Tuesday, May 11, 2010

Breastfeed Tanpa Sayur?

Emosi aku serius punya tak stabil sekarang ni. Aku rasa macam nak nangis sepanjang masa. Aku tak mampu nak senyum ni weh. Dahi aku asyik berkerut aje. Aku malas nak angkat tangan. Aku malas nak angkat kaki. Ape kejadah ntah perangai buruk macam ni.

Aku takut nak lalui hari-hari yang mendatang. Aku pon tak tahu apa yang aku takut. Aku ni macam obses sangat dengan masalah agaknya. Asyik fikir masalah-masalah-masalah aje. Tapi penyelesaian masalah tak fikir pulak.

Semalam aku mimpi pasal breastfeed lagi. Aku asyik terjaga setiap jam kononnya nak bangun buat pumping session. Kau tengok? Tidur aku tak lena kerana benda yang entah apa apa. Aku ni suka fikir jauh sangat. Terlampau jauh. Badan aku penat melayan fikiran aku.

Nak pergi kerja pagi tadi, aku mengadu dengan Wahid.

"Orang nak full breastfeed. Tapi, tak ada siapa nak kasi semangat kat orang. "

Pastu muka pon memuncung tak pasal-pasal. Tiba-tiba rasa nak nangis. Rasa macam semua benda jatuh atas kepala. Padahal benda ni jauh sangat lagi. Tapi asyik fikir, fikir dan memikir.

Hari tu aku buat lawatan ke blog full breastfeed mommy. Sambil baca, aku print sekali sebab nak kasi memori aku kuat. Lagipon, boleh buat baca-baca kat rumah. Hasilnya, setiap malam aku baca artikel breastfeed yang sama, berulang kali.

Okeh. Inilah sebabnya.

Aku depress sebab aku terlalu mengharap.

Lagi satu. Lagi satu. Aku ni pembenci sayuran-sayuran yang tegar. AKU MEMANG TAK MAKAN SAYUR DARI KECIK. Inilah jugak masalah yang berlegar dalam kepala aku. Boleh ke aku breastfeed anak aku? Sedangkan aku tak makan sayur?

Mimpi aku malam tadi siap bercampur dengan azam nak memulakan hidup sihat memakan sayur-sayuran. Nak tambah nutrisi untuk susu badan lah kononnya. Tapi bila bangun tidur terus matikan azam tersebut.

Sepanjang mengandung ni pon, aku bergantung penuh pada Vitamin yang doktor bagi dan Spirulina aku beli kat farmasi. Aku minum air masak banyak-banyak. Pastu aku hadkan minuman sejuk dan manis. Air gas memang takde masuk dah dalam perut sejak kejadian yang dulu. So, aku rasa macam dah cukup sihat kot.

KOT?

Apa pendapat korang? Ada tak cara lain untuk aku tambahkan nutrisi susu badan tanpa aku perlu makan sayur? Vitamin apa yang korang makan? Susu ke? Supplement ke?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. xsemestinya xmkn sayur xblh nk bf dgn baik aishah,
    na ni lg la dlm pntang cume mkn ns kosong ikan pnggang tawar je..
    mulanya trfikir gak cmne nk ada susu yg berkhasiat kalau kite mkn tu je..
    tp Tuhan tu maha kaya,
    ank na ok je...
    cpt mbsr dgn sehatnya lg..
    na skrg pun still fully bf,
    cuma kdang2 klu xsempat ade la curik2 bg fm..hehe

    ape2 pun utk aishah..gud luck ok !

    ReplyDelete
  2. aisha..jgnla sedih2 ye dgn perkara2 yg menghantui fikirn kamu. nnt efek kat baby. dila sokong n support dgn niat breastfeed tu..bagus sgt. jgn mudah patah semangat ye aisha..tanamkan azam yg kuat dan semat erat2 dalm minda. dan cube set minda aisha bahawa sayur tu sedap,enak dan lazat. mesti boleh. mulakan dgn memakan sayur-sayuran ringkas seperti kubis,kangkong atau lobak. atau jika aisha x suke juga, try amalkan pengambilan sayuran salad.

    jika mmg xleh juga,bru pikir langkah lain seperti pengambilan supplement.minta farmasi suggestkan yg terbaik..gud luck n take care kawan..

    ReplyDelete
  3. maria pn tak mkn sayur..haha..apa yg maria makan??vitamin??nan ado..huhu...aishah tak makan sayur langsung ek?ganti dgn buah blh??

    ReplyDelete
  4. aishah...kite mase preggy selalu minum susu putih dutchlady....soya buah2 dan kurma....rasanya ok la kot utk tambah nutrisi....heee....

