Monday, June 28, 2010

Selamat Datang Ke Hospital!

Belum lah. Belum admit hospital lagi. :p

Well, aku masih lagi di office sedang bersenang lenang. Keadaan kesihatan dua tiga hari ni makin merundum. Sejak rabu lepas, flu + sore throat + batuk menyerang tanpa bagi salam. Memang sengsara bila badan dah berat macam ni, kita menderita selsema dan batuk pulak. Terasa nak baring sepanjang masa. Haaaih, kalaulah boleh. :(

Hujung minggu ni jugak, telah mengisi masa dengan membuat persediaan untuk ke hospital. Yes, kedua-dua beg untuk Emak dan Anak telah siap sedia untuk diangkut. Punyalah tak sabar nak duduk hospital. Macam nak pergi honeymoon.

Belah kiri beg Emak.
Belah kanan beg Anak.


Punyalah suka warna coklat. Sampai semua benda berkaitan baby pon nak beli warna coklat. Macam tema nak kahwin. Anak pertama kita pakai warna coklat. Anak kedua warna maroon. Anak ketiga guna warna gold pulak. Anak keempat terjah warna merah. Hahahahampeh betul.

Oh yeah. Mari lihat apa yang ada dalam beg kami.

Beg Hospital Emak
1. Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2. Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3. Guarantee Letter - LAST MINUTE
4. Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5. Kamera - LAST MINUTE
6. Baju / T-Shirt - DONE
7. Kain Batik - DONE
8. Tudung / Skaf - LAST MINUTE
9. Stoking - DONE
10. Baju Dalam / Seluar Dalam - DONE
11. Tuala Muka - DONE
12. Peralatan Mandi - DONE
13. Tuala Mandi - DONE
14. Bedak - DONE
15. Sikat - DONE
16. Maternity Pad - DONE
17. Pad Biasa - DONE
18. Breast Pad - NOT YET
19. Baju Sejuk - DONE
20. Selipar - LAST MINUTE
21. Beg Plastik Baju Kotor - DONE
22. Minyak Angin / Urut - NOT YET
23. Beg Pakaian Emak - DONE

Bakul Hospital Emak
1. Air Selusuh - NOT YET
2. Air Zam-Zam - NOT YET
3. Makanan / Minuman - NOT YET
4. Termos Panas - NOT YET
5. Majalah / Buku / Al-Quran - NOT YET
6. Tisu - NOT YET
7. Bakul - NOT YET

Beg Hospital Anak
1. Pampers New Born - DONE
2. Baju Siang / Malam - DONE
3. Seluar Siang / Malam - DONE
4. Mitten & Booties - DONE
5. Bedung - DONE
6. Barut - DONE
7. Topi - DONE
8. Selimut - DONE
9. Tuala Mandi Baby - DONE
10. Tuala Muka - DONE
11. Baby Wipes - DONE
12. Baby Bath - DONE
13. Baby Shampoo - DONE
14. Baby Powder - DONE
15. Baby Lotion - DONE
16. Baby Oil - DONE
17. Minyak Yuyi - DONE
18. Vicks - DONE
19. Minyak Telon - DONE
20. Diaper Beg - DONE


Nampak tak barang baby semua dah siap? Semua barang baby pon DONE. Tapi barang Emak madang NOT YET dan LAST MINUTE. Nampak sangat kasih sayang telah berbelah bahagi sekarang ni. Demimu Anak. Hahahaha.

Barang Emak boleh settle dalam sekelip mata. Tak ada apa nak risau sangat. Tapi risau jugak lah selagi tak settle. Asyik terfikir-fikir. Memang resmi hidup macam ni. Selagi tak selesai, selagi itulah asyik memikir. Ada beberapa perkara lagi nak kena beli dan sediakan. Should be okay kalau last minute sikit. Tak apalah, bukan barang penting sangat pon.

Tapi, Set Selepas Bersalin adalah benda penting tapi tak beli lagi. Kepala tengah pening tak tahu nak makan jamu, vitamin atau homeopati sahaja. Pergi sana sini asyik tanya orang lain pakai set bersalin apa. Dah macam desperate sangat dah. Lepas tu, soalan susulan mesti pasal breastfeed. Contoh soalan ialah;

"Awak dulu pakai set bersalin ape ye?"

"Full breastfeed tak?"

"Effect kat baby tak?"

