Tuesday, May 10, 2011

Gadis Remaja.

Cuaca pagi ini agak sejuk. Hujan turun renyai-renyai menjadikan suasana sangat-sangat nyaman. Kami keluar rumah dan bertolak ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi. Agak lambat sebenarnya. Tapi oleh kerana Taman Cempaka ke Bandaraya Johor Bahru tidaklah berapa jauh, jadi sempat jugaklah aku tiba di Pejabat sebelum jam 8.00 pagi.

Seperti biasa, Wahid akan memandu di sebelah kanan. Manakala aku akan melilau melihat gelagat manusia di kerusi penumpang sebelah kiri. Mata tertangkap pada seorang gadis berbaju sekolah tanpa tudung, berambut blonde, kancing baju terbuka membuktikan beliau adalah seorang yang seksi, berdiri megah menunggu bas (atau mungkin boyfriend) sambil tangan kanan tersisip sebatang rokok!

"Bodoh nak mampus. Pagi-pagi dah rosakkan mood aku."

Ayat itu terpacul keluar secara automatik dari mulut aku. Menambahkan beban di bahu sebelah kiri yang sudah siap sedia berat.

Wahid tanya kenapa. Dan aku jelaskan padanya apa yang aku nampak sebentar tadi. Wahid terdiam taktau nak kata apa. Mungkin ayat terbaik ialah selawat dan minta dijauhkan dari kami, anak-anak serta keturunan yang mendatang.

Jika aku diberikan kesempatan untuk berjumpa dan berikan sedikit tazkirah percuma tentang erti hidup kepada gadis berkenaan, akan aku gunakan sebaik yang mungkin.

"Adik, kalaulah engkau tahu betapa hidup ini amat-amat berharga sehingga tidak ternilai dengan apa-apa pon, engkau tak akan menjatuhkan maruah kau serendah itu di khalayak ramai. Engkau tau tak, berapa ramai yang memandang kau tadi dengan perasaan marah, sinis dan menyampah? Mungkin engkau tak malu dan mampu buat muka bodoh. Tapi, cuba fikirkan Emak dan Ayah kau. Malu mereka kau tahu?"

"Kalaulah engkau dapat lihat kebahagiaan masa akan datang dan segala apa yang akan terjadi dalam hidup engkau nanti, tentu kau rasa menyesal dengan apa yang telah engkau lakukan sekarang. Engkau rasakan hidup kau sangat bebas kini. Engkau rasakan hidup kau cukup bagus kini. Tapi hakikatnya kau belum berdepan dengan dunia sebenar. Dunia sebenar adalah sangat-sangat berbeza dengan segala apa keseronokan yang kau lalui sekarang."

"Suatu hari nanti, bila engkau sudah ada di landasan yang sebenar, yang mana hidup kau sangat-sangat-sangat-sangat-sangat bermakna dan kau tak mahu mensia-siakan satu saat pon yang berlalu, engkau akan memandang ke belakang sambil menunduk kepala. Kau akan menangis memikirkan betapa bodoh dan hancurnya dunia kau yang dulu. Betapa engkau mahu memutar masa dan memperbaiki setiap apa yang hancur, berlubang dan rapuh."

"Menyesal adalah satu perasaan yang akan menghantui diri kau sepanjang hidup. Ianya takkan habis dan akan sentiasa datang pada saat-saat yang memuncak. Waktu itu, engkau akan rasakan alangkah bagusnya jika hidup ini ada butang 'Undo' yang boleh engkau tekan banyak kali hingga kau berpuas hati. Engkau akan berdoa setiap hari agar diberikan ketenangan hati dan minta ditarik semua memori hitam yang berlalu."

"Percayalah dik, apa sahaja perkara yang kau lakukan sekarang, yang kau rasakan sangat-sangat hebat di mata kau dan rakan-rakan, ianya akan tercampak semula ke muka kau satu hari nanti. Segala palitan debu dan lumpur serta apa sahaja kotoran di hati tidak mampu hilang dengan bancuhan Clorox pon. Memori hitam akan sentiasa bermain di ingatan. Dan kau akan dihantui rasa menyesal yang membeban....."

********************

Haihhh. Aku tahu yang aku belum cukup layak untuk berikan apa jua tazkirah hidup. Aku juga masih sedang membaiki diri. Membaiki hidup. Membina keyakinan. Sedang berusaha membuang apa jua memori-memori yang gelap.

Tapi percayalah, ianya bukan mudah. Berlawan dengan jiwa dan perasaan. Berlawan dengan tangisan. Berlawan dengan segala yang lepas. Segalanya untuk membina kehidupan yang lebih baik. Hidup masa depan tanpa penyesalan. Aku terlalu harapkan itu.

I wish, I could turn back times. Kalaulah.....



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Hannah Johary commented on Gadis Remaja. - http://myaishah.blogspot.com/:

    Rasa nak nangis. Been there, done that. But I believe, experience makes us wiser. Moga dia tidak terlajak jauh, & sempat kembali ke pangkal jalan untuk menikmati kebahagiaan hidup yang kita sedang kecapi. Or lebih lagi. InsyaAllah.

    Time tu agaknya kalau you turun kereta cakap macam ni kat dia pun dia tak nak dengar, kan? Teringat dulu time remaja keras hati gila-gila punya. Hehe.
    My recent post Mothers Day 2011

    Email: hannahjohary@hotmail.com
    Site/Blog URL: http://hannahjohary.blogspot.com
    IP address: 210.118.108.254
    Go to comment

    ReplyDelete
  2. fashya commented on Gadis Remaja. - http://myaishah.blogspot.com/:

    SubhanaAllah.....
    Semoga segala yang negative dijauhkan dari anak-anak kita. Amin
    My recent post Second Celebration

    Email: n_fashya@yahoo.com
    Site/Blog URL: http://ayhsaf-nur.blogspot.com
    IP address: 161.139.220.121
    Go to comment

    ReplyDelete
  3. nanie commented on Gadis Remaja. - http://myaishah.blogspot.com/:

    tapi, masa gelap itulah yang menjadikan kita sedar ^^
    My recent post stereotype dan duit

    Site/Blog URL: http://mrsdetective.blogspot.com/
    IP address: 203.82.80.89
    Go to comment

    ReplyDelete
  4. dayu commented on Gadis Remaja. - http://myaishah.blogspot.com/:

    mcm kita muda2 dulu
    buat keputusan byk tk pikir panjang
    mmg kalau berpeluang nak tegur org.. akan cuba tegur
    tp takut disalaherti
    sbb tu ramai amik keputusan..biarlah dia

    dan itu lah sebab makin ramai yg mcm adik kat bus stop tu

    Site/Blog URL: http://dayuyuna.blogspot.com/
    IP address: 202.46.114.42
    Go to comment

    ReplyDelete
  5. AiniQ commented on Gadis Remaja. - http://myaishah.blogspot.com/:

    membaca sambil tersenyum. Otak start flash back masa lampau...tiba2 tak mampu senyum dah... TEEETTTTTT!!!

    Great entry :)

    Email: ainiqmy84@hotmail.com
    IP address: 175.144.124.68
    Go to comment

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015