Sunday, March 14, 2010

Setahun Sudah Berlalu.

pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, masih terasa bagaimana debarannya dalam hati. bangun seawal pagi dengan ribuan rasa dalam jiwa. semuanya nampak serba tidak kena. mata ini melilau mencari kelibat emak. sepantas emak melintas, pantas lagi tangan ini menggapai lalu dipeluk tubuh tua itu. buat kali terakhir, sebagai anak manja emak. :)

air mata aku dan emak bersatu. masih terngiang suara emak;

"ayang jangan macam ni. ayang kan nak kahwin. kalau ayang macam ni, mak lagi sedih."

ianya perasaan yang sukar ditafsirkan. 24 tahun hidup membesar bersama emak tersayang, dengan tibanya 14 Mac 2009, hak milik diri berubah. dengan genggaman erat tangan tok kadi. dengan simboliknya akad nikah.


Abdul Wahid...

Engkau telah menikahi seorang wanita yang penuh dengan emosi. Wanita itu juga penuh dengan rasa yang bergelora. Pasang surut perasaannya sukar difahami. Jatuh cinta dengan wanita yang bercampur baur jiwanya begini memang payah, kan?

Aku wanita itu. :)

Engkau bersama aku bila rasa bercampur emosi. Engkau disisi aku bila tiap tangisan melunsur pipi. Engkau tetap ada, bila aku sendiri hilang dalam diri. Engkau masih lagi ada, bila kaki langsung tak mampu berlari.

Engkau tukarkan tiap kesedihan kepada gelak tawa. Engkau padamkan kepanasan api kemarahan dengan sejuk ekor mata. Engkau berikan sejuta harapan bila aku sendiri tidak tahu, apakah harapan itu masih ada.

Engkau peluk erat tubuh ini tatkata dugaan datang melanda. Engkau gagah berdiri di sisi bila aku sendiri tak mampu berdiri. Engkau tiupkan semangat cinta dan kasih bila aku sendiri telah jauh dari kecintaan. Tidak sekali engkau jauh. Tidak sekali engkau mengeluh.

Papa.....

Hari ini genap setahun kita bersama dalam ikatan pernikahan. Terlalu banyak rasa yang telah hadir. Bermula dengan rasa indah bahawa kita akan menjadi ibu ayah, hinggalah kepada rasa duka bila kita sama-sama mendengar berita perit itu.

Awak kuat papa. Awak kekuatan orang. Dari saat orang hilang diri bila Nashrah tiada lagi degup jantungnya. Awak berikan seluruh kekuatan awak pada orang. Hinggakan awak lesu dan penat. Tapi awak sembunyikan semua rasa itu. Orang kagum dengan awak.

Awak akan hadiahkan senyuman paling manis tiap kali datang melawat orang di hospital. Awak genggam tangan orang bila orang tidak henti menangis dan mengeluh. Awak tutup hiba awak. Awak kalis kesedihan awak. Awak pamerkan sejuta ketenangan.

Hati awak? Tuhan saja yang tahu.

Kesabaran awak tercabar bila Maghrib itu orang menangis bagai orang gila. Orang mengongoi bersama bengkung dan pilis masih lekat di dahi. Orang meraung sekuat hati. Orang terbaring sambil menumbuk katil. Orang baling semua bantal yang ada. Orang tak mampu berdiri. Dipapah untuk bangun pon orang lemah.

Emak dan Abang De yang ada di rumah turut hilang usaha. Emak menangis melihat keadaan orang. Abang De memeluk sambil membisikkan kalimah Allah. Air zam-zam yang disapu pada muka dan kepala masih tidak mampu buat orang diam. Ianya masih tidak mampu buat orang berhenti mengenang nasib.

Awak tampar muka orang. Awak goncang badan orang sekuat hati. Awak peluk tubuh orang sambil merayu, jangan buat awak begitu. Masih terasa ketat suara yang awak bisikkan;

"Biar hilang anak mama. Orang tak nak hilang awak."

Orang cinta awak sepenuh hati papa. Terima kasih kerana masih bersama orang untuk 1 tahun penuh rasa ini. Maaf atas tiap kenakalan, kedegilan, kekasaran dan sifat yang tidak menyenangkan. Terima kasih atas segalanya. Awak cinta orang. Cinta milik orang selamanya.

Ya Allah, kekalkan lelaki ini sebagai jodoh aku.
Hingga akhir hayat. Amin.




Nur Anis Nashrah bukti kekuatan cinta kita. Manakala yang masih di dalam rahim ini, penyambung bahagia. Insya-Allah.

(",)

Yes people, I am 16 weeks pregnant. Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

28 comments:

  1. terharunye bace...

    congrats ye..sama2 kita doa moga selamat dan dipermudahkan segalanya..amiinnn~

    ReplyDelete
  2. semoga kekal bahagia higga ke akhir hayat.. kite terharu jgk baca entry kali ini..

    jg diri baik2 ok!

    ReplyDelete
  3. aisha.. tahniah..
    semoga kebahagian melingkari hidup kalian hingga akhir hayat..

