Tuesday, October 11, 2011

Tak Sabar.

Serius aku tak sabar nak pindah rumah. Sungguh pon rumah kuarters yang aku dapat ni tingkat 3 dan kami kena menapak naik turun setiap hari pagi dan petang, aku tak kisah. Yang penting, bukan naik turun tangga dalam rumah. Sumpah, aku dah penat berumah dua tingkat. Cukuplah sekali ini. Pulak aku dah sarat cam gini, nak membuang kena cari tandas duduk. Dan tandas duduk terletak kat bawah. Kenalah pulak berlari turun bawah terkedek-kedek. Alahaiii.

Rumah kuarters kami tu pon dah hampir siap about 60%. Hall semua dah siap cat. Dapur tak payah cat sebab catnya masih elok. Tinggal beranda dapur dan beranda kat depan. Bilik pon belum diputuskan untuk dicat atau tidak. Rasanya kalau cat bilik pon, kami cat bilik utama sahaja. Lagi 2 bilik tak payah. Kikikiki. Pintu-pintu pon dah cat semula warna yang sama. Nampak bersih sikit than before. Sukaaa. :))

Langsir dah siap pasang. Yang kat sliding door import Emak punya day curtain. Tinggal nak cari night curtain dan scallop kalau ada. Kat bilik kedua dan ketiga pon dah siap pasang langsir. Itu pon import rumah sewa punya langsir sebelum raya haritu. Tinggal kat bilik utama belum pasang langsir pasal plug bilik tu ada problem. Nak kena tarik extension atau Wahid nak kena betulkan plug tu dulu. Itu takpe, pelan-pelan kayuh. Lagipon kalau jadi, bilik tu akan dicat semula kononnya.

Kena re-plan balik this week punya schedule. Penat rasanya bila tiap minggu padat dengan kerja kemas - mengecat dan pembaikan semula rumah berkenaan. But then, bila dah siap dan tengok semuanya dalam keadaan okay macam sekarang, terus rasa lega. :)

Ohh, barang-barang kecik yang tidak digunakan pon dah diangkat sikit-sikit. Dah simpan susun pon dalam mana-mana kabinet yang patut. Rumah kuarters ni dah siap fully furnished dengan kabinet dapur dan bilik semua. So, banyak sangat space boleh diguna pakai. Sangat seronok menyusun barang mengikut suka hati sendiri. Tinggal nak pack lagi barang-barang kecik kat rumah sewa then bawak untuk simpan susun kat rumah kuarters tu. Tinggal sikit aje lagi. Sikitttt ajeee lagi...

Lepas ni urusan memindahkan Astro dan aircond pulak. Harus diselesaikan dalam minggu ini atau minggu depan. Sebab kami dah tak banyak masa dah nampak gayanya. Hari Rabu, 26/10/2011 (Deepavali) dah kena buat projek pindah semi-major. Angkut barang penting yang tak boleh diangkut sekarang macam baju-baju dan TV. Pastu, kami plan for major punya pindah pada hari Sabtu, 29/10/2011. Haa, yang ini kena sewa lori angkat barang-barang besar macam almari, kerusi dan kabinet semua. Hoih, banyak kerja kelihatannya kan?

Kebetulan, pada 29/10/2011 tu, aku genap mengandung 34 minggu. Lagi 3 minggu untuk stage mengitung hari Kris Dayanti. Jadi harapnya, dalam masa 3 minggu sebelum menjengah ke minggu ke-37 tu, bolehlah kami suami isteri dan Nashriq settle down kat rumah baru dan kemas-kemas apa yang patut. Susun atur semula perabot rumah dan suai kenal rumah sebelum baby keluar dan aku kena berpantang kat rumah Emak.

Ya Allah, semoga dipermudahkan segala jalan bagi kami.

Apa kata kita layan gambar rumah kuarters kami tu sebelum projek ubahsuai dijalankan. Nanti kalau aku rajin, aku amik gambar selepas siap sepenuhnya ye?

Living hall.
Dinding ni semua dah cat baru. Day curtain dah siap pasang.
Sarung kusyen pon dah pasang baru.
Beranda tu nanti kami nak pasang ampai. Senang sidai baju.




