish yang keluar sudah beberapa hari. Jadi, nurse suggest untuk aku jumpa doktor dan buat scanning untuk lihat kedudukan uri. Mereka bimbang jika uri jatuh sebab aku kerja berat-berat ke macam mana. Dia tanya sama ada aku ada rasa sakit ke kat abdomen bahagian bawah. Tapi aku memang tak rasa apa. Everything is perfectly okay for me. Cuma bleeding + brownish tu jelah problem masa tu.

So, masuk bilik doktor dan scan. Doktor kata, kedudukan uri di atas dan tak ada masalah. Cuma baby masih songsang. Aku tak berapa fikir sangat sebab baru 28 weeks that time. Doktor pon cakap yang masih ada chances untuk baby pusing lagi. Dan aku pon selamba yaya tak fikir apa-apa. Cuma doa kuat dalam hati agar baby pusing dengan betul by the time masa dah sampai nanti.

Being me yang sentiasa memberatkan perkara yang ringan, aku pon mengajak Wahid untuk scan di private pulak a few days after check up kat KK tu. Saje je lah konon nak tengok muka baby pastu feeling macam first timer mom syahdu syahdan pandang scan machine. Kihkihkih.

Resultnya, doktor private tu cakap yang baby still songsang PLUS uri kat bawah. Back again, dia kata nothing to worry sebab baru 7 months plus. There are many chances untuk baby pusing dan uri naik ke atas semula. Tapi tetaplah aku risau kan. Kot dibuatnya aku kena bersalin awal dan keadaan baby dan uri masih begitu, macam mana pulak kan?

Then, last week punya check up is for 30 weeks pregnant - 5 Oktober 2011. Masa ni appoinment dengan nurse aje. So, bila nurse rasa-rasa perut tu, aku pon buat lah tanya macam mana dengan keadaan baby? Dia kata kepala baby dah kat bawah; "Rasanyalah". Aku pon seram sejuk bila dia kata 'rasa-'rasa' ni. Aku confirm lagi pasal kedudukan uri tu. Dan dia kata;

"Kita akan scan balik masa 37 minggu, kalau baby still songsang, kita akan refer awak terus pergi hospital besar dan betulkan kedudukan baby. Tapi, kalau uri kat bawah, kita memang takleh buat apa. Operate lah jawabnya."

Aku senyum. Senyum pahit.

Boleh pulak mulut aku gatal bertanya;

"Kalau saya pergi urut boleh tak? Nak naikkan uri ni?".

Nurse itu pon memandang badi ke muka aku. Aku dah agak dah jawapan yang akan keluar dari mulut nurse berkenaan. Tapi kalau aku tak tanya, manalah nak tau kan?

"Tak boleh. Urut badan atau kaki, boleh. Perut jangan kacau".

Again, senyum pahit.

Sebelum tu, aku ada tanya-tanya kat makcik tukang urut yang urut Nashriq masa demam haritu. Kebetulan, makcik ni memang bidan dan dialah yang akan urut aku masa dalam pantang nanti. Aku tanya makcik tu pasal betulkan kedudukan baby dan uri semua ni. Dia kata boleh buat. Tapi aku takut. Takut larangan doktor dan nurse. Takut jugak kot jadi apa-apa kat baby bila urut-urut perut semua ni.

Itulah yang terhasil entry pagi tadi.

Mana yang lebih baik? Aku berusaha jumpa makcik tukang urut dan betulkan kedudukan baby dan uri? ATAU, aku berserah sahaja menunggu baby dan uri berpusing sendiri dan terima ketentuan Allah sekiranya uri tak naik dan aku kena operate?

Pening aku, suami dan keluarga memikirkan. Echeh.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. Mase umur baby reen macam usia baby akak neh pon ade jugak jadi kes same. Tapi doc tak bagi urut. So biar je, sampai mase memang dia turun bawah. Cuma problem fahrin tido, terpakse czer. Haiyaa

    ReplyDelete
  2. Ada kawan saya pernah doktor pusingkan baby dekat HUKM. Secara terkawal la. Doktor pasang alat utk pantau jantung baby. Kemudian doktor pegang kepala baby dan pusingkan ke bawah. Risiko pusingkan baby nih 1. takut baby terbelit tali pusat 2. Takut baby panik dan lemas. Sebab tu kene lakukan secara terkawal. Sakit, tapi Alhamdulilah baby dah selamat pusing.