    :)

    ReplyDelete
  4. aisha...menitis air mata mun baca entry awk kali nie..terharu sungguh...papepown selamat ulang tahun...moga kekal selamanya..n jaga diri n baby dlm pewot tue baik2 yer...tahniah

    ReplyDelete
  5. dah setahun ye aishah. mcm kejap je kan masa berlalu.. alhamdulillah awk sentiasa dimurahkan rezeki allah. congrates dear. jaga baby baik2. jgn minum gas lagi okeh ^-^

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak jadi sekuat kau.

    sedih ok baca entry ni.


    congrats.
    aku doakan yang elok untuk baby dalam perut. insyallah

    ReplyDelete
  7. bdebar2 pg neh sbb tau 14 mac 2010 neh tarikh anniversary akak..

    da 4 bulan! yeay!! jga baik2 kak eh.. reen doa semoga baby selamat dlahirkn n pyambung bahgia nashrah:)

    aminnn

    ReplyDelete
  8. salam.. tahniah wat aishah&suami.. selamat ulang tahun yg pertama.. mesti wahid terharu bla bca entry aishah kali ni... semoga perkahwinan u all kekal bahagia ke akhirnya.. n smoga shat hendaknya bby yg de dlm perot aishah tu...Amin..

    ReplyDelete
  9. Entry yang sangat touching.

    You are one strong couple.

    Saya doakan Aisha & hubby sentisa bahagia sehingga ke akhir hayat. May you be happy & blessed throughout your life.

    Happy 1st Anniversary!

    P/S: Lagi seminggu my turn! Tak tahu nak tulis apa. Huhu.. :P

    ReplyDelete
  10. akhirnya aishah dah reveal..hapy for u dear..sweet..happy anni awak..;0

    ReplyDelete
  11. alahai kakak.terharunya. ya allah. besar kuasa allah.rezeki DIA jugak besar.

    congrats akak.congratssssss sgt2 for ur second pregnancy! :)

    ReplyDelete
  12. aisyah.. terharunya baca.. selalu wat sue meremang roma..

    aisyah memang kuat.. and TAHNIAH dear.. :).. jgn lasak2 sangat ye aisyah..

    doakan sue gak..

    ReplyDelete
  13. Nadya : Terima kasih. Insya-Allah, mudah bagi awak, mudah bagi saya, mudah bagi kita semua. Amin.

    Chempaka : Insya-Allah. Terima kasih ye?

    Ieja : Terima kasih banyak-banyak Ieja. Semoga bahagia untuk awak selamanya juga.

    Mun : Hehehe. Saya cuba buat satu entry khas untuk suami, dan ini hasilnya. Terima kasih ye.

    Fuchsia : Hahahaha. Saya tergelak bab baca air gas. U know what, saya macam fobia gila dengan air gas sekarang. Tengok pon tak mahu! Kelakar kan?

    Lea : Kau pon kuat babe. Anyway, thanks okey?

    Reen : Komen Reen buat akak tersenyum. U really make my day. Akak pon doa-doa, inilah penyambung bahagia Nashrah. :)

    Echah : Wahid bukan terharu. Dia gelak-gelak lagi ada. Dia kata, I was so emotional. Cis, hampeh betul! ;p

    Hannah : Thank you so much Hannah. Kita semua pon kuat. Awak pon kuat jugak. Trust me. :)

    Maria : Memang nak simpan berita ni untuk entry anniversary. Rasa macam berdebar-debar. Hahahaha.

    Yonna : Thank you so much Yonna. Betul, kuasa Allah memang besar. Harap-harap, yang ini memang rezeki untuk akak. Insya-Allah.

    Suraya : Meremang bulu roma? Hahahaha. Macam seram aje? Anyway, thanks Sue. Insya-Allah, rezeki Sue pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  14. aishah kamu pregnant lagi? alhamdulilah. jaga kandungan elok2 ye.

    hepi anniversaty yeah

    from mama raina evaqairina.

    ReplyDelete
  15. Nurul : Terima kasih Nurul. Insya-Allah. Salam sayang untuk Raina ye. :)

    ReplyDelete
  16. Entry yg penuh rasa..

    Alhamdulillah... jaga diri dan kandungan baik2 ya!

    ReplyDelete
  17. nadira yg baca pn bercampur baur rasa dalam jiwa..
    moga aishah tetap tabah..
    dan tahniah atas kehadira orang baru itu..
    moga2 segala2nya selamat..
    inshaALLAH..
    :D

    ReplyDelete
  18. Hello,nice post thanks for sharing?. I just joined and I am going to catch up by reading for a while. I hope I can join in soon.

    ReplyDelete
  19. Nad : Terima kasih. Insya-Allah. :)

    Nadira : Terima kasih doanya Nadira. Saya pon berharap semuanya akan selamat. Doakan saya ye awak.

    Anonymous: Thanks!

    ReplyDelete
  20. tahniah aisyah...
    jg kandungan baik2 tau....

    ReplyDelete
  21. aisha org yg bertuah sebenarnya..

    jga bb elok² k

    ReplyDelete
  22. Diamilikku : Insya-Allah kak.

    @yue : Terima kasih. Insya-Allah awak.

    ReplyDelete
  23. http://www.nube.org.my/pd/petitionE.aspx

    meh2 sokong petition memperjuangkan 90 hari untuk mum..

    ReplyDelete
  24. aisha..betapa susahnye alin nk buka blog awk..try buka opis sush sgt xtau lar apa mslhnyer..alin tau aisha ada n3 br nmpk aisha pkai bj pregnant. Hati dh brlonjak gembira! Tp xpuas xdpt bc n3 sbnr..at last dpt gk bc yg mengembirakn nie melalui langganan celcom broadband guna hs..tahniah n syukur kehadrat ilahi atas limpahan rezki..

    ReplyDelete
  25. congrats kak aisyah!

    take utmost care yeah!
    im happy for u!alhamdulilahhh

    ReplyDelete
  26. Suraya : Sudah sign! :)

    Alynnz : Hehehe. Terima kasih alynnz. Doakan yang terbaik untuk kita semua ye?

    Nama Saya Aya : Thanks Aya. You too take care. :)

    ReplyDelete
  27. u just made me cried aishah!!

    semoga kebahagiaan milik kalian! kita doakan! :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015