Thursday, October 13, 2011

Kenapa Saya Jarang Hubungi Babysitter?

Saya ada satu sifat pelik yang mungkin tak ada pada segelintir ibu-ibu di luar sana. Sepanjang saya sudah mula bekerja selepas melahirkan Nashriq dulu, amatlah jarang bagi saya untuk menelefon atau SMS penjaga Nashriq untuk mengetahui keadaan beliau. Kedengaran macam tak sayang anak, kan?

Nashriq dijaga secara bergilir-gilir oleh Taska Ibu Mertua dan Emak saya. Seminggu di Taska. Seminggu di rumah Emak. Walau kat mana pon beliau berada minggu itu, saya memang amat jarang nak telefon tanya khabar Nashriq. Apa dia tengah buat? Dah makan ke belum? Sihat ke tidak hari ni? Tidak. Amat jarang.

Kenapa ek? Naluri keibuan saya tak kuat ke? Heh.

Sebenarnya, saya selalu kalah dengan Nashriq. Bila dengar suara dia dalam telefon, saya rasa macam nak tinggalkan kerja dan balik rumah mengadap dia. Bila dengar dia gendang mesin basuh sementara saya bercakap dengan Emak, saya rasa macam nak terbang balik dan peluk dia ajak dia joget-joget. Bila dengar suara dia merengek-rengek berebut telefon dengan Emak, saya rasa nak cium dan gomol-gomol dia sampai dia ketawa.

Dan macam sekarang.....


Bila saya tengok gambar ini dalam Facebook adik ipar, saya rasa macam nak draft resign letter dan serahkan pada Ketua Jabatan untuk duduk rumah 24 jam peluk, cium, gomol, main dan ketawa.

Haih. Rindunya Mama kat awak sayang. :)

P/S : Terlalu manja sekarang ni. Tidur nak beralas lengan Mama. Sebelum tidur usap-usap pipi Mama. Genyeh-genyeh muka kat muka Mama. Cium Mama. Peluk Mama. Rasa lapang sangat dada ni bila dekat dengan anak. Hoih nak balik sekarang lah!

Iklan : Klik sini untuk join 'Contest Mudah Saya'. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. Saya faham Aishah.......kalah kan...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. naluri keibuan kan..teringin nk ada baby..tp xder rezeki lg..doakan sy boleh..hihihi =)

    ReplyDelete
  3. kita pon jarang call taska...ayayai

    ReplyDelete
  4. aisyah kt pon x kuat so batter wat reti jerrr :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Takpe, he's in good hands kan. Mak & MIL yang jaga. MMMuaahh kat Nashriq yang super cute!

    ReplyDelete
  7. yana pun jarang nk cal2 bs ni tnya kecuali ada satu masa dlu time die tak nk minum guna btol..skrg kt taska mmg langsung xpernah call la..hikhikhik

    ReplyDelete
  8. I pun jarang call. Sebab trust kot.

    Kalau nak harap dengar suara, tak kot, sebab nanti dia sibuk bermain, bukan nak cakap dengan I pun. Cis! :P

    ReplyDelete
  9. Same ah. Risau nak col sangat sebab kang bs lak tak selesa. Balik umah time lunch teros tanye direct je ngan anak. Hehehe

    ReplyDelete
  10. samela aishah, jarang sangat nak call. sebab takut macam tak percaya dengan bs, melainkan kalau dia sakit, demam ke, baru call. itu pun sekali je..

    nanti kalau dengar dia nangis lagi sedih tak dapat buat keje.

    ReplyDelete
  11. samalah kita
    kalau call pon kalau pagi badan shifa ada dedar2 tanya demam tak
    tapikan yang jadi mangsa call tanya tu suami sebab mimie pon sama mcm aishah..xde kekuatan dgr rengekan
    kang satu keje tak buat

    ReplyDelete
  12. @MrsNageb : Ha'ah. Kalah. Rasa macam nak berada dengan dia 24 jam. Hehehe.

    @MizFantagiro : Insya-Allah awak. Ada rezeki awak nanti. Saya doakan ye?

    @Jiha : Takpe. Kita sama. :D

    @Farah : Kan?? Dari kita syahdu syahdan dengar suara anak kat telefon, lebih baik tak payah call. Hehehe.

    @Fie : Muahss kat Auntie Fie jugak. :))

    @Aziyana : Hehehe. Kalau ada problem macam tak sihat tu, kita call lah jugak kan? Kang tak call kata apa pulak. Hehehehe.

    @Hannah : Hahahaha. Nashriq pon tak nak cakap dengan I sangat. Tapi bila I nyanyi-nyanyi ke, dia akan ketawa kat hujung talian. Itu yang tak tahan tu! :D

    @Reen : Reen untung sebab boleh balik tengahari jumpa anak. Macam akak ni jauh sikit lah nak balik. Sob sob sob.

    @Fashya : Ha'ah kan. Pasal kepercayaan pon iye jugak. Nanti dia ingat, kita fikir dia tak jaga anak kita betul2 kan?

    @Mimie : Suami Mimie lah yang call eh? Kalau Aishah, Wahid call Ibu dia lah. Itu pon kalau sama kes tak sihat ke gitu.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015