Sunday, May 2, 2010

Jangan Excited Sangat, Aishah.

Dilema breastpump sudah berakhir. Kami suami isteri dah buat keputusan dengan membeli Hot Package - Spectra 3 Breastpump Deluxe Set kat LilKaiStore. Lega rasanya dalam hati. Tak payah fikir-fikir nak beli secara separate. Grab one package dan dapat semua benda.


Spectra 3 Breaspump



Stylo Mama Back Pack.


Precious Mom Cooler Bag Set



Extra Breast Shield Set for double pumping.


Fikir banyak kali jugak sebelum membeli. Sebab takut aku tak mampu dan tak larat. Yelah, macam aku cakap kat korang, aku ni hangat-hangat tahi ayam. Takut dah beli macam ni punya banyak, aku humban dalam almari. Oh, mau mengamuk suami aku nanti.

Sekarang ni, tiap-tiap malam pon asyik mimpi pasal breastfeeding. Dah macam melalut pulak rasanya. Asyik mimpi macam mana aku nak transfer EBM yang dari fridge nak bawak naik freezer. Nak tunggu berapa hari dan etc. Kau tahu, sampai bercakap dalam tidur!

Aku ni memang spesis merepek sikit. Aku tak boleh terlalu excited. Nanti mulalah meracau-racau dalam tidur. Orang yang tidur sebelah kalau tak tahu, confirm cakap aku gila. Sebab tu aku malu nak tidur dengan kawan-kawan. Nasib baiklah tak pernah ada rezeki duduk asrama. Kalau tak, entah macam manalah nasib room mate aku.

Tak habis dengan breastpump, aku dah mengendeng Snow Bear Warmer pulak. Aku cakap dengan Wahid, dia dah besarkan bijik mata. Wahid tanya, "nak panaskan susu tak boleh pakai air panas ke?". Aku pon tersenyum-senyum. Bab menghabiskan duit memang boleh serah kat aku. Serah aje. Confirm selamat! ;p

Honestly, aku takut dengan ke-excited-an aku sendiri. Ada list-list barang yang nak kena beli dan sediakan sebelum bersalin (aku kumpul sejak mengandungkan Nashrah), aku tak sentuh pon lagi. Aku reprint balik list tu, dan simpan dalam handbag. Manalah tahu terbuka pintu hati nak baca-baca.

Ada beberapa helai barut + baju new born recycle dari anak-anak saudara pon, aku kasi lepak one corner. Hujung corner kau tahu? Bersama dengan PP Bottle Storage yang baru sampai hari tu. Aku takut nak pandang-pandang. Biarlah dah betul-betul sampai masanya nanti, baru aku kemas balik dan kasi semuanya settle.

Ketakutan itu, kadang-kadang perlu kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. kalu nk beli warmer, beli little bean..sekali dgn sterelizer+ warmer..littlewhiz.com ada sale..

    ReplyDelete
  2. wahhh da xyah penin2 pale da kak eh
    reen bru td g tesco depan umah neh tgk pureen battery operated harga mcm da turun lak.. aritu akak tulis dlm blog rm129 kalo x silap reen..
    mlm td rm99.90.. aisehh mcm bole beli je.. ngeee

    ReplyDelete
  3. yupp..senang beli borong sekali. bile dh kuar duit byk beli mcm2, drp malas blh jd rajin Aishah.

    from my ciput experience :p

    ReplyDelete
  4. salam ziarah.

    yup...klu nak beli warmer beli little bean de dpt 2 brg terus warmer ngan sterelizer.

    mamasha dah terbeli snow bear..rugi. 119 tambah sikit dah dpt litter bean 2brg.

    sha ade spectra 3..tp...sha tak mampu nak guna sbb sha takde susu. sedey.

    beriya2 sha nak kumpul ebm utk baby qaish tp..akhirnye tak berjaya. badan sha jenis air kurang susu 2mggu je ade tu pun sikit.

    terasa nak jual jer spectra3 tu...tp hubby suruh tggu 2nd baby guna..huh...lamenye.... ni baru bersalin 1st baby.

    ReplyDelete
  5. yeay da ada double pam..;)

    warmer actually klu kt rumah sendiri xpakai sgt pn aishah..sbb baby direct feed..tp aishah tgkla mn yg berbaloi2..;)

    ReplyDelete
  6. Nadya : Boleh tak saya nak tahu, sterelizer tu untuk apa eh?

    Reen : RM99.90?? Murah tuuh. Belilah. Belilah. Akak hasut. ;p

    Sharena : Terima kasih Sharena. Banyak experience awak tu...

    Sha : Kalau saya belum beli yang kat LilKaiStore tu, saya beli dengan awak. Tapi dah terbeli pulak kat LKS.

    Maria : Tulah. Masih fikirkan ni. Saje je nak menghabiskan duit. :p

    ReplyDelete
  7. sterelizer tu utk cuci botol2 bg hapus kuman2/bakteria..same mcm masak air n rendam botol2 dlm tu..cuma guna benda ni letak botol2 dlm tu n on suis..dlm 8 minit dah boleh guna..

    ReplyDelete
  8. Hi aisha dah beli dah pump tu..
    jeles ni tp nak tanyala..beli kat http://lilkaistore.com/ ni ada servis free tak? awk tau kan pump ni kene servis dan servis tu kat kl jer...dr info yg sy dptla.

    ReplyDelete
  9. Suvanila : Terima kasih awak. Saya dapat tahu breastpump kena servis lepas baca komen awak. Thanks for sharing dear!

    Saya dah tanya owner LilKaiStore, dia kata, diorang ada provide untuk servis. Maksudnya, kita hantar kat dia dan dia akan hantarkan servis. Tapi mengambil masa lama sikitlah. Free atau kena charge, saya tak pasti pulak. Awak ada tempat yang free service ke?

    ReplyDelete
  10. beli little bean..sekali dgn sterelizer+ warmer ...HAnya bawah RM200.00...Pm me...

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015