Aku rasa, aku belum pernah come out dengan entry kenapa aku memilih 'Nashrah' dan 'Nashriq'. Entah kenapa, harini tiba-tiba nak buat pulak. Aku rasa, aku perlu mengabadikan sesuatu untuk mereka berdua dalam satu entry yang sama. Sebab aku selalu rasa, dalam Nashriq ada Nashrah.
Nur Anis Nashrah
Cahaya, Teman Rapat, Yang Melapangkan Dada
As we planned, untuk anak perempuan memang kami nak letak 'Nur Anis' sebagai pangkalnya. Manakala anak lelaki pulak kami akan letak 'Muhammad Anas'. Taktau lah kenapa kami suka sangat dengan 'Anis dan Anas' tu. Tapi yang pastinya, huruf 'A' itu untuk mewakili ayahnya - Abdul Wahid.
Jadi, bagi menampakkan keseimbangan dan keadilan yang maksima, pangkal huruf 'N' pula telah dipilih bagi mewakili nama aku - Nor Aishah. Jadi nampak fair lah kan ada sikit huruf nama mewakili Ayah, ada sikit huruf mewakili nama Mama. Cheh wah.
Dan yang macam aku pernah mention dalam entry ini dulu, I don't really expect my first baby will be a Girl. Wah, cakap omputih tau. Tapi memang betul. Aku terlalu banyak meng-google nama bayi lelaki sampaikan spare dua tiga nama untuk baby boy sahaja. Macam konfiden aje kan yang keluar nanti lelaki.
So, bila aku telah selamat bersalin dan ahli keluarga yang lain semua sibuk di Tanah Perkuburan menguruskan jenazah anak tercinta itu, aku pon SMS suami dan beberapa ahli keluarga untuk beritahu nama yang aku pilih secara tiba-tiba.
"Tolong namakan dia Nur Anis Nashrah"
Tanpa dirancang. Tanpa perbincangan. Itulah nama yang aku pilih secara tiba-tiba. Idea datang entah dari mana. Mungkin sebab aku suka dengan Surah Al-Insyirah (Alam Nashrah).
Bila aku mengandung kali kedua, aku spare dua nama bayi lelaki sebab setiap kali scan doktor cakap gender adalah boy. Tapi ada jugaklah spare satu nama bayi perempuan sebab takut-takut tersilap scan ke ape kan? Tapi secara jujurnya, aku cenderung bukan kepada nama 'Nashriq' tapi kepada 'N' yang lagi satu tu. Entah kenapa, 'N' yang lagi satu tu bukan main kuat lagi tarikkannya.
Nak dijadikan cerita, masa tu Puan Dayu ada mintak vote Eisya kat laman web mana entah. Dah lupa sebab dah lama sangat. So, aku pon merajinkan diri menge-vote Eisya banyak-banyak kali. Melilau punya melilau tengok gambar baby banyak-banyak, terpandanglah aku satu nama yang aku cakap tarikannya kuat tadi. "Anas N....."
Alamak. Dah ada yang punya rupanya nama ini. T___T
So, aku pon berpatah lah balik kepada 'Nashriq'. Bukan sebab mengada tak nak nama anak sama dengan orang lain ke apa. Tapi entah. Dah jodoh Nashriq dengan nama 'Nashriq', kot. Hahahaha.
Nama Nashriq ni aku dapat dari rasa rindu aku kepada Nashrah. Sebab tu pada mulanya, KALAU BOLEH aku nak mengelak dari nama ini. Tak naklah terbawa-bawa perasaan rindu kat Nashrah. Kononnya nak pilih 'N' yang lagi satu. Tapi as I mentioned before (wah cakap omputih lagi), dah tertulis di 'sana' bahawa budak kecik ini namanya Nashriq. Jadi, Nashriq lah namanya.
Muhammad Anas Nashriq
Yang Terpuji, Cinta - Kasih - Mesra - Periang, Yang Menyerlah
Aku pilih 'Nashriq' secara rambang. Nak dekat dengan nama Nashrah, kononnya. Aku google maksud 'Nashriq', dan jumpa maksudnya kat blog seseorang (tak ingat dah blog mana). Dan dia kata, maksud nama Nashriq ni, Yang Menyerlah.
Tapi, demi untuk tidak menyambil lewa, aku pon tanyakan pada seorang Ustaz kat sekolah aku ni dan minta dia carikan maksud 'Nashriq'. Sepantas kilat beliau menjawab, Telah Terbit. Aku agak terkejut. Sebab pertama, cepat sangat dia dapat maknanya. Dan yang kedua, beliau kelihatan sangat-sangat pasti.
Jawapan mudah Ustaz berkenaan, "Ashrokal badru alaina....."
Tapi aku argue lah sikit. Sebab jauh benar sebutan 'Nashriq' dan 'Ashrokal' tu.
Jawapan Ustaz tu lagi, "Bahasa Arab ni mudah. Dia ada banyak perkataan tapi maksudnya satu. Yang penting ejaan Jawi. Maksudnya banyak. Mungkin boleh jadi 'Telah Terbit.' Mungkin boleh jadi 'Yang Menyerlah'. Mungkin juga boleh jadi 'Telah Naik'."
