Tuesday, October 25, 2011

Bio-Selusuh Memudahkan Bersalin?

Produk Bio-Selusuh dari Biodex.
Maklumat lanjut di sini.

This is my second time menggunakan produk ini. First time dulu, masa mengandungkan Nashriq. Tapi masa tu memang tak rajin langsung nak pakai. Pemalas sungguh nak sapu-sapu satu badan. Nak makan (start 9 bulan), apatah lagi. Tapi, oleh kerana nak sangat cepat bersalin, aku togak sebotol habis masa malam sebelum kelahiran Nashriq. Boleh baca entry ini untuk kisah di hari kejadian.

Kononnya, untuk pregnancy kali ni, aku malas lah nak beli minyak ni lagi. Biarlah takdir dan waktu yang menentukan bila dan bagaimana caranya baby ni nak keluar. Aku tak mahu rasa stress dan tertunggu-tunggu lagi macam Nashriq dulu. Kalau boleh, biar semuanya just go with the flow. Eh eh, macam hebat je bercakap. Konon nak berlakon terer lah tu. Heh.

TETAPI, minggu lepas aku telah mengingkari niat hati aku sendiri. Tengah berjalan-jalan kat Plaza Angsana tu, aku menyinggah kejap kat booth Biodex. Tanya kat salesgirl tu pasal minyak Bio-Selusuh ni. Dia pon ambil dan serah pada aku. Eh, laju pulak tangan aku seluk duit serah kat salesgirl tu. Pastu sambil jalan nak balik tu, aku asyik terfikir kenapa aku beli minyak ni. Kata nak 'just go with the flow' kan? Dasar boros memang macam gini. T__T

Oleh kerana dah beli, aku pon tekad ajelah nak rajin-rajin pakai. Mana tahu, dengan pemakaian yang disiplin akan mempercepatkan proses bersalin aku nanti. Err, maksud aku, takdelah sampai kena tunggu 40 minggu macam Nashriq dulu. Jenuh okeh bawak perut dengan full of stress dalam kepala. Aku harap, bolehlah bersalin awal untuk pregnancy kali ni. Tak sabar dah aku nak cuti dan duduk rumah jaga anak. Insya-Allah, itupun kalau diizinkan olehNya.

Kembali kepada kisah Bio-Selusuh tadi.

Oleh kerana sekarang ni aku baru memasuki minggu ke-33, jadi kegunaan minyak ini hanya sekadar sapu-sapu pada perut, pinggang, punggung dan kaki. Oih, aku ingat masa mengandung Nashriq dulu, aku cuma sapu pada perut dan pinggang aje. Adakah itu sebabnya aku bersalin lewat? Tak. Tak. Emak kata, lambat atau cepat, itu kerja Tuhan. Bukan minyak Bio-Selusuh punya kuasa. Hehehehehe.

Nanti, dah masuk 36-37 minggu, barulah kena makan sesudu pagi dan sesudu malam. Dia punya rasa memanglah 'terbaik'. Tapi ada orang mungkin boleh tahan kot. Macam aku ni payah sikit nak telan-telan minyak ni ha. Standby milo gelas besar punya sebelah sink. Sebelum aku muntah balik, aku akan terus capai gelas milo, teguk kasi habis. Setel.

Aku tak pastilah kegunaan dan faedah sebenar minyak ni untuk apa. Ada yang kata mempercepatkan proses bersalin. Ada yang kata memudahkan proses bersalin. Hasil kongsi tips dengan Hidd, dia kata, dia cuma push Umar Arjuna satu kali sahaja masa proses bersalin dulu. Seronok ek dengar? Kalau aku pakai dengan disiplin sekarang, ada chance tak nak push sekali je keluarkan baby ni? Harapan menggunung tinggi ni.

Korang ada tak pengalaman dengan minyak Bio-Selusuh ni?

