Friday, June 11, 2010

Kelas Antenatal & Tungku Moden.

Masa buat monthly check up sewaktu mengandungkan Nashrah dulu, nurse kat Klinik Kesihatan Abdul Samad tu ada offer aku masuk Kelas Antenatal ni. Tapi masa tu, aku mengelak-ngelak. Diorang panggil, Kelas Keibubapaan. So, sebagai seorang bakal ibu yang berjiwa remaja (??), tentulah aku tak teringin nak join. Terbayang kat kepala aku ni ceramah-ceramah bosan yang bakal membuatkan aku tertidur tak hengat dunia.

Masuk pregnancy kedua, nurse kat Klinik Kesihatan Kempas ni sudah paksa aku masuk Kelas Keibubapaan ni. Siap mendaftarkan nama suami lagi. Nak tak nak, terpaksalah jugak aku menggangguk. Lagipon masa ni dah matang sikit. Tak fikir bukan-bukan dah. Dalam kepala nak concentrate jadi ibu bapa terbaik aje. So, layankaaaan.

Daaaaaaan, hari ini adalah harinya. Dengan semangat waja, bangun seawal pagi demi membuktikan bahawa aku dah sedia nak jadi emak. Wah, macam sebelum ni tak bersedia ke hape ntah. Kihkihkih. Tapi, itulah hakikatnya. Memang sangat-sangat bersemangat. Nak pergi kerja pon tak semangat macam ini. Suami yang kerja syif malam pun terlalok-lalok kena kejut pagi-pagi buta. :p

Kami sampai tepat pukul 8 pagi. Masih sesi pendaftaran.


Dapat satu fail berisi bermacam booklet.
Ada kisah penyusuan susu ibu.
Ada kisah perkembangan janin.
Sangat syok lah okeh.




Dapat pulak free gift.
Ubat gigi maternity dari Pureen dan sample Drypers Newborn pampers.



Aku tak sempat pon nak snap gambar sepanjang kelas ini berlangsung. Sebab utama, malu nak bangun dan amik gambar. Sebab kedua, terlalu syok dengar penerangan demi penerangan. Overall, memang tak rugi pergi kelas ni. Macam-macam input yang kami dapat.

Antara tajuk yang dikupas ialah tentang Proses Perkembangan Janin, Penjagaan Ibu Hamil, Pemakanan, Senaman, Demonstrasi Mandi Bayi, Peringkat-Peringkat Kelahiran Bayi, Penjagaan Ibu & Bayi Dalam Pantang dan Perancang Keluarga.

Memang sangat sesuai dihadiri oleh suami-suami yang malas membaca info tentang wanita hamil. Dalam kelas ni, diorang boleh mendengar dan cepat faham. No need to membaca dan memeningkan kepala mencari fakta.
(Ditujukan khas untuk suami sendiri. :p)

Aku sangat-sangat surprise bila Wahid sangat enjoy. Lagi-lagi bila part memandikan bayi. Diorang menggunakan bayi yang real okeh!! Menangis-nangis baby tu kena mandi. Dan aku sangat teruja bila tengok Wahid senyum sepanjang sesi itu. Semangat gila. Tak sabar nak tunggu anak dia keluar agaknya. Insya-Allah, lagi 11 minggu. :)

Bila masuk tajuk Peringkat-Peringkat Kelahiran, muka masing-masing cuak. Suami isteri muka gelabah. Dahlah nurse yang beri penerangan tu semangat gila cara bercakapnya. Siap tunjuk cara breathing dengan real. Keep remind us untuk buka kaki luas-luas dan jangan angkat punggung. Push sekuat hati tanpa keluar suara. Oh man, tak boleh lupa cara nurse tu beri penerangan. Memang melekat betul dalam hati ni. Sampai terbayang-bayang nasib masing-masing dalam labor room nanti. Gegegegegege.

Daaaan lagi, ada tontotan video kelahiran yang real punya. Kitorang yang tengok ni macam WHAT??? Mula-mula dah niat dalam hati tak mahu tengok. Tapi Wahid kata, tengok aje. So, kita boleh tahu. And yes, video kelahiran yang dipamerkan adalah sangat-sangat smooth delivery. Rasa macam teruja sangat. Tapi macam yang kita semua tahu, bersalin ni nasib orang lain-lain. Ada yang senang. Ada yang susah. Wallahualam.

Okeh, tamat kisah Kelas Antenatal.

Sekarang ni, ada satu benda yang bermain dalam fikiran. Tak tahu nak beli ke tidak. Kalau ikut hati, memang nak beli. Tapi bila difikirkan balik, macam tak perlu.

