30 Disember 2009.
due date Nashrah, kalau rezeki itu masih ada.
sempena tarikh istimewa ini, aku bermurah hati untuk berkongsi pengalaman 'manis' sepanjang proses mengeluarkan puteri tercinta itu. bukan niat untuk mengungkit atau mengguris hati sendiri. tapi aku ingin mencoretkan suatu kenangan.
kenangan aku dan dia. :)
Kronologi Itu :
20 September 2009 (Ahad)
mula merasakan tiada gerakan atau tendangan dari dalam perut sewaktu di Singapura. menyangkakan ianya perkara normal, aku berlagak biasa.
21 September 2009 (Isnin)
masih di Singapura. hati mula tidak tenang memikirkan keadaan 'si dia' di dalam yang kaku. pulang ke Johor Bahru pada sebelah malamnya.
22 September 2009 (Selasa)
sangat-sangat risau. separuh daripada hati ingin segera ke klinik untuk memastikan keadaan sebenar. namun, separuh dari hati berasa sangat berat dan takut. takut untuk mendengar sesuatu yang tidak diingini.
23 September 2009 (Rabu)
setelah meminta pendapat dari seorang sahabat yang juga seorang doktor, aku kuatkan semangat untuk pergi ke Klinik. ditemani oleh suami tercinta, aku gagahkan diri.
kami ke Klinik Murni di Bandar Baru Uda untuk proses imbasan. doktor mengesahkan keadaan 'si dia' yang sudah 'tiada'. perkara ini boleh dilihat apabila bahagian kepala 'si kecil' tidak lagi bulat seperti biasa. doktor berkenaan minta kami merujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses seterusnya. waktu ini, hanya airmata peneman setia.
disambungkan kekuatan untuk terus ke Bilik Saringan, Hospital Sultanah Aminah. jururawat yang bertugas cuba mendengar degup jantung bayi menggunakan alat khas. namun tiada respon didapati. untuk kepastian lanjut, proses imbasan dijalankan sekali lagi. ye, terbukti 'si kecil' itu sudah tiada.
doktor tadi mengarahkan supaya aku dimasukkan ke wad. diberi pilihan untuk daftar masuk pada hari berkenaan, atau pulang ke rumah terlebih dahulu. aku memilih untuk pulang ke rumah. hati dan jiwa terlalu rungsing. sungguh runsing.
setibanya di rumah, tiada apa yang mampu aku lakukan. kekuatan demi kekuatan dibekalkan, sebelum aku dihantar semula ke Hospital Sultanah Aminah untuk daftar masuk. waktu ini, hati aku begitu takut. segalanya mengganggu fikiran.
ditempatkan di wad kelas kedua. tiada apa yang diusahakan. sabar menunggu esok untuk proses seterusnya.
24 September 2009 (Khamis)
dimasukkan Prostin yang pertama pada pukul 5.45 pagi. mild contraction hanya dirasai pada sebelah petang. doktor bertugas datang untuk memastikan bukaan jalan. hanya 1 cm waktu ini.
*Prostin ialah sejenis pil yang dimasukkan ke dalam vagina untuk membuka jalan bagi mengeluarkan bayi. istilah yang selalu digunakan ialah induce*
25 September 2009 (Jumaat)
Prostin kedua dimasukkan pada pukul 4.30 pagi. contraction agak tegang pada waktu tengahari. doktor bertugas datang untuk memastikan bukaan jalan. sedikit kesilapan berlaku apabila doktor pelatih yang bertugas memberitahu bahawa bukaan jalan sudah 4 cm. aku ditolak segera ke Bilik Bersalin.
sesampai sahaja di Bilik Bersalin, bukaan jalan dipastikan sekali lagi oleh doktor pakar. hampanya hati apabila aku diberitahu, bukaan jalan cuma 1 cm, dan aku harus ditolak masuk semula ke wad. :(

seisi keluarga memindahkan aku ke wad kelas pertama. ini bagi mengawal emosi aku yang terganggu dek kerana bercampur dengan pesakit kiri kanan yang baru melahirkan.
26 September 2009 (Sabtu)
Prostin ketiga dimasukkan. masih mild contraction. sengal-sengal biasa di bahagian pinggang dan punggung. dan peha terasa sedikit bisa.
27 September 2009 (Ahad)
proses memasukkan Prostin dihentikan. aku diminta berehat.
28 September 2009 (Isnin) - 4 Oktober 2009 (Ahad)
dibenarkan pulang selama seminggu. ini bagi memastikan kandungan berusia 6 bulan itu turun sedikit ke bawah dan sedikit kecut. ini bagi memudahkan proses pengeluaran nanti.
