Thursday, October 27, 2011

Lagi 1 Hari & Birth Plan.

Sementara kawan-kawan blogger lain bersuka ria di Critterland untuk UB gath, aku kat JB adalah sangat sibuk dengan kisah pindah rumah. Selagi tak settle angkat barang dengan lori, selagi itulah aku masih terhoyong hayang kemas itu kemas ini. Ya Allah, minta cepatlah semuanya berakhir. Serius aku nak tumpu pada kisah bersalin pulak lepas ni.

Semalam adalah hari yang agak super busy. Pagi-pagi lagi dah kena tunggu kat rumah kuarters sebab kontraktor aircond nak datang relocate aircond. Pukul 9.30 pagi kami dah tercongok kat rumah kuarters tu. Nasib baik TV dan Astro dah siap relocate hari Selasa. So, aku hilangkan bosan dengan menonton rancangan TV yang entah apa-apa. Sementara Wahid asyik sibuk betulkan tombol pintu yang hidup segan mati tak mahu. Blerghh.

Selesai relocate aircond, kami bergegas ke rumah Tiram pulak. Wahid kena bukak kipas syiling yang mak mertua pasang kat rumah tu. Bukak pulak katil yang mak mertua tumpang letak dalam bilik, dan angkat robok belajar sekali semua transfer sementara pergi tadika. So, semi-major punya kisah angkat barang dah settle. Tinggal barang sendiri yang besar-besar dan nak bawak pindah ke rumah kuarters tu, kena tunggu lorilah hari Sabtu ni.

Aku pon dah siap kemas dan packing barang-barang kecik. Baju bajan semua dah selesai angkat hujung minggu lepas. Dah siap masuk kabinet pon. Barang-barang kecik yang selesai packing semalam akan dingkat bersama naik lori hari Sabtu ni. So, tugas akan lebih mencabar selepas hari Sabtu tu. Mana nak susun atur perabot, mana nak simpan barang kecik-kecik tu lagi. Takpelah, buat pelan-pelan. Insya-Allah, siap jugaklah tu nanti.

Semoga mudahlah perjalanan hari Sabtu ni nanti. Amin.

Lepas siap pindah hari Sabtu ni, aku rest kejap sebelum fikir soal bersalin pulak. What to expect? Huhuhuhu. Banyak sangat ha nak fikir. Nasib baik soal persediaan barang-barang dah settle. Sekarang nak sediakan diri dari segi fizikal dan mental je. Nak kena berlatih balik breathing technique. Nak kena baca balik pengalaman bersalin orang lain. Nak kena kumpul tips-tips mudah bersalin. Haaaaa, banyak sangat nak fikir. T__T

Err, ada sesiapa tak pernah buat Birth Plan? Boleh share?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Kesian akak! Kalau dekat, kite bagi bantuan da. Tsk

    ReplyDelete
  2. Betul! Kalau dekat, kita tolong ramai-ramai kan, Reen. Minta Aishah buat meehoon Singapore je. Heheh.

    ReplyDelete
  3. Awak,

    Sy dulu tak pnh percaya air selusush org watsoever utk memudahkan bersalin. Saya cuma bt 1 je...aktifkan diri dan makan secukupnya sebelum smpi waktu.

    Insya-Allah, dgn diiringi doa dan tawakal pd Allah....semuanya akan berjalan dgn lancar!

    ReplyDelete
  4. @Misha : KIta selalu baca omputih punya. Kat Malaysia, yang pernah buat, artis Sharifah Sofia tu kot. Tapi normally, patient hospital kerajaan memang takdelah buat birth plan semua ni. Dia macam perancangan kelahiran kita. Kita nak amik pain killer apa. Epidural ke tidak. Haa, macam gitu lah.

    @Reen : Dah selesai pong. :D

    @Hannah : Hehehe. Tapi that day makan Mee Soto. Amacam?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015