Boleh share?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

15 comments:

  1. info yg baik ni. nanti kalau ada rezeki pregnant lagi boleh try guna

    ReplyDelete
  2. My cousin dulu amalkan minum Milo, campur dengan telur ayam mentah and butter, during the final weeks.

    Nenek punya petua.

    Then baby keluar mudah, macam licin and buttery. Then doctor tanya, 'You makan apa?'

    Hahaha. Guess mungkin teory telan minyak and butter tu sama kot. Tengok pada selera. Hikhik.

    Sekadar sharing. :P

    ReplyDelete
  3. @Nurul : Ha'ah. Macam Nurul dulu, ada makan pape tak nak cepatkan bersalin?

    @Hannah : What?? Telur ayam mentah?? I rela telan minyak Bio-Selusuh ni berbotol-botol okeh. Hehehehe. Tapi Emak I ada cakap jugak, dia dulu masa final weeks makan minyak masak biasa tu. Tak payah pon nak bio-bio segala. Heh. Kecik hati I tau.

    ReplyDelete
  4. saya pun pernah dgr mmber minum bio selusuh.. diorg ckp ok.. berkesan.. tp entah la.. tkt nk cube

    ReplyDelete
  5. sy mmg tgh takut nk beranak sbb da kena czer setelah mencuba normal... sgt ngeri! bleh la cuba...apa2 pun sume tuh atas kuasa n izin ALLAH SWT :) mebi sbg usaha kita bleh la cuba kan? sama2 doa mg dipermudahkan sgala

    ReplyDelete
  6. hai aishah
    saya selalu baca blog kamu...
    suka dengan setiap apa yg kamu sampaikan
    ada mesejnya...tahniah!!!
    saya memang minum air selusuh tapi yg dibaca oleh kawan emak...
    tak penah pun sapu kat perut or pinggang...
    tapi alhamdullilah bersalin mudah sangt...
    masa contraction pun tak lama..hanya 30 minit sahaja...
    masa kat labour room hanya ambil masa 15 minit sahaja...
    tapi org kata air selusuh sangt bagus...
    namun bergantung pada seseorang la...
    apapun kesemuanya bergantung kepada Allah...
    doakan sahaja yg terbaik!

    ReplyDelete
  7. afni ada try jugak air selusuh ni, tapi tu la macam yg dikatakan ini semua kerja tuhan, kita cuma tawakal. end up,dani seronok dalam perut smpai overdue seminggu..

    ReplyDelete
  8. Aishah dearie, setuju, cepat tak cepat semua kuasa Allah. Tapi tak salah kita mencuba kan? (hehehe saja nak justify hal ehwal beli membeli ni)Asalkan tak datang mudarat pd baby dan diri Aishah, tak pe kot mencuba. Pengalaman saya sendiri - air selusuh 1 botol (tradisional punya) sekali rap minum, air akar Fatimah lagi (petua orang bagi), Salindah lagi, induce sampai 2 kali - tetap kena tunggu 2 hari baru bersalin. Nurse siap dah tukar balik syif. Gynae pun cakap, patient paling lama nak bersalin =) Tapi alhamdulillah, normal delivery. Pendek kata tawakkal kepada Allah.

    ReplyDelete
  9. @Farhanna : Berkesan tu kalau rajin kot Farhanna. Kalau macam kita yang pemalas ni, suam-suam kuku je hasil dia. Hehehe.

    @Faizah : Ha'ah. Orang kata, tak rugi kita usaha kan? Mana tahu, untuk 2nd ni, Faizah dapat deliver normal. Kan?

    @Zuera : Waaaa. Mudahlah awak bersalin. Tapi saya pernah dengar pulak, air selusuh tu boleh minum bila bukaan dah 6-7 cm aje tau. Kalau sebelum tu, jangan minum sebab dia akan kasi kita rasa sakit sangat tapi lastly bukaan lambat. Itu yang takut tu. Kan?