5 Oktober 2009 (Isnin)
daftar masuk semula ke wad. tiada ubat dimasukkan pada hari pertama.
6 Oktober 2009 (Selasa)
Prostin keempat dimasukkan pada pukul 10.45 pagi. tiada contraction langsung.
7 Oktober 2009 (Rabu)
Prostin kelima dimasukkan pada pukul 11.53 pagi. contraction panjang mula dirasai sehingga pukul 4 pagi, 8 Oktober 2009.
8 Oktober 2009 (Khamis)
lendir bercampur darah mulai keluar. tetapi, bukaan jalan masih 1 cm. doktor membuat keputusan untuk memasukkan D8 (sejenis ubat kayu) sebanyak 2 unit.
sebaik sahaja dimasukkan ubat ini, seluruh abdomen di bahagian bawah mula terasa sakit. bisa. tidak boleh disentuh. aku langsung tidak boleh berjalan. sakitnya?? Tuhan sahaja yang tahu.
*lendir dan darah semakin banyak*
9 Oktober 2009 (Jumaat)
doktor pakar memastikan bukaan jalan pada pukul 9.30 pagi. bukaan jalan telah buka 3-4 cm. aku terus ditolak ke Bilik Bersalin pada pukul 10.00 pagi. sesampai sahaja di Bilik Bersalin, aku di grip dua botol air. tepat pukul 11.45 pagi, aku dimasukkan sejenis ubat bernama Pitosin. serentak dengan itu, aku disuntik ubat tahan sakit bernama Pentadine.
selepas sahaja disuntik Pentadine, aku mula terasa pening dan mengantuk. oleh kerana rasa ini, aku tertidur dengan sangat nyenyak walau rasa tersaaaaangaaaaat sakit pada abdomen di bahagian bawah.
tepat pukul 1.57 petang, aku rasa seperti hendak membuang air kecil. tapi terasa sukar untuk keluar. aku teran sekuat hati dan tiba-tiba air ketuban bercampur darah pecah. sepantas itu juga, aku terasa suatu yang panas keluar dan kelegaan pada perut yang maha sakit tadi.
benda yang panas tadi, 'si kecil' itu. :)
jururawat yang menyambut 'kelahiran' menyuakan tubuh 'si kecil'. sungguh, waktu itu tidak tergambar perasaan. dan sehingga kini masih terngiang-ngiang;
tengok anak awak buat kali terakhir ye. perempuan kan?
aku angguk dan merelakan jururawat tadi membawa 'si kecil' pergi.
kehadiran suami sedikit mengubat. oleh kerana aku tahu yang kami bertiga tidak akan bersua lagi, aku minta izin jururawat untuk membawa 'si kecil' itu sekali lagi kepada aku dan suami. mungkin memahami perasaan aku, sebuah troli berisi bungkusan kecil dibawa masuk ke bilik bersalin.
aku tatap 'bungkusan' itu. dibuka ikatannya oleh jururawat tadi. genggaman suami kuat dibahu. pasrahnya hati ini, melihat tubuh kecil nan kaku. cukup sifatnya, Ya Allah.....
aku diminta berehat di bilik bersalin. jenazah 'si kecil' diuruskan seterusnya oleh suami dan ahli keluarga yang lain. saki baki suntikan Pentadine dalam badan menyebabkan aku lemah dan tertidur sehingga ke petang.
Alhamdulillah, segalanya selesai dalam satu hari. walau penantiannya begitu lama.
*********************************************************
aku mengambil terlalu banyak masa untuk mengarang entri ini.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Sudah beberapa kali baca cerita awak daripada awal dulu.
ReplyDelete& setiap kali itu saya menangis.
Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana baby saya masih bergerak di dalam ini. & mendoakan semoga di kali akan datang nanti semuanya baik-baik saja bagi awak & baby.
*Indescribable feelings*
akak doakan ada sinar kebahagiaan menanti aisha n wahid 2010 nnt...ingat....allah hanya akan menguji hambanya yg kuat dan mampu diuji...aisha antara insan yg bertuah dipilih oleh'nya' dik..
ReplyDeletetabahlah kakcik... setabah Nor Aishah Abdul rahim yang fda kenal sejak2 bertahun2 dulu... :))
ReplyDeleteterus tabahkan hati ye aisha. Allah sayang aisha sebab itu dia uji aisha dgn dugaan amat berat ini.. insyaAllah akan ada rezki aisha di masa akn dtg..
ReplyDeleteInsyaAllah.. Si kecil sedang menanti adik dan suami di sana.. Bonus untuk kekuatan adik dan suami!!
ReplyDelete=)
~*kagum coz aishah leh hafal all the medicines' name*~
sabar yer aishah...saya juga tersentuh bila membaca cerita ini...
