Friday, June 29, 2012

Lagu Raya In The Office.

Puasa pon belum, dah bukak lagu raya. Iye, aku super over excited. :)

Tak tahu kenapa pagi ni halwa telinga nak dengar lagu Suasana Di Hari Raya by Anuar Zain dan Ellina. Lagu ni memang tersimpan baik dalam drive D. So tinggal play sahaja. Ya Allah, sungguh tak sabar nak sambut puasa tahun ni. Pastu nak raya pulak. Boleh bayang bertapa comelnya Nashriq pakai baju melayu dan Najah pakai baju kurung (hamboi puji anak sendiri nampak :p).

Back to 2009 memory lane, aku rasa lagu inilah yang Wahid terpaksa play berulang-ulang dalam kereta walau raya dah habis. Dek kerana tragedi you-know-you-read, Wahid terpaksa melayan isteri yang rindu nak sambut hari raya dengan gembira. Masa tu, aku akan menyanyi sekuat hati dalam kereta sambil menangis. Can you imagine?



Bagi aku waktu itu, takkan ada lagi hari raya yang menggembirakan. Tak akan ada. Setiap kali Syawal menjelang, aku hanya akan ingat Nashrah. Bagaimana hati aku tak tenang raya pertama itu dan sepanjang malam tak boleh tidur di Singapura sebab tak sedap hati. AKu hanya sempat sambut raya empat hari dan terus masuk wad atas sebab tersebut.

Aku ingat, memang itulah Syawal terakhir bagi aku.

Tapi bila Nashriq hadir Ramadhan kemudian (the next year), Syawal aku kembali bercahaya. Ditambah pulak Syawal yang lepas (tahun 2011), aku mengandungkan Najah. Tahun ini pulak, Syawal kali ini, ada dua orang cahaya hati ini yang akan menerangi hidup aku. I am so bless. Alhamdulillah.

Konsepnya? La-tahzan-innallaha-ma'ana.

Bersedih boleh. Tapi jangan lama-lama.

Insya-Allah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Hahahaha! Ingat kite sorang je excited nak raye. =D

    ReplyDelete
  2. "bersedih boleh. tapi jangan lama-lama"
    setuju sangat dengan kata2 ni..bersedih tu perlu sbg ingatan kita pd sesuatu..tp klu berpanjangan, boleh buat kita lupa pd takdir.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya..ehh...hehe..

    jgn sedey2 dah..

    bestnye punya anak sepasang..msti mcm2 peel kan..hehe

    ReplyDelete
  4. pelangi itu muncul juga kan..^_^

    selamat hari raya..
    eh?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015