Dining hall.
Meja makan semua dah sedia ada.
Yang kat pintu tu dapur. Kabinet semua dah siap.
Yang kat tingkap tu washing area + beranda.
Area sini pon dah siap cat + pasang langsir.




Bilik utama.
Tilam peninggalan orang lama - Buang!
Katil pon dah tak elok so kami dah bukak simpan.
Bilik ni belum pasang langsir. Mungkin akat dicat dulu.



Bilik kedua.
Bilik ni kami letak dua katil bujang.
Amik yang bilik ketiga punya katil bawak masuk sini.
Dah siap pasang langsir dan mungkin tak akan dicat.




Kabinet bilik kedua.
Ketiga-tiga bilik pon ada kabinet.
Tapi malas nak upload semua.


Alamak, boleh terlupa pulak nak snap gambar bilik ketiga tu. Tapi tak ada apa pon kat bilik tu. Kami dah pindahkan katil bujang situ masuk bilik kedua. Dan bilik itu dikosongkan jadi bilik Solat dan akan diletakkan robok-robok baju kami dari rumah sewa. Bilik tu dah siap pasang langsir dan mungkin jugak tidak akan dicat. Hehehe. Kena tengok tahap kerajinan Encik Wahid macam mana.

Overall, aku memang suka rumah ni pasal menepati selera kami suami isteri. Nanti, kalau ada rezeki nak beli rumah pon, kami nak cari pattern macam gini. Insya-Allah, kalau diberikan rezeki yang lebih. Siapa yang tak nak duduk rumah sendiri kan? :))

Kalau ditengokkan rupa rumah ni sebelum kami kemas dan bersihkan, memang rasanya macam nak cancel tak jadi duduk. Ini aku upload gambar yang elok-elok aje ni. Kang kalau aku upload tang bilik air sebelum dibersihkan, maunya korang tak masuk-masuk lagi blog aku ni ha. Nasiblah Wahid dan Emak kuat semangat kata boleh buat, boleh bersihkan. So, aku setuju aje nak buat kerja pembersihan pelan-pelan. Dan sekarang, aku rasa tak rugi pon aku terima tawaran nak duduk kuarters ni. Kami happy dan kami rasa selesa. Alhamdulillah.

P/S : Errr, ini bukan entry show off kan?? :D

Iklan : Klik sini untuk join 'Contest Mudah Saya'. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

22 comments:

  1. Hahaha bukan langsung ah!

    Kan da kata, lawa da kan? Pastu orang da ah minat gile umah ade beranda! Sempoi beb. Buat taman kecek2 macam noe pon pergh nyaman!

    ReplyDelete
  2. besar jugak kan rumah ni. tak sabar nak tggu wady balik kl, nak apply kuarters jugak. :)

    ReplyDelete
  3. hahaha
    ini bukan entry show off la, Aishah!
    btw me pun suka tgk rumah ni sbb nampak besar
    n yg penting dapur dia asing dr living room
    baru syok nak memasak kan
    :)

    ReplyDelete
  4. @Reen : Akak pon minat rumah ber-beranda ni. Feeling macam omputih pulak peluk-peluk suami isteri you jump i jump. Echeh. :D

    @Misha : Insya-Allah. Tak lama lagi Wady balik, terus apply kuarters tau!

    @Ann : Ha'ah Ann. Lega jugak dapur tu ada pintu cam gitu. Kalau orang datang malu tengah masak ke, boleh tutup jap layan tetamu. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. aishah, perabot umah kite same..dh name kuarters pendidikan kan? cuma almari baju je lain..seronok semua lengkap ni

    ReplyDelete
  6. Not at all! Entry menunjukkan kegembiraan tak terkira sahaja. Besar rumah ni Aishah. Yang penting rumah ku syurgaku. Besttt!

    ReplyDelete
  7. 1st time jupe rumah ade pintu kt dapur, senang la nk msk tanpa gangguan anak2 kan? hahahah

    ReplyDelete
  8. ini namanya entri pemberitahuan. bukan show-off ye. harap maklum. hehe.

    nice house!