ReplyDeleteaishah..sabar ek..
ReplyDeletebla kita rasa kita x punya apa..
ReplyDeletekenangkan mereka...lagi x punya apa²..
mmg begitu..kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada...
alfatihah..semoga thn 2010 menjanjikn kehidupn yg lebih bahagia buat awak n wahid..
ReplyDeleteya allah..
ReplyDeletetiap kali baca entry aishah, hati mmg sayu shah..
dan syukur, ingatkan diri sendiri
semoga 2010 akan menjaditahun yg lebih bermakna
tabah ye aishah
hannah : saya doakan awak takkan rasa apa yang saya rasa kini. ianya memang satu perasaan yang tidak boleh diungkap. trust me.
ReplyDeletekak farrah : thanks kak farrah. aisha pon harap 2010 menjadi penuh-penuh bersinar. amin.
fieda : cuba bertabah ni. insya-allah. :)
cik mas : thanks cik mas.
kak jiey : u know what, aisha duduk hospital kan macam orang sihat. segala rekod kesihatan aisha boleh baca. apa yang doktor ke doktor berbual, aisha dengar dan paham. so, itu yang buat ingat tu.
chempaka : jangan sedih awak. awak kena happy!!
evyn : thanks ok evyn. :)
ayue : yap. saya makin bersyukur bila nasib saya cuma begini. ada yang nasibnya lain dan lebih hebat dugaan mereka.
maria : thanks maria. saya pon harap macam tu.
dayu : sebab tu kena ada penceritaan macam ni dayu. aisha rasa, masa aisha cuba google perkara macam ni dulu, payah nak jumpa. susah nak cari reference.
aiseh..sbnrnya komen td utk entri Terima Kasih 2009..mcmna la leh taip kt sini..
ReplyDeletesayu bila bca kronologi tu...bergenang air mata...
ayue : salah komen box eh?? hehe.
ReplyDeleteslm perkenalan..
ReplyDeletesaya br mmbc entry awak..
takziah dr saya..sy x dpt menahan airmata dr mengalir..sy mmbc entry awak kt opis dh xkira la org nampak atau tak..
redha la aishah menunggu awak dipintu syurga..
redha la nur anis nashrah menunggu aishah dipintu syurga..amin..
ReplyDeletedah ikut cerita aishah dari masa dapat tahu baby tak bergerak tu.
ReplyDeleteTabahlah dik.. Allah maha mengetahui setiap apa yg dijadikanNya. InsyaAllah, sinar baru menanti dihadapan :)
alynz : thanks ye. saya pon harap dia tunggu saya kat sana.
ReplyDeletenad : aisha harap sinar yang menanti aisha tu terbaik kak. thanks again!
Salam,
ReplyDeleteSayu nye hati bila baca post ni..mcm nk menitik air mata..hrp tabah atas dugaanNya
salam,
ReplyDeleteSayunya hati bila baca post ni..mcm nk menitik air mata..Semoga sentiasa tbh hadapi dugaanNya..Amin
Asma : terima kasih. :)
ReplyDeletemaaf sebab baca entri nih lagikk..sebagai ibu saya hanya mampu menangis..sebab sedih dengan ape yg pnah belaku pd awak
ReplyDeletesemoga si kecil yg bakal lahir tu nnt mengubat luka yg penah hadir dlm hatimu
Athiedan : Thanks Athiedan. Takdelah tinggi mana. Setakat yang mampu bertahan, ini sahajalah. :)
ReplyDeleteminta izin share cerita blog awak ni di blog saya ye. sebagai inspirasi buat kawan2 yang mengalami nasib seumpamanya. saya juga keguguran bayi kembar semasa bayi kembar saya berusia 4 bulan dalam kandungan...
ReplyDeletehttp://noorul-lensaphoto.blogspot.com/
sye juga mempunyai nasib yang sama seperti awk aisyah..sye baru lepas bersalin 31/5 dan bayi sye meninggal dalam kandungan ketika 26 week dan skg sye masih dalam tempoh berpantang..sedih sgt dan pendalaman awk lebih kurang sama dengan saya.Anak pertama siapa lah yg tak sedih..punca anak sye meninggal tidak diketahui doktor...AL-FATIHAH utk anak syurga mama Mohamad Uwais Ziqri bin Mohamad Hairy...sye masih dlm keadaan fobia dan trauma...dan berharap m ada rezeki utk mendapat zuriat lagi scpt mungkin bg menghilangkan rasa sedih dihati ini...mama rndu uwais...mama syg uwais...doakan sye kuat hadapi ujian dan dugaan dr ALLAH ini...
ReplyDelete