Kalau ikutkan hati, aku nak makan vitamin atau homeopati aje. No effect untuk breastfeed baby. Pilihan dalam hati ialah Shaklee atau Salindah. Tapi Emak kata, nanti dalaman badan lambat sembuh. Tak panas. Lambat mengecut dan bla bla bla. Tak tahulah Emak amik fakta dari mana. Jadi, sebagai anak yang mendengar kata *echeh*, maka jamu jugaklah yang sedang di survey.

Beli yang murah sudah. Kalau tak makan, takde ralat sangat.

Lagi satu persediaan lain. Tukang Urut. Yiehaaa.

Tadi telah menelefon tukang urut. Cik Peah nama dia. Rumah dia agak dekat jugak lah dengan rumah aku. Sudah decide untuk ambil Cik Peah sebagai tukang urut semasa berpantang nanti. Tak tahu lagi nak berurut berapa hari. Tak mahulah lama-lama. Penat tau kena urut-urut ni.

Charges yang dikenakan sangatlah okay. Param + pilis + tungku + bengkung + mandi baby = RM40/1 hari. Yeah babeh. RM40 only. Aku pon macam ye tak ye makcik ni charge aku. Sebab aku dah tanya ramai makcik-makcik lain. Ada yang charge RM50 untuk urut sahaja. Campur mandi baby kena up RM20. Total up RM70. Transport pulak kita kena ambil dan hantar. Ha. Mana kau nak?

Cik Peah kata tadi, kalau nak datang untuk 'tengok perut', boleh lah datang. Aku yang blur pon kata okay. Lepas letak telefon, terus terfikir. Cik Peah nak tengok perut macam mana? Dia ada mesin scanning macam kat hospital tu ke?

Hahahaha. Blur-nya kau ni Aishah!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

23 comments:

  1. maria bab2 jamu pas bersalin mmg hampeh so takmau komen psl tu..tp kan murahla makcik urut tu..huhu..nk p sana gakla..hehe..

    ReplyDelete
  2. dear..beg hospital for 'mommy' kita adalah sama.hahaha.i nampak beg tu terus i ketawa.
    oh ya,tukang urut tu kata klu nk tgk perut tu mean nak tgk kedudukan baby kot.urut perut ke apa ke kot.klu mcm tu,kimmy x berani buat.hehhe

    ReplyDelete
  3. tgk perut = tgk keadaan baby, kedudukan bby..dh ke bawah ke apa ke..dlu pn penah gk jmpa..dia pegang2 je..x wat pe..bitau kepala dh kt bawah..tinggal kua je..dia pn phm skang dh moden org nk bersalin kt spital..hehe...

    ReplyDelete
  4. nieza pon br je beli beg nk letak brg baby kaler brown.. mcm tu jugak cume ade lambang disney... hikhik..bj tak beli lg nih... :p

    ReplyDelete
  5. okay lah tu rege makcik urut tu, mana nak dpt kan. sila confirmkan segera. dayu dulu pun beriya mencari set lepas bersalin ni
    mcm2 survey...last2 air mancur sudah
    murah pun murah...

    aishah, baju baby untuk bawak labor room letak dlm satu beg plastik, senang..ngan selimut, booties, mitten smua..

    ReplyDelete
  6. seriesly, awk punya list la yg paling lengkap ni aishah. nanti sy pun nak guna ur list gak la eh. pening nak pikir2 sgt =p

    ReplyDelete
  7. bestnya ready2 barang nak pergi hospital...bestnya fikir2 nama anak.. yayy sangat best kan moments2 tu. nanti mesti senyum2 bila teringat balik betapa bestnya tunggu baby lahir =)

    ReplyDelete
  8. aishah, set bersalin amway pu ok..rm234 jer klu ahli, cuba cr member yg ader kad ahli..percuma bengkung..

    ReplyDelete
  9. dear aishah...saya amik ur list ye...sbb lengkap sgt..saya pon lagi 2 months..takpon kurang lagi kot...

    moga dipermudahkan segalanya ye...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Maria : Meh datang sini Maria. Kita urut sama-sama. Nak?

    Kimmy : Beg yang sama? Halamak! Boleh buat boria lah macam gini. Aishah pon tak berani nak buat tengok-tengok perut tu. Kena pikir banyak kali lah kot.

    @yue : Oh. Takut jugak eh? Aishah ni banyak tengok cerita hantu pasal bidan-bidan suka wanita mengandung dan bla bla bla tu. Ada lagi tak eh zaman sekarang? :p

    Nieza : Aishah pon baru je beli beg tu. Kalo bab baju, pantang nampak baby department, mesti cekup sepasang. Pening dah kepala ni haaa. Hahahaha.