    ReplyDelete
  5. Nano : Nasi kosong dengan ikan panggang tawar? Tapi masih boleh ada susu? Okeh, sangat kagum!

    Dhila : Aishah pernah cuba nak makan sayur. Tapi memang tak boleh masuk. Tak tahu kenapa. Nak try-try jugaklah nanti.

    Maria : Aishah cuma makan sayur kacang panjang dan kobis aje. Sayur hijau cuma makan bayam. Buah tu makan. Tapi tak rajin. Hehehehe.

    Yaya : Saya pon makan kurma. Susu tak minum sebab haritu overweight. Ingat nak cari low fat punya susu, tapi tak suka pulak bau dia.

    ReplyDelete
  6. dear.. thanks droping by.. pray for me okeh..

    take a good care of urself.

    go go usaha makan sayur :)

    ReplyDelete
  7. aisha jgn lar risau sgt..skrg nie aisha ada amik acid folic x? kandungan asid folic dh tersgt complete utk ibu pregnant..aisha minum susu x? susu lg penting utk perbanyakkan kuantiti susu n memekatkan susu..

    aisha jgn pikir smua nie lg..skrg jg kesihatan aisha n baby..insyaALLAH ada lah rezkinyer nanti tuk bby aisha yg bakal lahir tuu..

    ReplyDelete
  8. aishah, kalo x makan sayur, ganti dgn buah. ok perrr :)

    xde sape support ker? meh kite jadik pom-pom ibu ;p awk boleh la aishah...semua ibu klu ade azam yg kuat, pasti boleh. spt biase, 'if there's a will, there's a way'

    nak banyakkn susu badan x semestinya kene makan sayur byk2 je dear. mcm kite, Horlicks sgt berkesan (susu tepung guwe ade kurenggg siket :p)

    dahhh..jgn pk2 psl xleh nk fully bf lagi. tiba masanya, kite serah pd Allah tgk mcm mane. klu time tu ade masalah, kwn2 blogger nie ramai yg nk tlg. be heppi k! :)

    ReplyDelete
  9. Deary..
    nak susu banyak ? minum air banyak.
    thats what my doctor said.
    tak semestinya u makan banyak baru ada susu banyak. no.. actually kita punya lemak n protein yang akan menjadi susu,
    thats why lah moms yang breasfeed their babies, body maintain coz badan kuat membakar.
    faham tak theory ni..
    ok kalau risau sangat takda susu, minum lah teh earth mama angel baby, i did ! and it helps.
    then... kalau taknak makan lobak putih ke hapa, u just minum air rendaman fenugreek (halba)
    insyaAllah. =D

    ReplyDelete
  10. Suraya : Sue pon take care tau. :)

    Alynz : Acid Folic makannn. Tapi susu dah stop sebab haritu overweight. Doktor suruh minum low fat milk, tapi tekak Aishah tak boleh terima. Anyway, thans ye Alynnz. :)

    Sharena : Ha! Boleh ganti Horlicks eh? Patut cuba ni.

    Kak Ju : Thanks Kak Ju. Info tu sangat-sangat membantu. :)

    ReplyDelete
  11. Dear Sha,
    First of all, too much worry will have a major effect on your milk production, so try not to think and worry too much.
    Be happy and enjoy your pregnancy. Our body is designed such for breast feed, so the moment your mind and heard geared for it, yang lain lain akan bergerak dengan sendirinya.
    Just eat whatever u like, and make sure the new baby constantly sucks and the milk will be replaced automatically. In another word, the more baby menyusu, the more kilang susu (thats you :)) akan mengeluarkan susu.
    Allah Maha Mengetahui. Betulkan and ikhlaskan niat Sha untuk menyusu baby, Allah akan membantu.
    Relax and enjoy k. You re worrying to much darling.

    Hope it helps.

    Kak Hani@Somethin Light

    ReplyDelete
  12. kalau dh amik pil as supplement
    cukup dh lah tu
    tak yah lah risau sgt aishah
    banyakkan la makan buah
    the same vitamin kan..
    cuma nak byk kan quantiti tu tak sure la, sayur is helping or not

    ReplyDelete
  13. Hani : Kak Hani, thank you so much! Aishah baca penuh kusyuk apa yang Kak Hani tulis. And now, takmo stress lagi sah. Nak happy aje. :)

    Dayu : I admit sayo tu sangat penting. Cuma beratnya nak belajar makan. Haih. :(

    ReplyDelete
  14. salam bagusnye bakal ibu nih sampai termimpi2 nk bf ank ye..tak makan sayur makan buah tak..buah pon mempunyai kandungan zat dan serat sama macam sayur.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015