    ReplyDelete
  9. YANG PENTING DAPURNYA ASING....OK APE..SENANG NAK KEMAS....BESTNYE DPT DUDUK KUARTERS..KAMI JGN MIMPI LEEE...

    ReplyDelete
  10. Kalau Aishah tengok kuarters kid pulak..
    lagi sedih tau..
    dahlah kabinet dapur rompong belaka..
    jadiklah tempat persinggahan kami hujung minggu..

    inipun dah decorate molek skit..
    ada kuarters baru siap..
    orang lama sume pakat pindah sana..

    abah je yang tanak..
    sebab dia kata kat sana laluan momok..
    erk.. :P

    ReplyDelete
  11. @Aziyana : Ha'ah kan. Kuarters pendidikan semuanya sama kot? Memang rasa lega bila dah agak lengkap macam gini. Kalau dulu lepas kahwin terus duduk kuarters lagi bagus. Tak yah beli barang sangat.

    @Fie : Hahaha. Mana tau ada berbau show off ke kan? Yap. Mana-mana kita duduk pon, kita mesti anggap itu syurga kita kan Fie? Barulah selesa dan aman.

    @Nano : Hahaha. Tapi bahaya juga Na sebab kat luar pintu dapur tu ada ensel. Kalau Nashriq nak dengki, dia kunci kita dalam dapur! Hehehehe.

    @Intan : Thanks Intan! :) Entry pemberitahuan ek? Kekekeke.

    @Mun : Ha'ah Mun. Nasiblah dapur dia asing. Senang sket bertukang kat dapur.

    @Kid : Eh? Laluan momok? Kekekeke. Takmo ah Kid. Stay je lah kot kat kuarters sekarang tu. Tapi kan, kalau dapat duduk kuarters baru tu pon ok jugak kan? :D

    ReplyDelete
  12. sedih :( aishah dah nak pindah
    jauh dah kita

    ReplyDelete
  13. @Mimie : Itulah kan? Dah jauh dah kita nanti. Takpe, kita tetap balik Tiram jugak sebab keluarga mertua kita kan kat sana. :))

    ReplyDelete
  14. @Jiha : Seronok Jiha. Memang tak sabar!

    ReplyDelete
  15. wah seronok ye Asihah kauters ni nampak besar dan selesa siap ada beranda. Nurul yg layan gambar pun dpt rasakan rumah kauters ni best.

    ada angin sepoi-sepoi bahasa tak kalau duduk petang2 kat beranda tu? syok kan?

    ReplyDelete
  16. eh tak sabar nak melawat aishah dan baby di rumah baru aishah nanti..;)

    ReplyDelete
  17. Kite ni dah mkn taun apply kuarters tak dapat2. Sobss

    Btw, gila 'show off' entri ni. Hahahaha comel lah awak ni Aishah!

    ReplyDelete
  18. Ala, seronoknya ada rumah even bukan rumah sendiri. Seronok nak deco-deco...tetibe jeles plak..huhu



    huhu, nurul nape panggil aishah asihah...heh!

    ReplyDelete
  19. @Nurul : Bukan time petang aje. Start bukak sliding terus angin menyerbu masuk. Sebab tepi-tepi tu pokok kan. Rasa berangin sikit.

    @Yantie : Jemput datang!! Kalau nak datang masa berpantang, Aishah kat Cempaka tau rumah Emak. Mungkin lepas sebulan ke baru balik sini. Hehehehe.

    @Xeea : Kekekeke. Show off ek? Teruk betul lah saya ni! Ehek.

    @Fashya : Aloo takmo jeles lah Fashya. Nanti Fashya pon ada rezeki macam gini jugak. Suami dah dekat kan sekarang? Boleh plan tengok macam mana. :)

    ReplyDelete
  20. mcm nyaman je rumah aishah ni banyak pokok2..

    ReplyDelete
  21. Nad : Memang agak nyaman jugak. Sejuk dan berangin. Tapi gelap lah kalau malam kot. Sebab hadap pokok gitu. Hehehe.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015