Kredit to MyPermataHati


Aku dah lama terfikir-fikir nak beli Tungku Moden ni. Masa pantang yang dulu, aku guna batu bata yang dipanaskan atas dapur gas. Lepas tu, balut pakai surat khabar dan kain tebal-tebal. Syok jugak sebab rasa dia panas-panas kan. Tapi nak memanaskan batu tu amik masa sikit. Plus, batu bata adalah sangat berat. Nak buat sendiri waktu lapang memang malas.

Cheh, macam-macam alasan kau bagi ye. :p

So, ada tak antara kalian yang pernah beli atau guna Tungku Moden ni? Apa pendapat kalian? Okeh ke tidak? Hasilnya sama tak macam kita guna batu-bata?

Kalau sudi, share-share lah info ye?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

8 comments:

  1. aishah, saya gune tungku moden ni.. tp gune lepas pantang, sebab baru jumpa.. time pantang tak bertungku pun :p
    ok la.. sebab dia comel, pastu gune electric, cepat je dah panas.. dia ada lampu indicator, if tgh charge dia merah, dah panas lampu tu tak nyala dah.. mmg lama la panas nye.. puas la :)

    antenatal class mmg best! recommended to all new mom&dad-to-be.. :)

    ReplyDelete
  2. i ada baca yg bertungku neh kurang elok utk rahim.Sebab nnti rahim lmbt nak sembuh.Kata dokter tu lah.Bila bertungku,memang lega sebab otot mengembang & darah mudah keluar.Tapi rahim akn mengembang & lama2 lagi susah nak baik.KATA DOKTER lah.. :)

    ReplyDelete
  3. OMG macam best je! 2nd pregnancy nak pergi sana attend course tu. Hehehe.

    Lagi 11 weeks? Gila cepat kan. Serious cepat. Tak sangka. Rasa macam baru semalam dapat tau awak tengah expecting lagi.

    Cant wait for this one to pop out! ;)

    ReplyDelete
  4. hi..

    guna batu bata? walaweh..berat tu. mak saya ajar guna batu sungai.mmg masa pantang aritu guna batu sungai. guna batu sungai is much more better. better dr segi lamanya batu tu panas. batu kan lame serap panas.aritu dah dekat 2 jam pun..panas lg.org kata tungku moden tu..panas dia tak lama. batu sungai tu..lh amik kt sungai..ade mcm2 saiz leh pilih.so lh la pilih supaya tk berat sgt. tp careful la time nak amik tu. sebab sungai tu dlm utan kn. takut ade penubggu nye.macam saya aritu..ustazah tukg urut yg bawakkan batu tu. so takde kene ganggu ke hape ke la.tp tu saya la. decision still in ur hand. :
    )

    ReplyDelete
  5. yupp..antenatal class mmg sgt membantu for 1st time parents. klu dh ade anak pn xde salah pegi. manelah tau dah ingat2 lupe kann heheh..

    x pernah try tungku moden tu sbb mase pantang aritu MIL pakai batu sungai buat tungku..

    x lame je lg da nk bersalin. x sabar nk sama2 share citer ttg baby ^_^

    ReplyDelete
  6. tungku moden @ bantal panas ni ok. tahap kepanasan pun ok. yg penting, x seberat batu. ringan & panas, so bole la kite lame skit bertungku. kalau batu, tgn nk kene berehat2 jap sbb berat. bole je beli sbb bukan utk bertungku perut je, utk lenguh2, sakit sendi pun bole guna =)

    ReplyDelete
  7. saya pun beli gak..nak guna time deliver nanti...skrg nie mak saya yg guna kalau lenguh-lenguh atau sakit sakit sendi...hehehe

    ReplyDelete
  8. Aneen :
    Awak pakai eh tungku ni? Lama tak dia panas eh? Ada yang kata kepanasan dia tak lama. Tu yang saya risau nak beli. Takut tak worth.

    Anonymous :
    Terima kasih awak. Info yang baik jugak tu. :)

    Hannah :
    Saya pon tak sabar Hannah! Kalau nak dia comel macam Myiesha. Eh, boleh pinjam rambut Myiesha tak? Hahahaha.

    Murnie :
    Batu sungai? Saya pernah dengar tau. Kalau tak salah, kat supermarket pon ada jual. Tapi tak pasti sama tak macam the real batu sungai yang awak mention.

    Sharena :
    Ha, lagi 11 minggu kita share pasal baby pulak. Insya-Allah. :)

    Anonymous :
    Terima kasih atas info awak! :)

    Safiah :
    Setakat ni okeh tak eh?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015