Sunday, July 25, 2010

Hadiah Buat Suami.

2-3 bulan yang lepas, ada terbaca entry Aneen pasal Smoker Haven. Masa tu, memang dah berminat sangat-sangat. Tapi, hati ni macam berat sangat nak bawak bincang dengan suami. Makanya, niat yang suci murni terpaksa dibatalkan buat sementara waktu.

Entah macam mana, baru-baru ni Encik Suami ada menyuarakan niat untuk berhenti merokok. Eh, bukanlah berhenti secara tiba-tiba atau mendadak. Tapi secara perlahan-lahan. Dia dok fikir pasal kesihatan diri sendiri, kesihatan aku dan kesihatan bakal baby kami nanti. Plus, masalah kewangan yang menyumbangkan migrain setiap bulan. Ngeh. :p

Bayangkanlah, sebagai seorang perokok tegar macam Encik Suami, 1 kotak rokok diperuntukkan untuk 1 hari sahaja. Kotak yang 20 batang tu okeh. Satu kotak berharga RM7.80. Kali dengan seminggu sudah RM54.60. Kalau sebulan, lebih kurang RM234. Kiraan setahun pulak mencecah RM2847.

Banyak tu weehhhh!!! :(

Aku pon terus semangat tunjuk blog Aneen kat Encik Suami. Dia pon membaca dengan kusyuk. Aku ingat habis kat situ aje. Aku pon blah lah pergi buat kerja lain. Sat lagi, aku jengok skrin laptop, dia tengah baca forum pasal E-Cigarette ni. Kusyuk dan tawaduk betul. Memang nampak sangat-sangat berminat. So, aku pon happy lah. :)

Sebagai menyokong kempen 'Selamat Tinggal Rokok Secara Perlahan-Lahan', maka aku pon tekad lah menghadiahkan Encik Suami starter kit Smoker Haven ini.

Smoker Haven Starter Kit = RM290.

Encik Suami memang nampak happy sangat-sangat. 120 kali dia belek-belek Starter Kit berkenaan. Hahahaha. Menipu betul aku ni. Tapi, memang nampak sangat-sangat excited lah. Kejap-kejap dok belek manual. Kejap-kejap dok belek kotak. Kejap-kejap dok isap E-cigg berkenaan. Pastu senyum-senyum. Heeeee. :)

Sebagai langkah pertama, tugas aku ialah memantau penghisapan rokok biasa oleh beliau. Cheh. Dah macam proses apa pulak kan? Hehehehe.

Kitorang pergi beli E-cigg ni pada Jumaat malam Sabtu kelmarin. Masa ni, rokok biasa ada lagi 16 batang. Dan sehingga ke hari ini (petang Ahad), rokok biasa cuma luak 4 batang sahaja. Ada baki lagi 12 batang dalam kotak.

Huh. Kenapa hisap rokok biasa tu jugak??

Macam aku katakan awal-awal tadi, proses ini berjalan secara perlahan-lahan. Tiada paksaan dan tidaklah secara mendadak. Tapi bagi aku, ianya sudah cukup menggembirakan hati. Kurang rokok biasa maksudnya kesihatan Encik Suami ditahap yang lebih baik. Dia pon kata, dada dia rasa smooth dan dia macam tak tahan pulak dengan bau rokok biasa. Busuk sikit katanya. Bilik kami pon takde bau asap rokok dah. Udara pon clean & clear.

Harap-harapnya, dengan pemberian aku yang tidak seberapa ni dapat mengubah cara hidup kami ke arah hidup yang lebih sihat. Ini untuk suami, aku dan baby. :)

Baby masa 31 weeks.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

15 comments:

  1. bagusnye abang akak.. asben reen susah la pasal rokok2 neh.. da cube suh dia bce macam2 website.. tapi dia gelak2 aje.. x serius.. dia cakap susah nak tumpu keje.. tapi cube la pelan2 kan..

    teruskan usaha kak!
    err x saba nak tengok baby comel tuh!

    ReplyDelete
  2. all the best to your husband!! aishah, keje monitor progress mereka itu mmg kite kena buat.. hehe mana la tau kan dorang terbabas :D

    ReplyDelete
  3. wowowo..congrats to ur habi & Aishah sekali. sbbnye jd supporter yg bagos utk pkr yg baek. hrpnye lame2 nti blh say goodbye teros pd rokok. insyallah, amin.

