Fasa hidup manusia sentiasa berubah-ubah. Sama ada kau suka atau tidak, you have to face it. Bermula dari zaman kanak-kanak membawa ke fasa hidup yang kini, fasa yang mana paling korang suka?
Zaman kanak-kanak aku sangat menyeronokkan. Dibesarkan di sebuah Kuarters Kerajaan bersama-sama keadaan sekeliling yang terbuka. Di sinilah tempatnya tumpah darah, jatuh bangun. Bersekolah tadika di sini. Bermain 'pondok-pondok' dan 'cikgu-cikgu'. Di petang hari memanjat 'gelung' di taman permainan. Berkumpul bercerita kisah hantu dan akhirnya diakhiri dengan jerit pekik serta lingkang pukang berlari. Masa lapang diisi dengan bermain di dalam semak dan mencari 'lady bird'. Segalanya indah bila dikenang kembali. Di sinilah bagaimana aku kenal erti sahabat.
Meninggalkan Kuarters Hospital Sultanah Aminah (sekarang dah roboh) dan berpindah ke Taman Cempaka setelah Arwah Abah bersara. Ketika itu usia aku 8 tahun. Memulakan persahabatan di usia ini bukanlah perkara yang sukar. Join main 'getah' dan terlompat-lompat di bawah blok sudah cukup menjadikan kami serasi bersama. Bermain 'belon acah' (read : galah panjang), main rounders, main baling selipar, main sembunyi ibu, semuanya menjadikan kami teguh dan saling sayang antara satu sama lain. Membesar bersama disulami gaduh dan maaf, gurauan dan kecil hati. Hinggalah usia menginjak remaja. :)
Zaman remaja yang tidak berapa enak untuk diungkit. Selain zaman persekolahan serta rakan-rakan yang 'gila', tiada apa yang ingin aku ulang. Zaman hitam aku bermula di fasa ini. Berjinak dengan dunia MiRC, bertukar nombor telefon dan akhirnya pelajaran terabai. Dunia aku hanya MiRC ketika itu. Jiwa remaja yang bergelora mula bangkit. Aku berubah menjadi seseorang yang 'bodoh'. Bukan sahaja bodoh dari segi ilmu, malah bodoh dalam melangkah memilih hidup.
Akhirnya aku menapak ke fasa pekerjaan. Dari seorang minah kilang, aku beralih kepada kerani kedai. Dan sebelum aku di sini (kini), aku pernah bekerja di sebuah syarikat perkapalan yang mana banyak mengajar aku erti hidup. Kematangan aku bermula di sini. Di usia 21 tahun. Aku berkawan dengan ramai orang. Aku melihat banyak ragam manusia. Aku belajar mengenai hidup. Aku cedok sebanyak mungkin pengalaman serta pandangan. Aku belajar erti persahabatan yang sebenar. Bonding yang terbina, sangat kuat dan utuh.
Dan aku kini, berada dalam satu fasa yang paling mencabar. Alam perkahwinan dan keibu-bapaan. Dari luaran, semuanya tampak indah dan menyeronokkan. Yes, it is. Tapi dugaan dan cabarannya bukan calan-calang. Betapa kuatnya dugaan bak Tsunami tinggi yang cuba menghancurkan benteng yang dibina. Cabaran yang tak tercapai dek akal.
Bercinta dan berkahwin tak sama, sayang. Tengok anak orang comel alololololo tak sama macam engkau ada anak sendiri. Nampak dari luar berbeza daripada apa yang dihadapi sendiri. Perkara ini terlalu sensitif untuk dibicarakan. Aku rasa, ramai wanita yang dah melalui fasa ini faham maksud aku. Korang rasakan perbezaannya?
But yet, aku still akan katakan bahawa Fasa Perkahwinan dan Keibu-bapaan ini adalah yang paling terbaik sepanjang hidup aku. Bergaduh suami isteri kemudian bermaaf-maafan adalah sesuatu yang normal dalam rumahtangga. Betapa engkau perlu semat dalam hati, bahawa 'ini Syurga aku dan aku harus bersama Syurga ini sampai mati'.
Bila seluruh dunia mengeji dan mengherdik, engkau harus tahu dan yakin bahawa 'Syurga' ini akan teguh berdiri bersama sambil memeluk erat dan segala tangisan akan segera hilang.
Nampak comel kan bila aku bagi Tazkirah? :p
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Tengok anak orang comel alololololo tak sama macam engkau ada anak sendiri.- ayat ni comel gila..hahahhaa
ReplyDeleteini Syurga aku dan aku harus bersama Syurga ini sampai mati'.
-ayat ni best!
saya sukaaaaaaaaaaaaaaa takzirah hari ini...!!! <3 <3 <3
ReplyDeleteaishah tak bagi tazkirah pun comel..hehe...
ReplyDeleteustazah aishah yg comel..ayat syurga tu i like..;)
terima kasih kerana mengingatkan sy tentang syurga sy..hehe..
tersentuh seketika.....
ReplyDeletekerana syurga itu
insaf :)
ReplyDeleteentry kak aishah x penah boring dibaca.
sweet...;)
ReplyDeleteLIKE LIKE LIKE
ReplyDeletetak pernah alami lagi ^^
ReplyDeleteElok2 tgh feeling nak insaf, sampai part ayat 'Nampak comel kan bila aku bagi Tazkirah?' terus gelak terkekek-kekek.
ReplyDeleteSuka entry Aishah Rahim walau tazkirah atau lepas geram. Sebab semuanya comel.
ReplyDeleteHAHAHAHA.
byk ayat2 best aishah bagi arini
ReplyDeleteok..mmg comel lah tazkirah ni
*tazkirah ke aishah yg comel?? hhmmm..nashriq lah comel!!!
aishah, tiap2 minggu pick one day and bagi tazkirah eh...