Wednesday, April 13, 2011

Pemakanan Sewaktu Mengandung.

Dah lama gila tak keluar dengan entry berfaedah. Asyik keluar entry yang entah hape-hape. Oleh yang demikian, kerana takut status blogger ditarik balik (macam bagus je kan cakap cam gini), maka aku mendapat satu idea untuk come out with this entry. Taraaaaa.

Korang. Korang. Korang.

Korang makan vitamin apa ye sepanjang mengandung? Macam aku kan, aku makan beberapa jenis vitamin ni masa mengandungkan Arwah Nashrah dan Nashriq. Meh aku list up kan eh?

1) Vitamin C (Bekalan Klinik Kesihatan)
2) Folic Acid (Bekalan Klinik Kesihatan)
3) Iron (Bekalan Klinik Kesihatan)
4) Vitamin B Complex (Bekalan Klinik Kesihatan)
5) Spirulina (Beli - brand Kordel)

5 vitamin kat atas tu memang aku amalkan sejak mengandungkan Nashrah lagi. Sampailah mengandungkan Nashriq pon makan benda yang sama. Non-stop. Tanpa jemu. Tak pernah missed. Echeh berbunyi berlagak di situ. :p

6) Multi-Vitamin (Bekalan Klinik Swasta)
7) Kalsium (Bekalan Klinik Swasta)
8) Neuro-Gain PB (Bekalan Klinik Swasta)

3 vitamin yang atas ni pulak aku makan masa mengandungkan Nashriq. Oleh kerana kerisauan yang lebih lepas kejadian Arwah Nashrah dulu, kami suami isteri bertindak dengan membuat back-up check sebab suami nak dengar dan tengok sendiri keadaan anak dia. Itu yang kena makan berkepok-kepok ubat termasuk yang Klinik Kesihatan bagi tu.

9) Salindah B1 - B3

Yang Salindah ni pon, aku makan masa mengandungkan Nashriq aje. Sebab masa mengandungkan Arwah Nashrah dulu, ada orang-orang yang bercerita kalau makan Salindah nanti anak hyper-active. Jadi aku pon takut. Bila mengandungkan Nashriq, persepsi berubah dan rasanya ada anak yang hyper-active adalah best. Jadi, aku pon amiklah Salindah dari botol B1 hingga ke botol B3.

Apakah hasilnya vitamin-vitamin di atas?

Aku susah nak cakap sebab peningkatan setiap bayi adalah berlainan. Tapi apa yang aku boleh katakan, Nashriq punya tulang memang keras Nauzubillah. Usia sebulan lebih dah boleh tegak kepala masa didudukkan. Kalau susukan dia, lengan yang pangku kepala dia ni boleh lenguh, bisa, bengkak dan kadang-kadang sampai lebam!

Dari segi peningkatan minda, aku boleh katakan yang Nashriq agak cepat belajar. Mudah diajar dan senang belajar. Suka explore rumah (ini semua budak pon suka kan?), dan agak peramah atau dalam erti kata lain mesra rakyat. Nampak benda baru, dia akan tegur. Nampak benda pelik, dia nak pegang.

Baiklah, tak payah up anak lebih-lebih. Nanti pembaca muntah. :p

Bagi memendekkan entry, boleh tak kita sama-sama share apa yang korang makan during your pregnancy? Ubat apa? Vitamin apa? Susu apa? Makanan berkhasiat apa?

Can you? Can you? Sharing is caring kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

13 comments:

  1. okay nak kongsi lah jugak ape yang reen makan kan.

    ubat ubatan same macam akak makan. cuma salindah x penah try. sebab x penah tau. next time mesti cuba. boleh amalkan minum susu ensure. macam dalam entry2 chika pasal pregnancy dia dulu. rasenye memang elok makan ubat macam dia makan tu. reen bab makan semua balun. cuma kurang selera sket. tuh jek x best. yang lain makanan macam biase. amek yang berkhasiat. lebihkan susu. rajin makan vitamin, ubat semua lah kot.

    salindah tuh memang best ek? nak try ah untuk adek fahrin nanti :P

    ReplyDelete
  2. oh waktu me pregnantkan azryl dahulu hospital pusrawi and hospital kampung baru dah tak benarkan ibu ibu mengandung amik salindah as..banyak kejadian tumpah darah yang mengakibatkan rahim di buang terus berlaku.


    So i think better follow dr advise...
    Kalu neurogain folic acid tu tak jadi masalah ..apatah lagi fish oil.

