Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Emak saya yang berada di rumah. Saya harap beliau akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saya nak Emak saya tahu bahawa saya sangat sayangkan dia. Saya sayangkan Emak lebih dari segalanya di dunia ini. Dari rahim beliau saya lahir dan keluar melihat dunia. Terima kasih atas penat lelah serta sakit pening mengendong saya. Terima kasih juga kerana susah payah membesarkan saya dan sentiasa memastikan segala keperluan saya dipenuhi. Terima kasih kerana sentiasa memanjakan saya dengan belaian dan peluk cium walau saya sudah ada suami dan ada anak seorang. Terima kasih Emak. Emak adalah segala-segalanya.
Ucapan Selamat Hari Ibu yang seterusnya saya tujukan khas buat Ibu Mertua saya yang berada di Taman Puteri Wangsa. Saya tahu yang saya bukanlah menantu yang baik. Malah saya tahu yang saya seorang menantu yang 'hantu'. Heeeee. Tapi saya comel (???) dan saya sangat sayang Ibu Mertua saya. Selamat Hari Ibu, Ibu. Terima kasih kerana menjadi seorang Ibu Mertua yang baik dan sporting. Aishah sayang Ibu sangat. :))
Ucapan Selamat Hari Ibu yang ketiga ini saya tuju buat diri saya sendiri. Oleh kerana Anas Nashriq masih kecik dan hanya tahu bercakap 'bababababababa', maka saya anggap yang beliau memberikan ucapan ikhlas beserta semburan air liur merembes-rembes ke muka Mama dia ini. Terima kasih Anas Nashriq sebab menjadikan dunia Mama sangat-sangat lengkap. Kerana Anas Nashriq, Mama kini mampu meraikan sambutan Hari Ibu walau tak ada hadiah yang istimewa dan spesifik dari Nashriq. Takpe, mungkin tahun depan Nashriq boleh pakat dengan Ayah untuk hadiahkan Mama sebuah Banglo. Ingat ye? SEBUAH BANGLO.
Dan terakhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia yang memahami tulisan saya ini. Kalau omputih baca tapi tak faham, itu masalah mereka (???). Saya doakan anda-anda semua diberikan kesihatan yang baik-baik serta diberikan kekuatan agar dapat membesarkan serta mendidik anak-anak anda sebaik yang mungkin. Berusaha untuk berikan didikan dan kasih sayang yang terbaik untuk anak kita agar mereka bisa hidup sejahtera di dunia dan akhirat. Insya-Allah.
Dan sebelum anda menutup blog saya ini, saya minta kita baca bersama doa di bawah ini.
"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil."
P/S : Cita-cita dulu nak jadi Ustazah. Heeee. :))
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
kenot tahan bile
ReplyDeleteTakpe, mungkin tahun depan Nashriq boleh pakat dengan Ayah untuk hadiahkan Mama sebuah Banglo. Ingat ye? SEBUAH BANGLO.
hahahaha!!! lawak gile!!
Selamat Hari Ibu Kak Aishah! U mean a lot to me :)
Hahaha comel gila ucapan!
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu to you & me too. Tak sabar nak tunggu Myiesha pandai main piano then call me at work then bila saya "Hello?", yang kedengaran hanya bunyi dentingan piano lagu Happy Birthday.
Then saya menangis sambil pegang handphone. :')
HAHA,Aishah! Entri yang comel, sempoi dan kelakar tapi sangat bermakna.:)
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu jugak untuk Aishah.
selamat hari ibu jg.. doa y berpanjangan ;)
ReplyDeleteHappy Mothers Day, Aishah!.
ReplyDelete;)
selamat hari ibu juga untuk aishah
ReplyDeleteya allah
tak sabarnya nak anak besar dan dgr dia sendiri wish kat kita