    @Afni : Betul tu Afni. Kita ni usaha macam-macam. Tapi semuanya Allah yang tentukan. Dah tertulis bila sekian-sekian baby akan keluar.

    @Nadym : Setuju jugak Nadym. Pulang balik, kena serah pada Allah seluruhnya. Kita ada juga makan Salindah. Tapi sampai B3 aje. Pastu malas dah nak makan. Hehehe. Dasar pemalas kita ni tau.

    ReplyDelete
  10. mmg nak beli dah minyak ni kat farmasi bawah td tapi tak bawa duit, dh 36 weeks,1st child perasaan cemas dah melanda. semua pun rasa nak makan/buat sekarang ni..hehe

    ReplyDelete
  11. @Hane : Kita sama! Semua pon sedaya upaya nak makan kan? Takut kempunan ke ape entah. Hahaha. Take care tau awak. Dah 36 weeks maksudnya dah dekat tu.

    ReplyDelete
  12. Salam Aishah.

    TQ sbb share pngalaman guna Bio selusuh ni..kbetulan sy mmg tgh cari psal kberkesanan produk ni.. tu yg dpt blog Aishah ni..Salam kenal.. Lg satu bila baca pngalaman klahiran Nashriq tu nak trgelak ade sdih pun ada sbb tringat blk pngalaman sy lahirkan ank ptama dulu...hihi... tp tu laa kite ni x serik2 sbb tu pregnant lg..

    ReplyDelete
  13. Salam.....

    Mase pregnant 1st baby dulu xtau pape, kebetulan mase 5bulan pindah umah baru. Jiran sebelah umah tu, makcik yg da berumor, da bercucu cicit.

    Mase kandungan 7 bln dia hantar minyak selusuh n akar fatimahnyer.
    minyak tu dia buat sendiri, suh minum 1 sudu kecil, akar fatimah tu dia suh rendam n minum airnyer...minyak selusuh tu paksa2 gak minum, tp air akar fatimah tu lgsg xleh nk minum...mungkin sbb bau @ rase dia kot yg sedikit payau...huhuuu....

    tp mse nk bersalin tu, alhmdulillah, pagi sakit, petang masuk wad, malam da bersalin.

    skrg tgh pregnant for 2nd baby...ader gak 'usha2' nk try bio selusuh biodex tu....

    ReplyDelete
  14. Sy pernah minum bio selusuh biodex.ank ke 2.mmg berkesan.sakit pn kurang.setngh jam dh bersalin.

    ReplyDelete
  15. Alhamhamdulillah dgb izin Allah, pengalaman mnum bio selusuh ni memang permudahkan saya bersalin.. bermula dari beli minyak kelapa dara dkt kedai, smpi rumah xdpt nk minum sbb rasa dia xdpt lalu tekak ni. Hihi.. so decide nk tukar yg lain. So, search punya search.. saya terbaca entry berkenaan BIO SELUSUH ni.. mula tu mcm takut juga sbb namanya selusuh tu. Selalunya selusuh ni org mnum ketika dh nk bersalin.. tp ni tidak. Amalkn mnum pada kandungan 8bln xsilap sy. Dgn izin Allah sekali lg, construction sy rasa dlm 30minit slps nurse pecahkn air ketuban. Jam 9 masuk labour room (bukaan 5cm), sakit mcm gastrik je. Ada 2org Nurse masa tu tgh ready2 sambungkn wayar dkt bdn & Nurse pn sempat bertanya samaada sakit sudah perut saya atau x. Saya jawab rasa sakit sikit. Kata nurse tu bagusnya xrasa sakit. So, dlm jam11.30 nurse pecahkan ketuban, rasa sakit mula dtg.. pusing kiri kanan.. selawat dlm hati. Tepat jam 12.12 (selepas push ke 5) saya selamat lahirkan baby boy seberat 3.33kg (anak pertama) syukur Alhamhamdulillah, semuanya dipermudahkn.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015