1. Keadaan kesihatan saya memang sangat-sangat mendukacitakan. Hidung tersumbat, tekak perit, badan sakit, punggung sengal, jalan perlahan, nak bangun dari duduk pon payah, tangan lenguh dan jiwa tidak tenteram. Ini termasuklah pakej tidak sedap hati, tak sabar nak bersalin dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini menjelang kurang 10 minggu lagi nak bersalin. Oih, sungguh seram!
2. Saya akan berpindah ke rumah kuarters kerajaan (Kompleks Institusi Pendidikan, Seri Larkin) bulan depan. Kenapa bulan depan? Bukankah saya sedang sarat sekarang? Iye, ini adalah kerana memikirkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi apabila sudah ada dua bayi nanti. Seorang yang sedang melasak, dan seorang lagi memerlukan perhatian lebih tidak berbelah bahagi. Jadi, lebih baik berpindah sekarang dan kemas apa yang patut. Rumah berkenaan sudah siap dicuci dan proses mengecat sudah berjalan separuh. Tinggal sikit lagi di beberapa bahagian. Barang kat rumah sewa sekarang pon dah siap packing yang kecil-kecil. Tinggal nak angkut dan sewa lori untuk barang yang besar. Harap dipermudahkan segalanya.
3. Kerja kat office pon seperti tidak habis-habis. Khamis yang lepas saya MC sebab keadaan diri seperti yang diterangkan di atas - refer point 1. Jumaat pulak saya cuti sebab Nashriq demam panas. Nak OT hari Sabtu dan Ahad adalah sangat-sangat mustahil kerana sekarang kami sibuk menguruskan urusan berpindah rumah. Niat di hati kononnya nak ambil cuti bersalin 90 hari (jika diizikan Ketua Jabatan). Tapi nampak gayanya macam tak ada harapan. :(
4. Anas Nashriq sudah pandai berjalan. Laju aje ke hulu hilir. To be exact, dia dah boleh berjalan masa berumur 1 tahun 1 bulan. Sangat seronok bila melihat anak sudah meningkat ke satu tahap yang lain. Tapi dalam hati sentiasa istighfar juga sebab nak kena double up energy nak mengejar. Makin manja, makin penyayang, makin pandai tunjuk perasaan dan makin menggeramkan. Oh, I love you so much, Anas Nashriq! Awak akan jadi Abang lagi beberapa minggu dari sekarang! :)
4. Gender bayi di dalam sini sudah diketahui (Insya-Allah). Kami suami isteri menerima sahaja dengan hati terbuka dan gembira. Beratnya kini sudah 1.5kg dan semuanya dalam keadaan sihat, Alhamdulillah. Barang-barang persiapan Mama dan bayi sudah completely done. Semuanya sudah dilonggok satu corner tinggal diangkut sekali masa nak pindah nanti. Err, nama bayi juga sudah ada. Sekarang ni, kami panggil beliau (An__ N_____). HAHAHAHA. Mestilah kena blank. Kang tak surprise pulak. :D
5. Mintak maaf banyak-banyak kepada yang mengadakan Jamuan Hari Raya, Majlis Hari Jadi dan Majlis Kahwin tapi hakikatnya kami memang tak dapat hadir. Point ini ditujukan khas kepada Yanti, Dayu, Afni dan kawan-kawan lain yang menjemput. Bukan tak sudi nak hadir, tapi masalah kesihatan (point 1) dan urusan berpindah rumah (point 2) adalah kekangan paling utama sekarang ini. Terima kasih atas jemputan semua. Sorry ye tak dapat hadir. :(
6. Sekarang memang agak terputus dengan dunia maya. Macam lost sekejap tak tahu apa. Bukak Facebook dan view sikit-sikit. Bukak Twitter dan baca apa yang patut. Lepastu terus tak ada apa dah. Blogwalking pon sekejap-sekejap tanpa log in account. Pastu bila nak komen, malas nak log in. Memang bagus betul perangai MALAS sekarang ini. Kawan-kawan datang komen blog pon tak reti nak balas. Hoih laaa. :(
7. Baca kat Twitter yang ramai babies tak sihat this past few days. Samalah macam Anas Nashriq. Last Thursday, dia punya temperature meningkat sampai 40. Sungguh panas dan kami kelam kabut jerlum kepala dia dengan air asam. Ubat demam pulak out of stock kat rumah. Itu yang kelam kabut amik EL on Friday dan bawa dia ke hospital. Sampai hospital terus amik darah sebab doktor suspect Denggi. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius. Doktor kasi ubat, pastu bawa dia pergi berurut terus ok dah. Mungkin tersilap urat kot. Sibuk sangat mengukur kawasan ke hulu ke hilir.
8. Ada juga baca kat Twitter beberapa rakan yang sedang tak sihat sampai kena admit ward. Err, point yang ini refer kepada Puan Hannah Johary. Kesian dia. Harap-harap dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Ada keep in touch with her dalam Twitter haritu. Tapi itu pon tak dapat berlama sebab saya sekarang pon macam dah tak kawan sangat dengan Blackberry. Itulah, masa dulu sibuk sangat nak beli. Sekarang dah ada buat tak nampak pulak.
9. Ada juga baca kat Ukhwah Blogger Group yang ramai kawan telah tukar URL blog. Tapi seriously memang takleh catch up dah. As I mentioned before, bukak blog tak log in account, then bila nak edit blog list malas nak log in. Last-last, tersadai macam gitu aje. Sorry again kalau banyak tertinggal cerita korang. Nanti bila dah free sikit (kerja office selesai, hal pindah selesai, dan dah selamat bersalin), saya catch up balik ye? Insya-Allah.
10. Maaflah sebab entry kali ni macam carca marba sangat. Main compile dan taip aje semua benda yang terlintas dalam kepala. Actually, memang banyak sangat benda nak share in details macam biasa. Tapi rasanya bukan dalam waktu terdekat ini. Sorry guys.
11. My currently desktop background. Suka sangat rambut dan mata dia. Menawan! :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Baby girl! Hahaha!
ReplyDeletemesti anak girl kan?? tu yg letak pic kris cempaka tu..huhu..
ReplyDeletegigirl kah? hikhikhik
ReplyDeletemmg musim anak2 demam skrg..husna pun baru baik demam..
apepun take gud care of u..
berdebarnyaaaaa....sy pun tumpang cuak! tp apa2 pun doa byk2 na...mg dipermudahkan... chaiyok! happy2 slalu~ :)
ReplyDeletebabay girl ke Aishah? main agak je ni. Aishah , take care yeah
ReplyDelete@Reen : Hahaha. Memandai aje eh?? :D
ReplyDelete@Aida : Taklah. Kita suka mata dia tu. Mata sedih yang penuh cahaya. Menawan! :)
@Aziyana : Thanks Yana. Memang nak kena rehat banyak-banyak sekarang ni.
@Faizah : Thanks Faizah! Kita pon cuak jugak ni. Kekekeke.
@Nurul : Hehehe. Cer teka lagi Nurul. :))