Jenguk blog orang lain, semuanya pon cerita pasal Mother's Day. Jadi, oleh kerana tak nak ketinggalan, aku pon nak buat entry pasal Emak. Nampak sangat jenis manusia tak mahu kalah. Hahahahaha. Tak. Tak. Memang nak dedikasi kan entry ini buat Emak.
Emak, this is for you. :)
Nampak tak budak suka mengendeng belakang tu?
1) Aku dikandungkan selepas Abang De berusia 11 tahun. Kau bayangkan berapa punya jauh jarak aku dengan abang atas aku? Dahlah jarak satu hal, masa tu umur Emak dah mencecah 40 tahun. Risiko weh. Risiko. Siap kena marah dengan Doktor lagi. Emak kata, mengandungkan aku yang paling banyak ragam. Darah Tinggi lain, Kencing Manis lain. Emak pulak dah start buat kuih nak jual masa tu. So, korang bayangkan macam mana dengan perut terboyot-boyot mengandungkan budak comel *ehem*, Emak masih gagah buat kuih jualan?
2) Emak kata lagi, dalam 5 orang kami adik beradik, aku laaaaaah yang paling susah sekali nak di-beranakkan. Paling lama sakit, aku. Paling saaaakit ponnn, aku. Menanggung sakit 2 minggu. Campur duduk hospital seminggu. Lepas dah keluar, terbelit tali pusat pulak! Keluar-keluar dari perut Emak, aku tak menangis. Doktor terpaksa tepuk-tepuk bontot aku kasi tersedak. Korang tengok, baru jenguk dunia dah susahkan hati Emak. Huhuhuhu.
3) Aku yang bongsu. Abang-abang dengan kakak semua dah besar panjang. Kasih sayang memang over sket kat aku. Anak korek-korek lah katakan. Aku punya manja memang melampau. Sebab tu dari kecik sampai sekarang, nama panggilan 'Ayang' takleh hilang. Kalau orang tak tahu, kata mengada-ngada. Lagi haru kalau Emak panggil 'Ayang Emak' depan kawan-kawan. Mahu kena kutuk 10 hari 10 malam. Tapi sekarang dah tak malu dah. Malah semakin bangga menggelarkan diri 'Ayang'. TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA. Kahkahkah.
4) Oleh kerana manja yang over, sikap suka melawan pon over juga. Emak kata lagi, dalam kami empat beradik, aku lah 'NOMBOR 1' kalau tang melawan. Tapi melawan aku bukan melawan mulut. Kalau aku rasa aku tak suka atau tak puas hati, aku akan hentak-hentak kaki (jalan kuat-kuat) atau memuncungkan mulut sepanjang satu depa. Siap pakej jeling menjeling lagi. Aku pernah kena pukul teruk gila dengan Abang De aku. Sebabnya, aku muncung muka dengan Emak, lepas tu Emak menangis. Rasanya, itu adalah penampar hebat yang pernah aku dapat. Sejak tu, sifat buruk yang satu ni, aku kurangkan sikit demi sikit. Sebab aku pon tak tahan tengok airmata Emak. Rasa nak join sekaki. T____T
5) Didikan Emak mengajar aku satu benda yang aku tak pernah kesal hingga kini. KALAU BUAT SALAH, CEPAT MINTA MAAF. Aku memang champion tang melawan. Tapi aku jugak tak boleh muncung lama-lama dengan Emak. Bila tengok Emak dah baring atas katil membatukan diri, mulalah airmata ni bergenang. Cepat-cepat pergi dekat Emak peluk-peluk cium-cium. Minta ampun macam Hari Raya. Lepas tu, sama-sama menangis tak pasal-pasal. Dari Emak membawa ke anak-anak, semuanya pon hati tisu. ;p
6) Emak memang hebat di dapur. Tapi tak boleh puji lebih-lebih. Sebab nanti orang kata aku riak. Cukuplah aku katakan, aku adore setiap apa yang Emak masak. Pantang anak-anak dia tercakap nak makan apa, esok mesti dah ada dalam periuk. Masa aku kecik-kecik dulu, kalau ada kerja kahwin kat kawasan rumah, Emak mesti masak Nasi Minyak untuk kami adik beradik. Sebabnya, Emak tak suka kami mengendeng minta nasi rumah orang. Jadi, orang kenduri makan Nasi Minyak, kami pun ada!
7) Suara Emak kalau mengaji memang superb! Lepas aje solat, Emak mesti mengaji. Selepas itu, datanglah budak yang suka mengendeng baring atas katil (akulah tu). Sampai terlelap-lelap. Bukan nak ikut Emak mengaji, engkau boleh tidur?? Hehehehehe. Yang ralatnya, tak ada seorang pon antara kami adik beradik yang ikut kemerduan suara Emak mengaji. Semuanya pon jenis mengaji dengar parat telinga sendiri.
8) Emak punya instinct terhadap anak-anak memang kuat gila. Kadang-kadang aku kagum. Pernah dulu Abang Long eksiden, Emak kat rumah macam dapat rasa. Sedangkan kita semua adik beradik nak rahsiakan dulu daripada Emak, tak nak dia susah hati. Tapi naluri seorang ibu, memang tak boleh sangkal. Kalau dengan aku, instinct Emak lebih kepada makanan. Aku kat opis dok terbayang makanan yang macam-macam, balik rumah mesti ada! Bila aku tanya macam mana Emak tahu aku nak makan bla bla? Senang je jawapan dia, "Esok awak ada anak, awak pon akan tahu."