Dan setelah berpuas hati, maka final lah aku memilih 'Nashriq'. Bila first time aku dapat pegang budak kecik tu masa hari kelahiran beliau, terus aku panggil Nashriq. Dah takde dah fikir nama-nama lain. :))
Kalau kat rumah Emak aku, semua ahli keluarga panggil Anas. Emak aku lagi sedap, dia tak pandai nak sebut Anas Nashriq. Jadi bila dia agah Nashriq, dia akan sebut, "ANASRIQQQQ". Hahahaha. Tak kisahlah Emak. Asal sedap bunyinya.
Kat rumah mertua pulak, ada yang panggil Anas, ada yang panggil Nashriq. Kadang-kadang nak feeling omputih panggil Eric. Wahhhh. Ada nama omputih tau anak aku. Muahahahahaha. Kalau kat sekolah pulak, makcik jaga tu panggil Nash. Macam penyanyi Nash pulak dah.
Aku dan suami pulak panggil Nashriq lah kan. Kalau nak panjang sikit, panggil Anas Nashriq. Kadang kalau nak manja-manja mengada, panggil Nachik. Tapi tak boleh selalu takut melekat sampai ke besar. Kang naya pulak kang dia kenalkan diri dia Nachik. Hehehehehe.
Haaa. Itulah serba sedikit sejarah nama Nashrah dan Nashriq. Memula tadi aku nak tulis ringkas-ringkas aje. Taktau pulak terpanjang cam gini sekali. Aku memang selalu ah camni. Gian nak menulis sampai syok sendiri.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
m@ri@ commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDelete2 2 nash..;) yg ke 3 nash ape aishah?hehe..
My recent post gigi bongsu
Site/Blog URL: http://w0rld0fmin3.blogspot.com
IP address: 203.126.136.142
Go to comment
Hannah Johary commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteTak rasa panjang bila baca entry Aishah. Sebab khusyuk. Tau-tau dah habis, & setiap inti masuk ke otak. Kan bagus kalau membaca macam ni kat tempat kerja, mesti cemerlang gila punya. :P
My recent post Kisah Cinta Terindah
Email: hannahjohary@hotmail.com
Site/Blog URL: http://hannahjohary.blogspot.com
IP address: 210.118.108.254
Go to comment
dayu commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletetak sangka cha dan aunty dayu pun boleh terlibat sama dalam proses pemilihan nama awak la nachik.. eh bukan.. Nash.. ehhh tak best lah Nash, eric lah
heheheheheh(:
Site/Blog URL: http://dayuyuna.blogspot.com/
IP address: 202.46.114.42
Go to comment
yantie commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletekite pun suke nama anis dan anas..dari dulu..ntah mcm sedap je..
Email: yantieazan@yahoo.com
IP address: 118.100.237.157
Go to comment
fahreen_fredo commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteReen mase mule2 sekali dapat tau name Nashriq as Nashriq. Terpempan. Terkedu. rase macam MasyaAllah sedapnye name dia. anak reen name biase jek. punyelah tak carik name kat mane2. Iskkk mudah betul reen namekan anak T__T
tapi name anak2 akak memang sedap2 belaka. penuh dengan makna yang paling penting.
Email: fahreen_bc@yahoo.com
IP address: 115.133.250.63
Go to comment
dayu commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteklau tak silap pa ma kot.. yng boleh kilk sehari berkali-kali tu (:
Site/Blog URL: http://dayuyuna.blogspot.com/
IP address: 202.46.114.42
Go to comment
nur ez commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteowh gitu ke kisahnya.. maksud baik n mudah2an anak2 ini selalu memperolehi kebaikan drNya
Email: nureize@yahoo.com
Site/Blog URL: http://easyni.blogspot.com
IP address: 133.9.49.250
Go to comment
Misha commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletekalau esk basr Nashriq feeling omputeh, panggil Eric. Kalau feeling penyanyi terkenal, kenalkan diri dgn nama Nash. kalau nak feeling manja kedik2, kenalkan nama dgn Nachik. wahhhh..byknye nama pggln!! :)
My recent post Wordless Wednesday 11
Email: shazleenz@gmail.com
Site/Blog URL: http://mishawads.blogspot.com
IP address: 60.54.178.118
Go to comment
sharena commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletehehehe..suke je bace sampai habis..hihi
Nashriq sama macam Nashrah...dekat2 dgn Naurah...
I like =D
My recent post My Mothers Day 2011
Email: sitisharena@gmail.com
Site/Blog URL: http://teppeijourney.blogspot.com/
IP address: 202.168.64.76
Go to comment
nanie commented on Behind The Names. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletenachik comey!
My recent post IPTA vs MATRIX
Site/Blog URL: http://mrsdetective.blogspot.com/
IP address: 203.82.92.30
Go to comment
Nama mcm saya Amirul Nashriq 😊
ReplyDeleteAssalamualaikum lps bca ni sy letak nama anak saya Muhammad annas nasyriq.... Skrg dah 3 thun lebih.... Sgt cepat berbicara n petah😁😁😁😁
ReplyDelete