Sunday, October 11, 2009

Nur Anis Nashrah, Bidadari Syurga...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lindungilah anak ku NUR ANIS NASHRAH..... moga anak ku ini, mampu menjadi bidadari syurga terbaik, terindah dan tercinta..... Amin Ya Rabbal Alamin.....

Alhamdulillah..... berkat doa tanpa henti suami tercinta dan kaum keluarga..... sanak saudara dan rakan taulan..... segalanya telah selesai dan berjalan dengan selamat..... aku panjat syukur yang paling tinggi, walau satu sudut dalam hati yang paling dalam, aku sebenarnya sedih dengan pemergian yang paling terindah ini...... :)

penantian selama 2 minggu 5 hari akhirnya tamat dengan 'lahirnya' bayi perempuan seberat 600 gram pada petang Jumaat, 9 Oktober 2009 jam 1.57 petang..... syukur sekali lagi, kerana diberi kekuatan untuk melihat tanda kasih kami suami isteri, untuk pertama kali dan terakhir tentunya......

segala proses mandi, kafan dan kebumi jenazah dilakukan pada petang itu juga, oleh suami dan keluarga terdekat..... ketika itu, aku masih di bilik bersalin....... bagi memastikan tahap kesihatan yang benar-benar stabil dan tiada komplikasi pada masa akan datang.....

"Nashrah, anak mama...... jauh di sudut hati mama, mama terlalu rindukan Nashrah...... Nashrah jantung hati mama....... Nashrah kecintaan mama........ Nashrah adalah jalan permulaan hidup mama dan ayah....... Nashrah sinar cahaya yang selalu buat mama dan ayah gembira........ ketahuilah Nur Anis Nashrah, mama dan ayah sayangkan Nashrah walau Nashrah tak sempat melihat dunia...... jangan berhenti berdoa sayang...... moga dipertemukan kita semula disana........"


kenangan terakhir mama dan Nashrah... :)


13 Komen:

Anonymous said...

Al-fatihah. Takziah buat aisha,wahid&keluarga... Aisha&wahid kuat utk trm qada&qadar yg tlh ditentukan.

CikGaban said...

Al fatihah buat nur anis nashrah.nama yang indah..

aishah..saya kagum sbb aishah tabah.sabar ye aishah.insyaAllah..ade sesuatu yang baik menanti aishah dan suami.

yang penting..sabar dan redha dgn ketentuan Allah swt.

saya doakan aishah cepat sihat.dari segi fizikal dan emosi.

:)

m@Ri@ said...

takziah awak..alfatihah dr kami sekeluarga..hrp awak n wahid sekeluarga tabah k..jaga diri ek aishah..

Jiey^Mien said...

Al-Fatihah..
Apa yang mampu saya katakan ialah, tuhan pilih kita sebab dia tahu kita kuat dan kita mampu..
=)

lynna said...

takziah buat aishah..
redha dan bersabarlah..
pasti ada hikmah disebaliknya
ini ujian Allah bagi umat-Nya yang beriman,
semoga kita sentiasa dlm lindungannya

dasyiralife's said...

mmg ecah amat sedih bla baca ttg khlgn bayi yg aishah kndg.. takzah buat aishah, wahid & keluarga awk... insyaallah Nur Anis Nashrah akan tgu mama & ayahnya diSANA... Sabar yerk aishah.. semoga rohnya d'tmptkan tmpt t'ats... amin...

Anonymous said...

salam takziah to aishah n family.. saya dh lama x menjenguk kesini dan sgt terkejut dgn berita ini. diharap aishah redha & bersabar dgn dugaanNya.. Al-Fatihah..

-Dublin-

Luv like this.... said...

Salam Takziah dari sy..sy percaya ini semua ketentuan Ilahi.harap Aisyah n wahid serta keluarga tabah.Percaya dgn rezeki Allah..
*hugs*

Anonymous said...

my sincere condolences.
it hurts but the pain wil make us remember.
take a good rest.

-shubs-

Aishah Rahim said...

untuk semua :
terima kasih banyak-banyak! :)

Khairi said...

WE dont know each other, but this writing has made me cry in this cold office.

InsyaAllah, you two will be blessed with Nashrah younger sister.

Nashrah is waiting there.

I can't wait to go home and hug my little son, you made me that. I wish Allah will give you two this happiness very soon.

Aishah Rahim said...

khairi :
sometimes kita akan bertambah sayang and more menghargai family kita when something happen. and i hope, lepas ape jadi kat i ni, people yang baca akan dapat more motivate.

ashra said...

sedih..
samalah kita senasib..
moga allah berikan kita kekuatan dan ketabahan