    ReplyDelete
  4. wah bagusnya suami aisha ni...
    berubah demi kebaikan..semoga dpt berhenti terusla.
    aisha SGM ni xdpt pergi la ek

    ReplyDelete
  5. Reen : Mula-mula dulu puas jugak bercakap Reen. Tapi, bila dia sendiri dah ada hati nak start quit, akak pon happy lah. Heeee. Nak stop secara mengejut takut dia tak sihat pulak nanti kan?

    Aneen : Heeee. Dia dok jeling je kotak rokok biasa dia tu Aneen. Dia kata nak abiskan supaya tak fikir-fikir dan tak payah beli lagi. Saya kata, betul jugak. Selagi benda tu ada, selagi tulah dia tak concentrate kan?

    Shareena : Yeah. Insya-Allah. Saya pon harap benda yang sama jugak. :)

    Nurul : Aishah beli kat Jaya Jusco Bukit Indah. Nurul boleh bukak laman web Smoker Haven tu dan tengok banyak distributor yang ada. Try lah. :)

    Suvanila : Hehehe. Insya-Allah. Erk. SGM tu apa eh?

    ReplyDelete
  6. heheh semoga berjaya la kan.. bagus tau sha ni jadi penyokong pada suami tok berubah....

    ReplyDelete
  7. Aishah SGM tu Support Group Meeting tuk SUSUIBU.COM akan diadakan untuk pertama kalinya kat jb (setia tropica)pada 8/8/2010 ni...dgr kabar puan rita rahayu pon dtg
    awk bila due? jomlahhh tambah ilmu

    ReplyDelete
  8. Juelee : Hehehehe. Kena ada inisiatif sendiri jugak kan kalau nak berhenti merokok. Sokongan berbakul-bakul pon tak guna jugak kalau tuan punya badan tak ada hati nak berhenti.

    Suvanila : Serius?? Wah, macam excited je nak pergi ni. Mesti best kan? Saya ada bukak laman web susuibu.com tadi, tapi tak nampak pulak pasal 8/8 ni. Kena daftar pape ke eh?

    ReplyDelete
  9. ada kat forum Kempen Penyusuan Ibu.
    nanti sy email flayer dia

    ReplyDelete
  10. Suvanila : Dah terima. Kalau ada kesempatan, kita jumpa kat sana okeh?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    Sya tengah marathon membaca blog cik aishah ni....
    Bila smpi topik ni, sya jadi jeles...
    Bukan hubby aishah jer, few more of my friends pun, bila diorang pregnant, d husband semangat nak stop smoking...
    Sya plak masa pregnant lahhhhh kuatnya dia smoking.
    Ntahlah....

    ReplyDelete
  12. @Adlilatun : W'salam. Sebenarnya, bukan mudah diorang nak stop smoking ni. In fact, suami saya pon masih smoking sampai sekarang. Smoker Heaven ni dah kemana entah tercampak. Tapi, dia takkan merokok depan saya dan anak-anak lah. Lepas rokok, dia make sure basuh tangan dan berus gigi. Kalau tak, saya tak bagi dia pegang anak. Nampak macam kejam, tapi, saya bimbang kesihatan anak. :)

    ReplyDelete
  13. Owh... Hehehehehe.
    Laki sya pun x penah smoke depan sya. Msa kawen fmly sya tatau pun dia smoker. Sya je la yg tau.
    Awal kawen kejenya mengkidnap rokok dia. Ada la sekotak dah sya kumpul. Hehehehe.
    Timr balil keje je bau. Suh gosok gigi cuci tangan buat 2-3hari pastu nak kena sound balik. Bagi mouth spray ntah ke mana.
    Apa pum luckily la x penah nampak smoking depan mata. Kalau nampak tatau la apa jadi. Mau mengamuk gayanya.

    Masa anak 1st sya stress psal bau rokok rasanya smpi masuk sepital n beranak x cukup bln.
    Now preg again, rajin balik dia smoke. Kalau biasa cuti langsung x smoke. End up i balik dok umah mak masa pregnant. X sanggup nak sakit hati lagi. Kang effect anak lagi. Hehehehe.
    Panjang bebelan i :p

    I pun cam aishah lost anak 1st. Doakan kandungan kali ni sehat n sempurna cukup bulan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  14. @Adlilatun Nur : Ohh. Saya doakan semuanya selamat tau. Jaga diri bebaik. Yakin boleh, Insya-Allah. :))

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015