Wednesday, May 19, 2010

Barut Bayi & Sedikit Persiapan.

Aku dah kemaruk beli barang online. Sampaikan barut bayi pon nak beli online. Mengada betul. Padahal bukan susah pon nak cari kain putih kat Kamdar pastu hantar pergi jahit kan? Memang dasar mengada aku ni.

Parcel yang ditunggu telah tiba.
Aku punya eksaited, satu pejabat hingak.




Yippiee!!


Barut-barut ini telah dibeli kat CT's Baby Design Collection. Memang comel okeh. Rasa macam nak peluk tak nak lepas. Masa bukak parcel tu, mata bersinar dengan galaknya. Terus sms Kak CT beritahu parcel dah sampai dan aku sangat suka. Plan dalam hati untuk tambah lagi beberapa helai. Tak rugi beli. Memang tak rugi.

Lain-lain persiapan??

Aku ada beli 2 pasang baju baby dan 2 pasang mitten and booties kat Tesco itu hari. Itu pon, aku amik warna selamat. Putih dan Hijau. Memandangkan aku tak tahu lagi atau mungkin tak akan tahu jantina bayi dalam kandungan ni, so, warna selamat adalah lebih baik.

Perasaan??

Seronok sangat sebenarnya. Kalau boleh, setiap hari nak belek beg plastik Tesco tu. Nak peluk dan nak cium baju yang comel-comel. Tapi, aku cuba sembunyikan perasaan eksaited dan buat-buat tak eksaited. Seronok bercampur takut. Hasilnya, SEROKUT. :p

Dalam beg plastik Tesco tu jugaklah aku humban segala macam barang persediaan yang lain. Ada baju recycle anak-anak saudara 4-5 pasang. Barut-barut lama diorang. Kapas kecik-kecik dan Bottle Storage yang aku beli kat Enjoy Breastfeed hari tu. Paling comel, ada sample Pampers Drypers Newborn Size yang Klinik Kesihatan bagi. Itu yang paling sentimental. :)

Bantal kepala dan bantal peluk baby pulak tak perlu beli. Sebab Nenek Wahid dah siap buatkan. Ada 2 biji bantal kepala saiz sederhana, 2 biji bantal peluk dan 1 biji bantal kepala yang kecik molek. Pakai isi kekabu pulak tu. Baru ingat nak beli online. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur.

Sekarang nak beli tilam kekabu. Tilam sahaja. Ada cadangan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. wah..dah beli skit2 yek..bagus2..

    ReplyDelete
  2. wit..wit..
    sgt shomey barut itu...
    ade katun2 lg..best2..! ;)

    ReplyDelete
  3. hai..

    saye tak galakkan beli pampers drypers. sebab kat tpi kt peha tu..pelekat dia keras kot.nnt melecet peha bb. saye dah experience.kawan saye pun gitu. so kalo nk beli pampers..cari brand lain.tau. nnt sian kt bb.

    ReplyDelete
  4. i know the feeling.. dah rasa
    rasa nak belek je brg2 tu setiap masa kan.. macam tak reti puas..
    tapi mmg seronok

    ReplyDelete
  5. mcm reen jugakk.. abes bsuh bju baby belek lg.. lipat simpan pastu bukak balik belek lg.. asben x reti ape da.. tgk sengih je la.. hehe

    akak, comel la barut tuh.. siap katun2 lg.. hehe

    ReplyDelete
  6. nnti dah ade baby lagi giler Aishah (mcm org yg menaip nih ;p). cutenye barut2 tuh. Naurah pakai barut recycle atok dia punye (cotton biasa). hebat x? dh berpuluh tahun usia barut masih tahan lagi huhuh

    skrg da 3 bln seme barut dah x muat..betapa bam2nye bdk tecit tue ;p

    ReplyDelete
  7. sronoknya dia.. tingat ms belum besalin. samala rupanya tu.. dok peluk cium baju2 baby tu.. :)

    ReplyDelete
  8. comelnya barut bayi tu..nk bli gak ar

    ReplyDelete
  9. Maria : Beli mana yang berkenaan dan tak peningkan kepala dulu. Nak beli semua tak mampu! Huhuhuhu.

    Ame : Kalau ada masa zaman kita kan best ek?

    Murnie : Terima kasih atas cadangan. Drypers tu saya dapat kat Klinik Kesihatan. Dia kasi sample packet. Hehehehe. Awak pakaikan anak awak pampers ape ye?

    Dayu : Tapi kadang-kadang macam takut Dayu. Sebab tu gumpal-gumpal dalam plastik letak satu corner. So that tak terpandang dan terpegang aje. Hehehehe.

    Reen : Haaaa kan? Suami akak pon senyum aje. Dia nak halang tak boleh. Nak galak pon tak boleh.

    Sharena : Humak aih! Pakai barut atok dia? Ni lah nama dia resepi turun temurun. Hehehehehe.

    Kak Mas : Hehehehe. Peluk cium baju. Lepas tu bercakap sorang-sorang. Pelik dah rasanya. :p

    Yana : Beli. Jangan tak beli. Hehehehe.

    ReplyDelete
  10. saya guna huggies.so far ia mmg bagus.

    ReplyDelete
  11. persiapan nak sambut baby ni sama macam persiapan nak kawen..
    tetiap hari asyik nak belek je barang-barang tu semua..
    pastu berangan je..
    saya pun macam tu jugak aishah..
    huhuhu.. :P

    ReplyDelete
  12. salam,

    beli lah tilam baby kekabu dari blog saya. :-)

    http://babyneedsshop.blogspot.com/p/tilam-baby.html

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015