9) Emak aku ni garang. Jenis emak-emak dulu kala. Kalau kami adik beradik buat salah masa kecik-kecik dulu, paling koman pon dapat batang getah dalam bilik air. Masa kena tu dulu memang rasa macam nak cari Emak lain. Kalau boleh tukar Emak, memang dah tukar agaknya. Tapi sekarang aku bersyukur sebab aku dididik macam itu. Malah rasa sayang dan hormat pada Emak tak pernah belah bahagi. Ada bagusnya Emak buat macam tu dulu. Jadi tiap kesalahan yang aku pernah buat, aku takkan ulangi lagi.
10) Walaupon kena belasah separuh nyawa dalam bilik air, sebelah malam sebelum tidur mesti Emak terangkan kenapa dia pukul kami macam gitu. Emak aku ni bukanlah berpelajaran tinggi. Takat darjah Enam aje kalau tak salah aku. Tapi cara dia bercakap penuh diplomasi. Buat aku kagum. Kadang-kadang aku pelik, macam mana Emak yang tak sekolah tinggi boleh fikir jauh dan beri kesimpulan yang baik macam tu.
11) Walau kami adik beradik tak sekolah tinggi, tak sampai Universiti, tapi aku boleh katakan yang Emak jaga dan didik kami dengan sangat berjaya. Kami adik beradik penuh sangat dengan kasih sayang. Bonding kami sangat kuat. Kami semua sayang sangat kat Emak sampai sanggup buat apa sahaja untuk Emak. Duit kami tak banyak, tapi kami bahagia sebab ada Emak yang membahagiakan.
12) Masa susah, masa senang, Emak lah tempat aku mengadu domba. Emak aku ni pendengar yang sangat-sangat baik. Bila aku balik kerja muka muncung sebab tension ke hape, mesti cari Emak dulu sebab nak nangis dan luahkan segalanya. Aku memang kalah lah kalau dengan Emak. Mesti nak nangis aje. Bila dah nangis dan luah semua benda, baru lah rasa lega sangat-sangat.
Aku harap sangat, esok-esok kalau aku ada anak, anak aku sayang aku macam mana aku sayang kat Emak aku. Aku nak berusaha didik anak aku macam mana Emak didik aku. Penuh kasih sayang, penuh kemanjaan tapi tetap tegas dan membataskan banyak benda.
I love you so much, Emak. Tak ada siapa dapat tandingi Emak dalam hati Ayang. Emak lah yang terbaik. Ampunkan salah silap Ayang. Kesilapan kata dan kesilapan perbuatan. Terima kasih atas didikan Emak. Selamat Hari Emak! :)

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
terharunya bc entry ni..erm kasih syg mak blh bawak smpai akhirat..
ReplyDeletealahai.. neh yg nk nanges neh! mak sanggup susah payah dtg jenguk kt spital wlupun x bersalin lg semata2 nk kuatkn semangat anak dia yg lembik neh.. ohh sayang mak!
ReplyDeleteTOUCHING ENTRI INI. MUKA EMAK AISHAH MCM AISHAH YE. COMEL :)
ReplyDeletedlm pada kite sayang2 mak kite semua, masih ade anak yg buang mak bapak mcm sampah bile diorang dh tua..ape jenis manusia ntahh
ReplyDeleteTerharu baca entri aisha ni. tp nk tny la ape maksud anak korek-korek tu?
ReplyDeleteapepon selamat hari emak wat mak aisha dah aisha juga ye..
Yana : Tulah. Sampai akhirat kan?
ReplyDeleteReen : Bila kita tengah hilang semangat, Emak lah orang yang betul-betul kita perlukan. Itu bagi akak lah. Reen pon sama eh?
Nurul : Hahaha. Semua pon cakap macam gitu! Even Wahid pon selalu tersalah ingat yang basuh pinggan kat sink adalah Emak!
Sharena : Tak tersanggup hati ni nak tengok Emak duduk sorang jauh dari anak-anak. Ya Allah. Tak akan pernah! Insya-Allah.
Dhila : Anak korek-korek tu macam Aishah lah. 11 tahun Emak tak mengandung, sekali dapat Aishah. Tu yang sedara mara panggil anak korek-korek. Hehehehe.
tiap kali baca entry aishah pasal hati dan perasaan mcm ni, mesti terharu..
ReplyDeletecara aishah tulis tu.. iskkk.. sayu la
oh mak..dikau ratu hatiku..
ReplyDeletep/s:rupa aishah mcm mak..anak mak ye ayang..;)
Dayu : Kalau pasal emak-emak, memang kita akan mudah jadi sayu kan? lagi pulak sekarang dayu mesti lebih memahami.
ReplyDeleteMaria : Hahahaha. Ayang memang anak Emak. :p
huh pd alynn yg dh bergelar mama of coarse ada mak n mak mertua nie sgt terharu bc n3 nie..
ReplyDeleteAlynnz : Kan? Lagilah kalau dah jadi mak macam Alynnz.
ReplyDelete