    ReplyDelete
  3. salam.. akak dulu masa peknenkan luqman selalu minum susu alpha lipid. pastu amik organic food melilea yg sgt tak sedap rasanya tu.. sebab akak tak makan sayur sangat.. hehehe.. vitamin amik obimin dengan kalsium yg dokto bagi jer..

    ReplyDelete
  4. yana makan obimin..mmg setia la ngn obimin..sampai nk beranak pun telan lg..
    pastu makan vegivera 9serbuk daun gandum) jenama zhulian..makan soya juga dr zhulian(yg ni mak cakap nk anak putih sila la makan..hurrmmm nk tak nk sumbat jer la bila mak dh beli)

    pastu makan jus pompure(jus buah delima)..org kata utk elakkan anak kuning..mmg husna xkuning masa lahir

    itu jer la, ubat klinik satu xmakan sbb dh amik obimin

    ReplyDelete
  5. yaya nak share jugak.
    dulu makan ubat-ubat dokter bagi. lepas tu yaya selalu makan madu kawan ayah bagi dari mekah. lepas tu minum air kurma hari2 sampai nak muntah.haha.

    hopefully Auf nanti jadi anak yang mendengar kata.:)

    ReplyDelete
  6. maria makan vitamin yg klinik kesihatan bagi..pastu makan neurogain beli kat farmasi..utk susu maria minum susu dutch lady yg kotak tu..ubat tu ada on ada off..haha..maria ni bab makan ubat mmg susah..padan muka maria sbb anak nk mkn ubat skrg seksa gila..dia luah balik..huhu..

    ReplyDelete
  7. preggy di nippon. doc sini selamba je x advise any vitamins. mgkn dia anggap kita tau pilih sendiri kut. ;)

    ReplyDelete
  8. nak kongsi jugaklah.
    trimester pertama makan Vit B dgn Asid Folik, bila dah masuk trimester ke 2 dan 3 makan obimin, zat besi je. Pastu adela makan minyak ikan tu. neurogain ke ape nama dia tu. Yang lain takde kot, kurma kismis tu selalulah makan. Tapi paling tak suka minum susu masa pregnant. Loya ya amat.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....wah sonok tgk Aisyah berblog sakan semula....selama ni duk jadi silent reader kok menyampuk pun ada la sekali kut tinggal komen. So, berhubung tajuk n3 kali ni...ermmm saya makan semua vitamin yg klinik kerajaan bagi (which is sgt baik & memberikan kesan sgt ketara +ve buat saya & kandungan) selain tu air zam2, kismis & badam stand by dalam botol sebelah katil & akan makan tiap2 hari b4 tido & ketika bangun pagi. In fact masa bersahur pun tibai makan ni aja kalau tak larat (malas) nk turun bersahur kat bawah... :D kini, anak dah nak masuk 6 bulan...Syukur Alhamdulillah...kesihatan...kecerdikan yang Tuhan bagi pada anak saya mudah-mudahan berkekalan samapi dia dewasa kelak (wahhh 'kelak'! ngko!) itu aja buat kali ni semoga bertemu di n3 akan datang...daaaa....(eh blog aku ke blog org ni kan main hover...huhuhuhu)

    ReplyDelete
  10. salam aisyah,
    asyik jadi silent reader je teringin pulak nak reply untuk entry ni..

    anak first saya makan supplement yang doktor bekalkan. Those yang basic. obimin & calcium lactate. Anak 2nd pulak saya makan supplement brand nutrilite. b complex, bio c, multivitamin, lecithin e, protein powder & calcium magnesium. alhamdulillah utk pregnant yang 2nd tu kurang rasa letih. anak no 2 pulak nampaknya lebih cepat belajar.

    meniarap sebelum 2 bulan. banyak cakap. sangat aktif. sampai sekarang pun saya still makan supplement tu sbb masih breastfeed anak.

    ourkizuna

    ReplyDelete
  11. afni pun makan semua vitamin tu. tapi afni selalu amalkan minum jus guava. doc ckp bagus untuk baby..

    ReplyDelete
  12. hi aishah..
    kite dulu pun makan vitamin2 yg klinik kerajaan tu bagi dengan patuh trimester pertama je..pastu dah langkau..pastu makan hentam je..rase nak makan makan je..haha..jgn diikut ye..;)

    ReplyDelete
  13. salam kenal dya follower sini iyer..jemput singgah my blog ya..
    akk obimin tue bile bole mula makan iyer??
    tq !

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015