Tuesday, May 4, 2010

Perubahan Hormon?

Aku ni bukanlah peminat jeruk atau makanan yang masam. Dari zaman budak-budak sampailah membawak zaman anak dara pon, aku memang tak suka benda-benda masam. Aku dapat membayangkan macam mana naiknya bulu roma aku bila kunyah benda masam. Memang spesis berbeza aku ni.

Masa tingkatan tiga, aku pergi sekolah jalan kaki. Jalan ramai-ramai sebaris macam Gerak Khas. Di pertengahan jalan sebelum sampai sekolah, kami akan jumpa satu pasar dan deretan kedai. Pasar Dahlia nama tempat dia. Tiap-tiap pagi, group aku ni mesti menyinggah Kedai Kiki. Kedai ni jual bermacam-macam jenis jajan (makanan ringan).

Kawan-kawan aku yang lain mesti bungkus beraneka jenis jeruk dan asam buat bekalan makan dalam kelas. Biasalah, budak-budak sekolah buat stok hilang ngantuk. Aku pulak, mesti borong coklat, gula-gula dan cikedis. Erk, buat bekalan menambah lemak dalam badan. ;p

Bila aku disahkan mengandung kali pertama dulu pun, semua orang keliling sibuk offer pelam muda. Macam-macam jenis jeruk disebut depan batang hidung aku. Tapi aku masih maintain dan tak pernah rasa mengidam atau teringin nak benda-benda berkenaan. Paling-paling masam pon, aku makan jeruk Sun Sweet yang dalam tupperware tu, nak hilangkan loya.

Seriously, aku memang tak suka benda-benda masam. Kalau 10 orang buat kenduri jeruk depan mata aku pon, aku tak terliur. Hinggalah saat aku buat lawatan muhibbah ke blog Auntie Nani ni tadi. Humak aih. Perasaan apakah ini??

Aku pandang gambar jambu air tu tanpa kelip okeh. Siap dalam tekak dok telan air liur. Memang tergoda betullah.

Rezeki Tuhan nak bagi. Sejam selepas aku terbayang-bayang jambu air beserta kicap dan gula milik Auntie Nani tadi, seorang cleaner kat pejabat aku ni datang. Bawak satu beg plastik buah pelam separuh masak. Kau tahu reaksi aku macam mana? Tak payah bayangkan. :)


Pertama kali dalam sejarah hidup.
Kopek buah pelam.



Tak dapat jambu air. Pelam muda pon okeh.

Alhamdulillah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. seronoknya baca pengalaman org mengandung..mesti indah kan dpt mkn ape yg diidamkan..take care aisha

    ReplyDelete
  2. haihh...kite pn terliur tgk itu gamba :p

    ReplyDelete
  3. maria dlu giler teringin nak mkn pelam muda..musim takdak..nasib baik last2 dpt gak...mkn 2 bijik pastuh tak mau dah..time musim buah tu..pandang sebelah mata pn dah tak teringin..n satu lagi teringin nak mkn ketam..haha..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.. reen terliur neh kak! tolong2!! hehe

    iskkk mane nk dapek pelam mude area selayang gini.. huwaaa!! nk nanges tgk pelam mude tuh.. kalo la dpt depan mate.. syurga2

    ReplyDelete
  5. cedapnyeeeeeeeeeeeee....
    huhuhu
    lame dah xsinggah sni,
    btw, wallpaper kamu sgt kiut !!
    mane ceduk??
    nk jugak !!
    :p

    ReplyDelete
  6. nurul pun bukan peminat segala keturunan asam2 ni. dulu pregnant konon2 beli asam bagai tp bila makan sikit rasa masam terus bg bungkusan asam tu kat kwn opis.

    p/s : lbh suka masakan yg ada rasa pedas2 sikit.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    My prediction - your are having a boy inside ur tummy :)

    Enjoy!!

    Kak Hani@Somethin Light

    ReplyDelete
  8. takpe mengidam benda2 biasa ni akak.kalau mengidam nak lunch kat jepung tu mcm mana T___T hahaha

    ReplyDelete
  9. Dhila : Pengalaman biasa aje Dhila. Dhila pon akan laluinya jugak nanti. Dhila pon take care okeh?

    Sharena : Gambar-gambar ni jahat kan? Buat terliur aje.

    Maria : Ketam? Wah... Sedap jugak tu. :)

    Reen : Dah bersalin tak ni?

    Nano : Na, kat sini banyak. http://www.google.com.my/imglanding?q=love%20wallpaper&imgurl=http://kunaljanu.files.wordpress.com/2009/02/love-wallpaper81.jpg&imgrefurl=http://kunaljanu.wordpress.com/2009/02/16/a-date-with-the-love-of-my-life/&usg=__j6Hox-jot0VBe9bGBhwmFlzoPm0=&h=768&w=1024&sz=134&hl=en&um=1&itbs=1&tbnid=DGoF8kpsXmAclM:&tbnh=113&tbnw=150&prev=/images%3Fq%3Dlove%2Bwallpaper%26um%3D1%26hl%3Den%26sa%3DX%26tbs%3Disch:1&um=1&sa=X&tbs=isch:1&start=9

    Nurul : Pedas pon sedap! Aishah pon suka pedas!

    Kak Hani : Iye ke? Sebab suka masam-masam ke?

    Yonna : Kalau mengidam nak lunch kat Jepun tu, terpaksalah dikuburkan. Hahahaha.

    ReplyDelete
  10. da bersalin apenye.. lepak spital da 4 ari.. last2 mintak discharge.. okla tipu sket.. doc suh balik dlu.. 1cm da.. tp xpe la.. bgus gk balik dlu.. mkn puas2.. ngahaha

    ReplyDelete
  11. Dear Sha,

    Yup sebab suka masam-masam. My own experience given birth to five children proves it.

    On top of it, if u rajin and google, the symptoms would say the same.

    Have a good pregnancy ya :)

    Kak Hani@Somethin Light

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015