    Dayu : Thanks untuk peringatan Dayu! Siap-siapkan masuk dalam plastik eh? Sesuai baju lengan pendek ke lengan panjang eh?

    Fasha : Saya pon google-google jugak. Tinggal tambah-tambah mana yang patut. Amik lah! Hehehehe.

    Zaza : Haih. Seronok kan? Saya tak sabar sangat tau! :)

    Yana : Amway eh Yana? Nanti Aishah cuba-cuba survey okeh. Thanks ye?

    Lead : Insya-Allah Lead. Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan.

    ReplyDelete
  11. salam aisyah,
    saye pun nk amik list awak la sebagai rujukan yer.. baru harini asing2kan barang2 baby tu pun blom lengkap.. barang2 mommy terus mcm blur.. apa yg perlu nih.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. hi dear!!
    this my first time to be here.feel free to drop by n share some info bout wedding prep eh!!
    kumakikaeamelyn@blogspot.com
    im following u btw~
    keep in touch! xoxo

    p/s : congrats on ur baby! wish evrything goes smothly..kita baru nak kawen.u dah nak dpt baby.. =)

    ReplyDelete
  13. aishah bersalin mana nanti yer...

    ReplyDelete
  14. banyaknya barang baby...nanti tak guna pun sayang....diorang cuma mintak pampers ngan sepersalinan baju je..sebab lepas bersalin baby akan dibedung ngan kain tebal..dalam tu pakai pampers je...tapi tak taulah kalau hospital kat sana kan...:)

    ReplyDelete
  15. Meelooww : Amiklah awak. Kita kongsi-kongsi okeh?

    Amelyn : Terima kasih sebab singgah! Lepas sibuk buat persiapan kahwin, buat persiapan baby pulak ye? :)

    Suvanila : Insya-Allah kat HSA Johor Bahru aje. Mimie plan bersalin kat mana ye?

    Diamilikku : Maksudnya, sabun-sabun baby tak payah bawaklah eh kak?

    ReplyDelete
  16. comel la beg bersalin tue....hehhee... aisha jgn lupa tau letakkn set baju,mitten,booties,towel n selimut dlm beg kecik...beg kecik nie bg hubby pgg ms dier temankan aisha dlm labour room...nanti nurse mintak tau...takdelah kelam kabut nak keluar pulak...

    ReplyDelete
  17. senarai brg2 tue dah ok..bw jer....semoga selamat lah ye...

    ReplyDelete
  18. Mun : Terima kasih Mun. Saya dah siap asingkan 1 plastik untuk masuk labour room. Cuma confius nak sertakan sabun + shampoo dia sekali ke tak eh?

    ReplyDelete
  19. leh la amek list awak nie eh hehee..

    eh nak tanya makcik peah tu kat ne?

    kite pun nak survey2 makcik tukang urut nie... kalau boleh share la..

    ReplyDelete
  20. Juelee : Cik Peah tu kat Kampung Dato' Sulaiman Menteri. Kat Majidee Baru. Kat Johor tau! Awak kat mana ye?

    ReplyDelete
  21. aishah lau kt hospital better bwk bj lengan panjang bnyk jew sebab dlm pewut baby panas biler kuar walaupun xder aircond baby akan cepat rasa sejuk..

    huhh..alin plak yg rasa excited..tp persediaan aishah mmg complete alin dulu pun x sedetail camni..at last pas deliver soh mak belikan underware yg besar supaya xpyh bukak luas dh bley masuk..aduss..

    ReplyDelete
  22. Bila baca senarai barang yang bakal dibawa Aishah tu, terkujat juga. Saya bersalin anak 1st, 2 minggu awal dari EDD. Doktor kata bayi dah kurang aktif sbb air ketuban kurang. So kena masukkan ubat untuk bersalin juga2. Saya cuma bawa 1 beg yg berisi lampin bayi, tuala wanita, panties pakai buang, baju bayi, selimut bayi, toiletries, tshirt & kain batik. Masuk wad, bersalin & keluar wad, 3 hari sj. So, 2nd baby ni pun tah2 mcm tu juga barang yg bakal dibawa. Mcm tak ambik berat sgtkan? Mcm poyo pn ada.

    ReplyDelete
  23. Alynnz : Ha'ah kan Lyn, Aishah pon nak standby baju lengan panjang banyak sikit lah. Taklah baby sejuk sangat kan?

    E-in : Takpe. Yang penting awak dah ada pengalaman kan? :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015