    ReplyDelete
  3. arreessa dl songsang dr 7bln lagi.tiap2 mlm berdoa dpt bersalin normal.doctor pun xbg urut sume.if anything happen kita xblh nk salahkan doctor.ainul redha je la czer.maybe itu yg terbaik.mak ainul pun suruh ikut ckp doctor.bg pendapat ainul ikut je ckp doctor.tp terpulang la pada aishah kan..

    ReplyDelete
  4. for me..
    berserah pd ALLAH..
    ikut ckp doktor..
    semuanya kan perancangan ALLAH...

    ReplyDelete
  5. kita dari awal doc tak bagi urut perut. tapi tu la. ada orang percaya makcik urut. kita ni susah sket. lebih dengar kata doc. hehe.

    oh. kes kita sama lebih kurang cam aishah la masa ngandungkan anak first dulu. insyaAllah takde apa2. kita doa banyak2 k.

    ReplyDelete
  6. Aishah..masa k.lyn ngandung anak kedua dulu..k.lyn pon mengalami perkara yg sama..tahun 2008..k.lyn tawakkal..dan g bidan.k.lyn igt bidan nak urut tapi dia tak urut..dia just usap perlahan2..then baca ayat dan surah..pas tu 3 hari pas tu g doctor..ok..uri ok..bb pon ok..so terpulang k...berserah pada Allah..

    ReplyDelete
  7. salam kenal...kayrul pun mengalami masalah yang sama ngan aishah untuk anak kedua nie..baru tau pagi tadi kedudukan baby melintang dan uri kat bawah. doktor kata bahaya. kayrul banyak gak la search berkenaan masalah nie. kayrul cadangkan kat aishah kita bertawakal je kepada Allah, harap2 kedudukan baby akan betul dan JANGAN sesekali pergi berurut tau.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah akan dipermudahkan semua ya Aishah..

    Tak sabar nak jenguk adik Nashriq ni.. :)

    ReplyDelete
  9. pada pandangan mas,berurut jangan.tapi....kalau mak bidan tu pandai,dia takkan urut,dia baca2 ayat quran.sbb atok pandai,tu yg tau... :)

    ReplyDelete
  10. @Reen : Itulah. Sekarang tak tahu apa yang perlu dibuat. Kena fikir balik baik-baik. Harap-harap uri tu akan naik bila tiba masanya.

    @KasihKita : Ha'ah. Kita pon pernah jumpa kes macam gini masa stay hospital lama dulu. Tapi ni kes uri. Nurse kata memang takleh buat apa.

    @Ainul : Itulah kan. Doktor mesti lagi tahu. Tapi nak hadapi realiti tuuuuuu. Serammm!

    @TintaKibod : Thanks awak. Insya-Allah kita akan buat keputusan yang terbaik.

    @Intan : Thanks Intan. Tulah, kita ni pon berdoa banyak-banyak moga dipermudahkan.

    @BiruFirus : Ha'ah. Ada bidan bukan urut kan? Dia baca-baca ayat Quran kan? Nak kena cari alternatif jugak lah ni kan?

    Kayrul : Laaa. Awak sabar k? Kita sama-sama lah tawakal kan? Harap-harap dipermudahkan dan selamat semuanya.

    @Kid : Heee. Nanti jemput datang tau Kid. :)

    @Mas : Haaa. Itu yang nak cari tu. Kena cari jugak lah macam gini kan?

    ReplyDelete
  11. kalau nak urut pasal baby songsang ni kite tak pasti la boleh ke tak aishah. kalo urut untuk turunksn budak tu memang biasa.

    ReplyDelete
  12. @Afni : Kita pernah dengar doktor boleh buat betulkan baby songsang. Tapi bab bidan ni haaa. Errr, memang tak berani nak cakap.

    ReplyDelete
  13. Ade...kalau tak jumpa bidan yg k.lyn specific tu..amalkan bismillah 6..semalam k.lyn lupa sgt nak gitau aishah..bismillah 6 nie bagus diamalkan sampai aishah bersalin..amalkan k...insyaallah...Allah Maha Mendengar....

    ReplyDelete
  14. @Birufirus : Thanks Kak Lyn. Insya-Allah Aishah amalkan Bismillah 6 tu. Nak jugak usaha apa yang patut kan?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015