Monday, May 24, 2010

Jantina.

26 Minggu 5 Hari.
Alhamdulillah.


Masa 1st pregnancy dulu, kami (aku dan Wahid) memang sangat-sangat mengharapkan anak lelaki. Aku ni kolot sikit. Pemikiran aku terikat dengan benda-benda bodoh. Aku selalu fikir dapat anak lelaki untuk 1st child adalah bagus. Nanti anak lelaki boleh jaga mak bapak bila dah tua. Anak lelaki boleh lindungi keluarga. Anak lelaki bagus dan bla bla bla.

Bodoh betul aku ni, kan?

Bila saatnya Nashrah keluar dan jururawat yang menyambut menunjukkan 'anu'nya pada aku yang separuh lalok, serius aku tergamam. Tak dapat describe macam mana punya perasaan time tu. Rasa bersalah. Rasa sedih. Rasa berdosa. Semuanya ada.

Wahid :
"Anak pertama kita perempuan Ma. PEREMPUAN."

T_____T

Wahid pon rasa perasaan yang sama macam aku. Rasa bersalah yang amat sangat terhadap Nashrah. Agaknya, Nashrah merajuk dengan kami. Mama dan Ayah-nya sibuk sangat nak anak lelaki. Nashrah rasa dipinggirkan. Nashrah rasa tidak diperlukan. Mungkin.

Inilah satu perkara yang buat aku tak boleh kering airmata. Tiap kali flashback saat-saat dalam labor room masa jururawat tunjukkan jantina Nashrah, aku mesti menangis. Jahatnya aku sebagai seorang Mak yang memilih-milih anak.

Hinggalah pregnancy yang sekarang ni, aku dan Wahid tak berani buka cerita pasal jantina. Bila orang sekeliling cuba nak main teka-teka, aku pekakkan telinga. Aku takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali.

P/S : Entry ini untuk mengingatkan diri aku sendiri.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. besnye tgk pic scan...teringat time pregnant dulu...moments yg plg indah... ;) rasa nk pregnant lg...tp nanti dulu la...cam ngeri...eheheh

    ReplyDelete
  2. aku suka entri ni. peringatan untuk aku jugak.

    ReplyDelete
  3. Sumtimes kita kena redha dgn anugerah yg Allah nk bagi... dia nk bg zuriat pon dh syukur tk terhingga... Aduh, mmg peringatan utk diri sendiri jugak ni..

    ReplyDelete
  4. bile bc entry aisha nie teringt ms mun peknen dulu..tak penah pown terpikir nak anak laki or pompuan...bagi kami cukuplah jika anak itu sihat sempurna...tapi orang keliling sibuk duk tnye gender baby kami...laki ker???pompuan ker???... kami just pekakkan telinga jer...

    ReplyDelete
  5. sama la saya dgn mun, tak penah nak tau gender baby..
    mmg dri mula mmg taknak tau, n bila scan pun tak penah nmpk..so pasrah je la anak apa yg keluar, terima seadanya...
    nway, jaga kandungan baik2 ye...

    ReplyDelete
  6. masa nasrah dulu mmg aishah tak tau ke jantina dia??
    takpe lah aisah, kita belajar dr pengalaman kan. tu yg terbaik..
    insya allah.. smua akan selamat. jgn risau

    ReplyDelete
  7. moga dia rezeki kakchik... :))

    ReplyDelete
  8. ni lah hadiah hikmah kesedihan akak. kita move on dengan penyesalan yang lalu :)

    ReplyDelete
  9. tempat kita scan samalah..tp sy blom nampak jantina...nanti awal bln 6 baru nk g scan lagi

    ReplyDelete
  10. Faizah : Ngeri eh? Tapi bila dah tengok baby mesti seronok kan?

    Qas : Peringatan untuk kita semua kan? :)

    Jehan : Iye. Sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang diberi. Allah nak kasi zuriat pon dah Alhamdulillah kan?

    Mun : Hehehehe. Aishah ni kolot sangat Mun. Asyik fikir jantina je masa tu.

    Mummy Darweena : Terima kasih ye? Insya-Allah akan jaga kandungan ni baik-baik.

    Dayu : Ha'ah. Masa Nashrah dulu memang tak tahu pon jantina dia ape. Scan-scan tak nampak. Dah tertulis macam gitu agaknya.

    Maria : Terima kasih Maria. :)

    Fidt : Thanks dear!

    Yonna : Terima kasih Yonna.

    Suvanila : Awak pon scan kat Perdana? Bagus kan doktornya? Saya suka sangat. Sangat-sangat prihatin Doktor Isa tu.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015