Sunday, October 9, 2011

Dua Tahun, Anis Nashrah.

Happy birthday sayang Mama, Nur Anis Nashrah.

Kalau awak masih ada, sekarang awak sudah 2 tahun. Sudah pandai berjalan? Atau berlari mungkinnya? Sedang main dengan adik Nashriq? Tengah tolong Mama 'mengemas' rumah? Mulut sama becok dengan adik Nashriq? Satu rumah mungkin bising dengan hiruk pikuk suara kamu berdua? Ketawa? Menangis? Bergurau senda?

Mama rindu awak, Nashrah.

Awak adalah suatu pemberian indah yang Allah kirimkam sementara buat Mama dan Ayah. Kenangan awak dalam rahim Mama. Kenangan awak bergerak-gerak di dalam sini. Kenangan awak berhenti bergerak. Mama menangis. Ayah meratap. Mama duduk hospital berminggu-minggu nak keluarkan awak. Dulu, Mama rasa, semuanya sedih dan pedih. Tapi bila Mama kenangkan balik sekarang, semuanya indah. Indah sebab Mama ada Nashrah tersimpan kemas dalam hati Mama.

In a couple of months, you will be a sister of two. Nashrah sudah ada Nashriq. Tak lama lagi ada adik lagi seorang. Are you happy sayang? Of course you are, kan? Mesti Nashrah happy tengok adik-adik dari atas sana. Don't worry sayang. Mama selalu cerita pada adik Nashriq pasal Nashrah. Nanti adik yang baru ni lahir pon, Mama akan cerita pasal Nashrah jugak. Kita satu keluarga sayang. We always be.

There's no words can describe how much I love and miss you, sayang. Nashrah jantung Mama. Nashrah kesayangan Mama. Nashrah cinta hati Mama. Sama macam Nashriq. Sama macam baby yang akan lahir ni nanti.

I love you Nashrah. Al-Fatihah.

In memory, 9 Oktober 2009 - 9 Oktober 2011.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. al-fatihah...

    ~sebak... no word @ this moment..

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.

    saya membaca dengan hati.memang saya sebak sekarang.nak nangis jugak.

    awak memang tabah aishah

    ReplyDelete
  3. Cerita pasal Nashrah selalu buat hati kite hiba :(

    Al-Fatihah buat Nashrah

    ReplyDelete
  4. @Kid : Thanks Kid. :)

    @Nieyxzha : Thanks. :)

    @CikGaban : Tabah biasa aje awak. Ada orang yang lagi tabah dari kita.

    @Reen : Thanks Reen. :)

    ReplyDelete
  5. al-fatihah untuk Nashrah
    Baru 1st time baca blog awak, tapi kibod saya dah basah dgn airmata baca entry ini.

    ReplyDelete
  6. @Aineena : Terima kasih Aineena. :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015